Thursday, 29 December 2016

Hidayah

Allah
Mengapa aku terlalu lemah dalam ibadah?
Aku seringkali serik, namun tetap mengulang dosa yang sama
Mengapa iman aku terasa begitu goyah?
Mengapa aku tidak mampu menjadi solehah?
Aku seringkali mencuba namun tiada langsung yang berjaya.

Allah
Aku malu hidup dalam kejahilan sendiri
Orang memujiku sana sini, kerana tampak baik dari luaran
Sedang mereka tidak tahu, aku menempuh banyaknya kegagalan
Kepada menujuMu, tuhan.

Allah
Bantu aku. Bantu aku bertatih
Belajar membuang salah tanpa letih
Aamiiiin

Kena kuat untuk Mujahadatun Nafsi yakni bersungguh-sungguh melawan nafsu supaya naik setingkat lagi yang dinamakan Nafsul Mutmainnah yakni jiwa yang tenang agar kamu dapat kembali kepada diri kamu yang dahulu, yang lebih baik.”

“Jika mahu mendapatkan kekuatan ini, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah supaya dianugerahkan kekuatan. Berdampinglah dengan majlis-majlis ilmu, orang orang alim dan sahabat yang baik.”

“Jangan buka furdah kerana ianya ada pahala. Kita sudah lah tidak punya banyak pahala. Jadikanlah furdah itu sebahagian daripada perisai kita untuk menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik sebagaimana orang lelaki apabila dia berkopiah pasti dia tidak akan sanggup buat perkara yang tidak baik.”
  
“Allahu must’an. Allah jualah tempat meminta”.

Sungguh, hidayah tidak pernah datang bergolek..

…sekali ‘dia’ sampai kepada kita, perlu kita belai ‘dia’ sehabis baik.

Menjemput hidayah memang payah, namun yang lebih susah adalah untuk mengekalkan hidayah pada momentumnya.


No comments:

Post a Comment