Tuesday, 21 June 2016
JANGAN PUTUS ASA
ALLAH S.W.T Mengkisahkan tentang bagaimana kekuatan orang yang merasakan dirinya bertahan.
Bila mana berdepan dengan masalah dan ini menjadi iktibar sebagai seorang yang beriman BERTUHANKAN ALLAH S.W.T. untuk tidak bersandar kecuali dengan ALLAH S.W.T dalam apa sahaja permasalahan. Walaupun semua makhluk tidak mampu selesaikan.
Berapa banyak daripada zahir kemenangan yang diberikan dan ditunjukkan oleh ALLAH S.W.T kepada kaum muslimin bukan kerana kekuatan mereka tetapi kekuatan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.
Berapa banyak ALLAH S.W.T tunjukkan dalam AL QURAN terbatalnya hukum logik akan tetapi ramai manusia masih mempertahankan hukum logik dalam segala hal, hukum akal dari segala hal. Yang tidak masuk di akal itu belum tentu MUSTAHIL dan belum tentu TIDAK WUJUD.
Orang yang BERTUHAN berbeza dengan orang yang tidak bertuhan. Yang BERTUHAN akan senantiasa mengabdikan kesalahan kepada TUHAN manakala orang yang tidak bertuhan akan mengembalikan segalanya kepada diri mereka sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment