Tuesday, 31 January 2017

Kekuatan

ALLAH SENGAJA BAGI KITA KESUSAHAN UNTUK KUATKAN KITA
Ia bukan tentang diri kita yang tak pernah jatuh, ia adalah tentang bagaimana untuk kita bangun kembali setelah kejatuhan kita. Bangkit dari kekecewaan itu mampu membuatkan diri kita lebih kuat dan matang.
Selagi hidup selagi itu kita perlu melawan kekecewaan. Jngn jadikan kejatuhan itu sbg satu yg mengecewakan kerana Allah telah bekalkan setiap insan dgn benteng redha dan dengan tawakkal, kita perkukuhkan usaha bangun & terus bangun. Sesungguhnya usaha itu adalah ibadah yg membawa kejayaan di akhirat. Redhalah jika niat tak kesampaian dgn tawakkal kpdnya kerana usaha itulah ibadah yg membawa kejayaan sebenar di akhirat kelak..
Kekecewaan itu bukan melemahkan kita...tapi lebih memberi kita erti kematangan hati, serta memberi kita semangat itu sesuatu yang lebih baik...Allah menjanjikan sesuatu kekecewaan bukan untuk kita lemah...tapi bangkit perbaiki diri dan peribadi.
Kerana Allah tahu kita tak kuat, maka Dia sengaja beri kita kesusahan, untuk kuatkan kita. Pedang takkan mampu menjadi tajam membunuh andai tidak dilebur, diasah dan diketuk. Sangka baik dengan Allah.

Doa

DOA TIDAK MAKBUL ?
Solat tidak tinggal...Berbudi bahasa...Namun rumahnya, keretanya, motornya, insurannya menggunakan institusi kewangan riba. Sumber rezekinya, pelaburannya, makan minum dan pakaiannya datang dari sumber haram. Itu adalah antara sebab doa kita masih terhalang.
Nabi Muhammad saw menyebut:..
Ada seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan jauh, rambutnya kusut masai dan wajahnya berdebu. Dia berdoa sambil menadah tangannya ke langit lalu berkata, “Wahai Tuhanku, wahai tuhanku …” Sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan kenyang dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan.(Hadis ini direkodkan oleh Imam Muslim)

Manusia tetap manusia yang masih terbelenggu dengan pelbagai kelemahan. Tatkala merasakan ALLAH seperti tidak memperkenankan doa, mengapa kita tidak terlebih dahulu melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri?

Hina

TERASA DIRI AMAT TERHINA KAU LAKUKAN
"Kau pinta perpisahan, aku sangkakan itu hanyalah gurauan. Nyata kau serius dalam senyuman. Bukan sekejap denganmu. Senang benar kau ucapkan.. kau anggap itu suratan. Sikit pun riak wajahmu tiada terkilan. Hanya aku separuh nyawa, menahan sebak di dada. Sedangkan kau bersahaja, berlalu tanpa kata. Terasa diri amat terhina kau lakukan......"
Saat ditinggalkan tanpa sebab yang jelas, kita menanggis, menyendiri, kenyataan yang paling pahit terpaksa di terima. Hati berkecai lumat jatuh ke bumi. Rebah, hilang punca, hilang segala. Hari2 berlalu semakin suram, makin kelam.
Sampai bila kita harus begini? Usah menyiksa diri sendiri. Bila kita bersedia menerima seseorang, maka kita juga harus bersedia dengan kehilangan. Jangan terus berduka. Jangan terus bernafas dalam kenangan lama. ALLAH ada bersama kita.
Ya, bukan mudah untuk melupakan tetapi kepalkan tangan dan bisikkan di hati bahawa aku boleh!. Kembalilah pada yang sepatutnya, dari situ kita akan dapat kekuatan.

Bahagia

ZINKAN DIRI MU BAHAGIA.. U DESERVE IT !!
Kebanyakan orang yg masih tidak mengizinkan dirinya sendiri berbahagia. Masih banyak orang yg memelihara kesedihan, kemurungan, merasa tidak beruntung. Bahkan menikmati kesedihan itu..
Kadangkala orang kelihatan sedih supaya orang lain kesihan padanya, tapi apakah memang rasa kesihan yg ingin didapatkan dr orang lain? Saat kita ingin bersedih, cuba tanya diri sendiri dulu, untuk apa kesedihan ini aku pakai? Apakah bersedih akan membuat semuanya lebih baik?
Izinkan dirimu berbahagia.. Izinkan dirimu ketawa, tertawakan masa lalu dan masa kini. Kalau hati kita bersedih kerana melihat kebahagiaan orang lain, maka segera berpalinglah, kerana menjaga kebahagiaan diri sendiri lebih penting daripada memelihara rasa iri
Tahukah kau bahwa semua orang layak berbahagia. Mantra hari ini : berbahagialah. U deserve it.
Izinkan dirimu berbahagia kerana tak ada satu hal pun di masa yang berlalu yang membuat dirimu kehilangan hak untuk senyum, dan bahagia. Buanglah semua beban yang menjadi sampah, di tempat dimana sampah harusnya dibuang.
Izinkan dirimu berbahagia, kerana bahagia letaknya ada di hati, izinkan dia, sang bahagia terus berada dalam hatimu. Tatap cermin, pandang matamu sendiri baik2, katakan padanya “terima kasih, kerana selalu berusaha dalam hidup, pantang menyerah".. dan tersenyumlah :)

Perjalanan

PERJALANAN YANG TERJAUH DAN TERBERAT
ADALAH MELANGKAH KE MASJID
Banyak orang yang tidak sanggup melangkah ke Masjid.Jangankan sehari lima waktu, bahkan banyak pula yang Juma’at seminggu sekali pun terlupa, tidak jarang pula seumur hidupnya tidak pernah singgah ke sana. Orang bijak pandai pun sering tidak mampu menemukannya, walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke university di Eropah juga Amerika, dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang membara, namun ke masjid tetap saja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh.
Pemuda kuat dan bertubuh sihat yang mampu jogging, main futsal, tenis, badminton atau bahkan menaklukkan puncak gunung tertinggi pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid, alasan mereka bermacam-macam, ada yg berkata sebentar lagi, masih sibuk, tanggung, masih panjang waktu, atau ada yang berkata tidak selesa dicop alim.
Maka berbahagialah dirimu yang telah terbiasa dan dibiasakan melangkahkan kakimu ke masjid,kerana sejauh manapun engkau melangkahkan kakimu, tidak ada perjalanan yang paling dibanggakan selain perjalananmu ke masjid. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabb-mu dan itulah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang2 yang lupa akan Rabb-nya..yang memberi rezeki dan nyawa..
Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah menuju ke masjid, Maka lakukanlah walau engkau harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Rabb-mu…!!!

Jaga Perasaan

MENJAGA PERASAAN SEORANG MUSLIM
ADALAH IBADAH
Hidup kadang-kadang ada karmanya. Hari ini kita melukakan hati insan lain tidak mustahil satu hari hati kita pula dilukai dan disakiti. Oleh kerana itu kita harus sentiasa beringat bahawa langit tidak selalu cerah, ada ketika mendung hadir tanpa diduga.
Mungkin sekarang kita bahagia atas penderitaan insan lain, esok lusa kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Jangan iri dengan kelebihan insan lain sentiasa berdoa agar kelebihan seseorang itu dapat melengkapkan kekurangan insan lain yang memerlukan dan sentiasa didik hati kita agar sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
Setiap kali kita marah kerana kesilapan orang lain, fikirkan kita juga pernah buat orang lain marah.. Sebelum kita berhasrat dengki dengan orang lain, ingatlah! Allah sudah menyiapkan bahagian rezeki untuk setiap umatnya.

Solat

SOLAT TANPA FAHAM MAKNA?..MARI FAHAMINYA
Macam mana nak solat dengan khusyuk? Banyak perkara atau kaedah untuk khusyuk dalam solat, antaranya ialah dengan fahami makna bacaan dalam solat. InsyaAllah solat kita akan lebih khusyuk selepas ini. Sila hayati tafsiran setiap kalimah yang kita sebut tu, semoga dapat membantu.
Takbiratulihram
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, dan Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Jangan Ada Kebencian

KEBENCIAN DI HATI ADALAH SALAH SATU 'HALANGAN' UNTUK ALLAH MELIMPAHI RAHMAT KEPADA ANDA !!
Seandainya anda sentiasa ditimpa kesusahan yang tak berkesudahan, lambat bertemu jodoh atau berbagai kesulitan yang sentiasa di hadapi. Ketahuilah berkemungkinan kebencian di hati anda adalah satu HALANGAN untuk Allah melimpahi Rahmat pada hidup anda. Walau hati anda selalu terluka, cuba pulihkan dengan sebuah perasaan kasih sayang yang menyapu segala luka. Jangan sesekali anda balas segala kelukaan itu dengan amarah dendam. Tak bagus la kan hidup benci membenci, dah terbeban perasaan nak membenci orang pulak!.
Biar orang melukai dan membenci kita tetapi jangan sekalipun kita melukai dan membenci orang. Jangan ada sekuman pun perasaan benci terhadap orang lain. Pabila tak ada seorang pun disekeliling hidup kita yang kita benci, maka hati akan jadi tenang, setenang bayi yang tidur nyenyak. Sebenarnya banyak terjadi kita membenci orang tanpa sebab yang hakiki. Mengapa kita biarkan hidup dan hati ini membiak kuman kebencian yang tidak berasas bahkan membuat hati dijangkiti penyakit gundah. Kebencian membuatkan hati anda diselaputi bayang-bayang hitam yang tak memungkinkan cahaya nur menembusi kesegenap rongga.
Kenapa perlu membenci?. Lepaskanlah segala perasaan benci itu. Buang jauh-jauh dari bersarang di hati. InsyaAllah, hati lebih tenang, perasaan lebih ringan dan Allah akan beri kebahagiaan jitu tanpa dihalang oleh kebencian terhadap sesama insan. Sentiasa lah berfikiran positif dan jangan mudah melatah. Biar lah kalau ada orang yang benci kita pun, tapi pastikan diri kita tidak membuat sesuatu yang mungkin akan mebuatkan orang lain benci kepada kita. STAY COOL AND POSITIVE !. Jadi jangan ada benci dihati, melainkan perasaan yang dipenuhi kasih sayang semata-mata. Semoga Allah swt memberi kita hati yang sentiasa bersangka baik pada semua orang. Tanpa kebencian di hati, Rahmat Allah akan sentiasa melimpahi.. :)

Sanggul

Ramai yang masih buat samada tak tahu ianya haram atau buat2 tak tahu 😏
#SilaShareUntukBagitahuPadaMerekaYgXtahu

Sanyangi Masa Awak

Kepada hamba Allah yg duk main game, bawak2 bertaubat la dari buang masa.. Jika tak mampu buat benda baik,,jangan sampai kelalaian belumba-lumba dan berkejar-kejaran menikmati main game sampai kita tercicir berlumba-lumba menambah pahala bekalan akhirat.
Susunlah dan aturlah hidup kita melalui jalan-jalan yang diredhainya. Carilah sesuatu yang lebih memberi makna kepada sebuah kehidupan. Minta maaf banyak buat sahabat2 saya yang terasa ye.. teguran ini ikhlas sebab saya benar2 sayang awak!
Seorang yang dijadikan sebab oleh Allah memberikan hidayah kepada org lain itu lebih baik dari dunia serta isinya (pahalanya). Maka jadilah sebab hidayah kepada org lain!!

Solat Dhuha

Allahu Akbar! Hebatkan solat sunat dhuha ini. Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. Bukankah Allah itu Maha Pemurah?
KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA:
1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
Jom!! bentang sejadah, solat dhuha...

Cinta Allah

"SHARING IS CARING, CARING IS LOVING"
Ada 5 PERKARA kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:
1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.
BAGAIMANA CARANYA?
1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.
2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.
3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.
4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak²nya.
5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.
TAHU KENAPA kalimah 'LAA ILAAHA ILLA ALLAH' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??
SEBAB ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.
Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.
Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang² yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal² soleh.

Rukub Solat

Bila sebut tentang solat, rasa diri tak perlu ambil tahu, kerana rasa dah tahu. TAPI BILA SOLAT...
kita baca namun penghayatannya tiada.
bacaan pun belum tentu sempurna.
fikiran entah kemana.
thomakninah tidak ada.
laju bertarung dengan masa.
lewatkan solat perkara biasa.
ambil wudhuk juga sambil lewa.
nikmat solat tidak terasa.
dan ketenangan itu belum hadir juga.

“maka celakalah orang yang solat, iaitu orang yang lalai terhadap solat mereka.” (Al Ma’un, 107:4-5)

Jangan Tiup

Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum...
Ternyata dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yg dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2)maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat.Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung.
SubhanALLAH, rupanya itulah rahsianya. Semoga bermanfaat.

Alhamdullilah

BIARKAN ORANG BUAT KITA, BERSERAHLAH KEPADA ALLAH...
Biarlah apa orang kata asalkan kita tahu NIAT kita. Mereka menilai kita dengan MATA tetapi ALLAH menilainya dengan HATI. Hidup ini, biarkan orang yang buat pada kita. Jangan kita buat pada orang lain. Jangan balas dendam. Berserahlah kepada ALLAH.
Dalam hidup ini tak perlulah kita terlalu risau bagaimana orang lain memandang kita. Apa yang lebih penting adalah memberikan fokus bagaimana kita melihat dan menilai diri kita sendiri. Jika kita benar² yakin bahawa apa yang kita buat adalah berdasarkan prinsip yang betul, maka kita harus bertegas dengannya.
Namun elok sekiranya kita menjelaskan mengapa kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya mereka mahu mendengar atau berbincang. Jika mereka menolak pilihan kita itu, maka itu adalah urusan mereka. Kita hanya perlu menyampaikan dengan cara yang terbaik di samping berdoa supaya Allah membukakan hati mereka agar mereka juga diberikan petunjuk.
Walau bagaimanapun, jangan pula kita berkompromi dengan meninggalkan sesuatu yang benar semata² kerana takut kehilangan kawan atau pun takut digelar sebagai kolot, antisosial dan sebagainya. Apa sahaja keputusan yang kita ambil, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah pandangan Allah SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia. Letakkan fokus terhadap persiapan kita sebelum bertemu Allah SWT.

Alla Maha Besar

ALLAH SENTIASA ADA MASA UNTUK KITA, TAPI KITA HANYA SIBUK BERGELUMANG DENGAN DUNIA
Seandainya ada kekuatan yang patah,bertongkatlah kerana Allah. DIA Mengerti bagaimana mahu merawatmu. Seandainya ada kecewa dan gundah,kembalikan ia kepada Allah. Dia Memahami bagaimana hatimu. Bukankah DIA yang selama ini bersamamu?
Walau mungkin sekilas cuma, Doa itu sejernih permata. Semakin diulang semakin bercahaya. Bersayapkan tebaran kasih dari qalbu yang suci bersih. Jikapun jalan ditambuni sembilu, bertandang ujian beribu liku. Berdoalah selalu, senjatamu di situ. Jika benar kasihmu sejati, tidak hanya salutan ilusi. Sudah tentu ia akan terus diuji.
Yakinlah, tidak ada terapi hidup yang paling mujarab melainkan dengan kembali kepadaNya. Allah sentiasa ada masa untuk kita.. kita saja yang terlalu sibuk bergelumang dengan dunia, hingga tiada masa untukNya.

Tanya Diri Kita Dulu

Kita tak boleh mengubah apapun yang telah terjadi. Kita tidak boleh menarik perkataan yang telah terucapkan. Kita tak mungkin lagi mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kelmarin. Tapi kita mempunyai kesempatan untuk memperbaiki diri.. Sebelum kita bertanya kenapa dia berubah, cuba tanya pada diri kita terlebih dahulu bagaimana kita memperlakukan padanya.
Jika kita melihat 99 keburukan kepada orang lain, fokuslah pada 1 kebaikannya. Jika kita melihat 99 kebaikan pada diri kita, fokuslah pada 1 keburukan kita. Dengan itu, kita belajar menghormati, memahami, tidak cepat menghukum dan memberinya harapan untuk menjadinya lebih baik, membantunya meningkatkan potensi diri.
Kita juga belajar muhasabah diri, melumpuhkan sifat riak, ujub dan takbur agar setiap hari kita berusaha mengikis keaiban diri, menjadikan kita hari ini lebih baik dari semalam.

Hidayah

SEPULUH TANDA ORANG YANG TELAH MENERIMA HIDAYAH ALLAH
1. Membenci perbuatan maksiat,
2. Membenci bercakap kosong,
3. Tidak meninggalkan solat fardhu,
4. Sentiasa membaca al Quran,
5. Rajin bersolat Tahajud,
6. Banyak berzikir,
7. Banyak berdoa,
8. Bersangka baik terhadap Allah SWT,
9. Perubahan akhlak menjadi baik,
10. Tiada mengeluh ketika bermasalah.

Anda Sedang Resah?

Apabila kita merasakan kesempitan dan keresahan jiwa di sebabkan ujian, ulanglah kalimah yang indah ini "La Haula Wala Quwwata illa billah" kerana zikir ini menjadi penawar atau ubat kepada 99 penyakit. Mari kita amalkan setiap hari sepanjang masa.
“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)
“Mahukah engkau aku tunjukkan salah satu kunci syurga?” Aku menjawab, “Ya mahu.” Rasulullah SAW bersabda, “Iaitu ucapan la haula wala quwwata Illa billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.” (Musnad Imam Ahmad)
Bacalah berulang-ulang kali kerana bacaan ini membuat hati menjadi tenteram, beban hidup yang di rasa berat menjadi ringan. Nescaya anda memperolehi rasa bahagia dan aman di dalam diri anda.

Pilih Yang Menyanyangi Kita Bukan Yang Kita Sayang

Lelaki menangis sebab perempuan, itu maknanya lelaki yang serious dengan perempuan itu. Tapi kalau perempuan menangis sebab lelaki, itu maknanya lelaki tak guna. Perempuan, jangan kau menjadi hamba kepada cinta.. Sudahlah, sapu airmatamu masih ramai lagi yang menghargai kamu dan menyayangi kamu. Lebih baik memilih yang untuk hidup bersama orang yang menyayangi kita daripada orang yang kita sayang.
Orang yang menyayangi kita, dia takkan melukai hati kita untuk sedikit pun kerana adanya perasaan sayang itu dalam dirinya . Namun orang yang kita sayang kita sendiri yang sering mencari kebahagiaan itu. Tak guna untuk bertahan untuk dia yang tak menghargai diri mu seadanya . Hati kamu itu sangatlah bernilai harganya jadi jangan biarkan ia terluka untuk seseorang yang tak menghargai diri mu.
"Instead of wiping away your tears.. Wipe away the people who made you cry!"

Monday, 30 January 2017

Terima Kasih Pada Orang Yang Membenci Kita


Bersyukurlah kepada Allah kerana kita telah dijadikan-Nya
sebagai pihak yang teraniaya,bukan yang menganiaya.
Jika kita terus bersabar hal ini
dapat menjadi ladang amal untuk kita.kebaikan-kebaikan
akan terus menghiasi hidup kita.

Fahami lah bahwa perlakuan orang lain yang menyakitkan kita
adalah sebagi penebus dosa kita, penghapus atas segala kesalahan,
pelebur kekhilafan,dan sebagai peninggi darjat kita.

Hubungan dengan sesama manusia ini dalam Islam dikenal 
dengan istilah hablumminannas. 
Setiap muslim perlu menjalankan hablumminannas 
dengan sebaik-baiknya, 
sesuai tuntunan Al-Qur’an dan sunah Nabi Muhammad SAW. 

Perbuatan baik kepada sesama juga bernilai ibadah yang 
dilakukan akan berbalas pahala dan syurga. 
Sebaliknya, jika perbuatan-perbuatan baik 
kepada sesama umat manusia ditinggalkan, 
pelakunya akan menuai dosa. 
Dosa kerana telah lalai terhadap perintah Allah, 
yang akan menjadikan berbagai masalah dan kerosakan dalam kehidupan sosial.

Satu hal yang harus sentiasa kita ingat adalah dalam berbuat baik
pada sesama umat manusia,
kita tidak boleh pilih kasih.
Ketika berbuat baik kita harus tulus dan ikhlas.
Melakukannya kerana mengharapkan redho Allah semata.
Ketika kita berbuat kebaikan pada sesama umat manusia,
tetapi tidak ikhlas, misalnya mengharapkan imbalan atau ingin pujian,
sejatinya kebaikan tersebut tidak akan ada nilainya di sisi Allah.

Terima kasih bagi orang yang telah menyakiti dan mengecewakan kita.
Terima kasih untuk orang yang membenci dan menghina kita selama ini.
 Dengan adanya orang yang menyakiti dan mengecewakan kita patut berterima kasih,
kerana kita dapat pelajaran berharga bahwa kita tahu bagaimana
sakitnya jika dikecewakan atau disakiti sehingga kita
tidak akan mahu mencuba menyakiti orang lain.

Kita boleh melatih kesabaran kita dan ada upaya
terus memperbaiki diri agar kita tidak sampai menjadi apa
yang dihinakan orang tersebut.
Yang terpenting didalam hidup,
bukanlah dimana kita berada, tapi... Kemana kita akan melangkah..??

Takabbur

Imam Ghazali berkata :
" Apabila seseorang menegur kamu dengan penuh hikmah dan kamu terasa dan marah dengan tegurannya, ketahuilah bahawa sudah ada sebesar-besar takabbur dalam hatimu "
-Imam Ghazali-

8 Rezeki Dari Allah


1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).
4. Rezeki Tak Terduga.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).
5. Rezeki Kerana Istighfar.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
6. Rezeki Kerana Menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).
7. Rezeki Kerana Anak.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).
8. Rezeki Kerana Sedekah.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).
Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju kepada Allah swt. Aamiin.

Wednesday, 25 January 2017

Solat Awal Waktu

Hikmah, pahala, manfaat dan keutamaan Shalat di Awal Waktu sangat besar untuk kesehatan jasmani-rohani juga keselamatan dunia-akhirat.

ISTILAH shalat di awal waktu adalah pendapat para ulama dalam menafsirkan 
ash-sholatu ‘ala waqtiha” 
(sholat pada waktunya) sebagai salah satu amalan yang paling dicintai Allah SWT.
Ayat Al-Quran dan hadits tidak menyebutkan istilah “shalat di awal waktu” 
 secara eksplisit. 
Namun, 
bukan berarti ini menjadi “pembenaran” atau jadi alasan untuk menunda-nunda atau mengulur-ulur pelaksanaan shalat.

Hadits Rasulullah Saw tentang shalat pada waktunya terdapat dalam Shahih Bukari dan Muslim yang artinya:
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Swt adalah Shalat pada waktunya, Berbakti kepada kedua orang tua, dan Jihad di jalan Allah Swt.” (HR Bukhari & Muslim).

Nabi Saw menyebutkan “Shalat pada waktunya”  
karena memang shalat wajib (fardhu) dalam Islam Subuh, Zhuhur, Ashar, Magrib, dan Isya sudah tentukan waktunya oleh Allah SWT.

“Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (QS. An Nisaa : 103).

Seorang Muslim dilarang shalat di luar waktu yang telah ditentukan. Yang mungkin paling sering terjadi adalah “bangun kesiangan” sehingga shalat Subuhnya berada di luar waktu Subuh.

Shalat di awal waktu menunjukkan tingkat keimanan, ketakwaan, dan kecintaan kepada Allah SWT. Kecintaan kepada Allah (mahabbatullah) akan melahirkan rasa rindu selalu ingin bertemu. Dan pertemuan dengan Allah terutama terjadi dalam Shalat.

Lagi pula, dengan di segerakanya shalat, seorang mukmin berarti menunjukkan ingin segera diampuni dosa-dosanya.

“Sesungguhnya shalat lima waktu itu menghilangkan dosa-dosa sebagaimana air menghilangkan kotoran.” (HR Muslim).

Keutamaan Shalat di Awal Waktu
Keutamaan terbesar shalat di awal waktu atau shalat pada waktunya adalah masuk surga.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Qatadah bin Rib’iy mengabarkan kepadanya bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Allah Ta’ala berfirman: ” ‘Sesungguhnya Aku mewajibkan umatmu shalat lima waktu, dan Aku berjanji bahwa barangsiapa yang menjaga waktu-waktunya pasti Aku akan memasukkannya ke dalam surga, dan barangsiapa yang tidak menjaganya maka dia tidak mendapatkan apa yang aku janjikan”.

Keutamaan lainnya adalah setiap perpindahan waktu sholat, bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam dan dirasakan melalui perubahan warna alam. Kondisi tersebut dapat berpengaruh pada kesehatan, psikologis, dan lainnya.
Berikut ini kaitan antara Manfaat shalat di awal waktu dengan warna alam sebagaimana dikemukakan para ahli yang dikutip SyaamilQuran.com dari  Motivasi Islami Abadi, terutama untuk kesehatan jasmani dan rohani:
  1. Waktu Subuh.
Alam berwarna biru muda simbol kekuatan tenaga alam. Saat awal waktu Subuh (azan Subuh berkumandang), 
tenaga alam berada pada tingkatan optimal. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku dan sujud.
  1. Waktu Zhuhur.
Alam berubah menguning dan ini berpengaruh kepada perut dan sistem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga punya pengaruh terhadap hati. 
Warna kuning ini mempunyai rahasia berkaitan dengan keceriaan seseorang. 
Mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan sholat Zuhur berulang kali akan menghadapi masalah dalam sistem pencernaan serta berkurang keceriaannya.
  1. Waktu Ashar. 
Alam berubah lagi warnanya menjadi oranye. 
Hal ini berpengaruh cukup signifikan terhadap organ tubuh yaitu prostat, rahim, ovarium/ indung telur dan testis yang merupakan sistem reproduksi secara keseluruhan. 
Warna oranye di alam juga mempengaruhi kreativitas seseorang. 
Orang yang sering ketinggalan waktu Ashar akan menurun daya kreativitasnya. 
Di samping itu organ-organ reproduksi ini juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.
  1. Waktu Maghrib. 
Warna alam kembali berubah menjadi merah. 
Sering pada waktu ini kita mendengar banyak nasehat orang tua agar tidak berada di luar rumah. 
Nasehat tersebut ada benarnya karena pada saat Maghrib tiba, spektrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis.
Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga karena mereka ikut bergetar dengan warna alam. 
Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan sholat Maghrib terlebih dahulu. 
Hal ini lebih baik dan lebih selamat karena pada waktu ini banyak gangguan atau terjadi tumpang-tindih dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan bisa menimbulkan fatamorgana yang bisa mengganggu penglihatan kita.
  1. Waktu Isya
    Pada waktu ini, warna alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya mempunyai rahasia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sistem kontrol otak.
Mereka yang sering ketinggalan waktu Isya akan sering merasa gelisah. 
Untuk itulah ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita dianjurkan untuk mengistirahatkan tubuh ini.
 Dengan tidur pada waktu Isya, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi dibawah 4 Hertz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat.
Selepas tengah malam, 
alam mulai bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu dan ungu. 
Perubahan warna ini selaras dengan kelenjar pineal (badan pineal atau “mata ketiga”, 
sebuah kelenjar endokrin pada otak) kelenjar pituitary, 
thalamus(struktur simetris garis tengah dalam otak yang fungsinya mencakup sensasi menyampaikan, rasa khusus dan sinyal motor ke korteks serebral, bersama dengan pengaturan kesadaran, 
tidur dan kewaspadaan) dan hypothalamus (bagian otak yang terdiri dari sejumlah nucleus dengan berbagai fungsi yang sangat peka terhadap steroid, glukokortikoid, glukosa dan suhu). 
Maka sebaiknya kita bangun lagi pada waktu ini untuk mengerjakan sholat malam (tahajud).

Tuesday, 24 January 2017

MAHU PASANGAN MENJADI SEMPURNA, SEMPURNAKAH DIRI MU?

Tiada pasangan yang sempurna di dalam dunia ini. Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini. Ingatlah! Kesempurnaan Hanya Milik Allah.
Setiap kali kita terasa hati dengan sikap si dia, ingatlah bahawa kita juga mungkin pernah menyakiti hatinya..
Setiap kali kita merasakan si dia tidak memahami perasaan kita, ingatlah bahawa mungkin si dia juga pernah merasakan perkara yang sama..
Setiap kali kita berasa sedih dengan sikapnya, ingatlah bahawa mungkin si dia juga pernah menangis kerana sikap kita..
Setiap kali terasa seperti apa yang dilakukan tidak dihargai, ingatlah bahawa mungkin kita pernah mengambil mudah apa yang si dia lakukan..
Jadi terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita itu seadanya.. kelebihan pasangan mungkin boleh menjadi kekurangan bagi kita.. kekurangan pasangan juga mungkin menjadi kelebihan kita..
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN, Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI.
Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya. Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Ridha-Nya.
Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA, itu lebih BERMAKNA!!.

HANYA HIDUP BERTUHAN AKAN MEMBAHAGIAKAN KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Betapa indahnya hidup kita jika sentiasa bertuhan dan mengingati Allah. Setiap amalan kita terasa kewujudan Allah yang sentiasa Maha Melihat segala-galanya malah sentiasa membantu kita. Benar kata nabi saw.. jika kita tahu apa yang nabi tahu, kita tidak akan pernah duduk dan berehat seperti sekarang malah para sahabat nabi yang dijamin masuk syurga pun menangis terkenangkan cukupkan amalan mereka selama ini.. Subhanallah, jauhnya kita dari mereka. Tapi mengapa kita masih mampu duduk relaks dan tersenyum tanpa tidak terasa gentar sedikit pun.. Ayuh! wahai sahabat2ku termasuk aku yang mana sebagai hamba yang lemah untuk sama2 mencari kehidupan yang bertuhan kerana sesungguhnya ia indah..
Tak semestinya mereka yang mempunyai kehidupan mewah dan bantal yang empuk tidur lena sepanjang jalan, malah mungkin mereka yang hanya tidur di atas kayu di pondok usang tidurnya lena.. Jika Allah ingin memberi kebahagian kepada seseorang maka tiada satu tangan pun mampu menghalangnya, jika Allah ingin memhalang kebahagian seseorang maka tiada satu tangan pun yang mampu menghentikannya.. segalanya dari Allah dan kepadaNya jugalah kita kembali. Sejauh mana kehidupan kita akan berakhir di persimpangan antara syurga dan neraka dan di situlah segalanya terjawab. harta, populariti, wang dan kemewahan tak mampu dibawa ke kubur tetapi amalan yang ikhlas mampu membantu kita kelak.
Apa gunanya bermegah dengan kemewahan, dan populariti di dunia jika kita busuk dan lemah di sana.. di sana jugalah kehidupan yang abadi malah lebih indah dari sekarang.. fikirkan kembali mengapa kita di sini, di bumi yang Allah cipta yang mana sebagai perhentian dalam kehidupan kita.. ayuh sama2 mencari kembali kehidupan bertuhan kerana sesungguhnya ia amatlah indah. sukar diungkapkan kata2 betapa indahnya hidup bertuhan.. apa yang jelas, mampu membimbing kita dalam mencari bahagia dunia dan akhirat, mengatur masa dan disiplin kita dengan terancang dan meleyapkan masalah dalam kehidupan kita..

SMALL MISTAKE LEADS TO A BIG DAMAGE KESILAPAN REMEH NATIJAHNYA BESAR

Benar la.. jika seseorang mengadukan kesedihan serta kesulitan kepada manusia, maka itu akan meringankan kesedihan tersebut. Namun, malangnya tidak semua manusia jujur. Kadang-kadang apa yang di kongsikan di canang merata-rata sehingga semua orang tahu. Lebih buruk lagi, ada yang menjadi batu api bagi memanaskan lagi keadaan.
Sebaik-baiknya seseorang mengadukan kesedihan itu kepada ALLAH, itu lah yang akan bermanfaat baginya. Bagaimana tidak? Sedangkan ALLAH TA’ALA telah menjanjikan hal itu dalam firman-NYA.,“Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah), bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-KU.” [QS Al Baqarah: 186]
Maka, sesungguhnya ilmu ALLAH itu meliputi segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun yang samar baginya. Jika ALLAH begitu dekatnya, maka tidak perlu lagi mengeluhkan masalah kepada selain-NYA. Kerana, “Bukankah ALLAH itu cukup untuk hamba-NYA.” [QS Az Zumar: 36]
.

SYUKURRR MASIH ADA KAWAN

Kalau ada 100 kenalan mungkin 50 sahaja yang boleh di panggil kawan, sebab masa kita buat kenduri dia pasti datang. Dari 50 orang kawan ni mungkin 20 orang sahaja yang layak di panggil teman sebab sanggup menemani kita minum di kedai mamak. Dari 20 teman ni 5 orang sahaja yang layak di panggil sahabat sebab sanggup bersama kita masa susah senang. Dari 5 sahabat ini mungkin seorang jer macam adik beradik, walaupun mak lain bapak lain, kerana dia sanggup berkorban apa sahaja untuk kita.
Ada jenis orang yang hanya cari kita bila dia bosan, lonely, takde idea, poket kering dan macam-macam lagi. Syukur masih ada kawan :p

AKU MASIH KUAT 💪💪💪

Kadang-kadang orang mampu melihat kita ketawa, mereka sangka kita sangat bahagia. Merasai apa yang mereka tidak rasai, memiliki apa yang mereka tidak miliki. Sedangkan, hakikatnya yang tersembunyi.. ketawa itu BUKAN kerana kita lebih beruntung, lebih bertuah atau lebih banyak memiliki. Tetapi kerana kita punya kemampuan menghadapi semua ini. Kita masih punya kekuatan yang DIA pinjamkan.

SATU KEZALIMAN.. MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG

Mempermainkan perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita , adalah satu bentuk kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa lidah boleh menghiris hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka di tangan atau kaki. Apakah kira2 kezaliman seperti ini tidak akan dibalas oleh Allah? Mempermainkan perasaan orang seolah melupai bahawa soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan dihadapan Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.
Pada yang terluka di permainkan, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.
Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi : ” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"
Mempermainkan perasaan orang adalah satu kezaliman yang akan mendapat balasan!!

Bersama Allah

Alhamdulillah.."Bersama ALLAH" aku sudah melalui hari-hari semalam dengan penuh nikmat hikmah, rahmat, Cinta & Sayang-NYA yg tak terbatas, dan "Bersama ALLAH" aku tidak khawatir akan hari esok.

MASALAH HUTANG ?

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa seperti di gambar). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika diamalkan secara istiqamah, insyaallah masalah hutang akan selesai. Doa ini juga terdapat dalam buku doa Al -Ma'surat.

"TADAHKAN TANGAN ANDA KE LANGIT, BERDOALAH DAN YAKINLAH"

Silakan semak beberapa pertanyaan berikut yang mesti dijawab agar pemahaman kita akan doa menjadi jelas: Adakah di antara kita yang tidak mempunyai masalah sama sekali? Adakah di antara kita yang kehidupannya teratur dengan sempurna? Adakah di antara kita yang selamanya santai penuh sepanjang hidupnya? Adakah di antara kita yang tidak memiliki harapan-harapan besar yang sulit diraih? Adakah di antara kita yang merasa tenang dan yakin bahawa dosa-dosa tidak akan membuatkan dia memasuki ke neraka? Adakah di antara kita yang sama sekali tidak memerlukan Allah SWT?
Kita semua memiliki terlalu banyak tuntutan. Baik dari segi harta, pasangan, pekerjaan, pelajaran, anak-anak, dan sebagainya. Setiap kita juga mengharapkan keredhaan, petunjuk dan kurnia dari Allah. Setiap kita juga mempunyai beragam persoalan yang ingin diselesaikan.
Sekian banyak masalah dan persoalan yang diberikan kepada kita ini, agar kita kembali kepada Allah; seolah-olah segala keinginan dan cita-cita kita ini ditunda, agar kita sentiasa mengadah kepada Allah SWT; dan seolah-olah ampunan Allah SWT tidak boleh diketahui, apakah telah diberikan atau belum, agar kedua tangan kita tetap rajin mengadah ke langit.
Apabila kita mampu untuk mengadah tangan, mengarahkan pandangan, dan meggerakkan kedua bibir kita kepada Rabb penguasa alam. Pada saat itu berbahagialah kita, kerana hati kita telah bergantung kepada selain Dia. Tujuan dari ibadah doa ini adalah untuk kita selalu mengadah ke atas memohon kepada Allah, dan agar kita memiliki keyakinan kuat bahawa Allah SWT akan mengabulkan permintaan kita bila kita berdoa kepada-Nya. Ke mana lagi tempat untuk kita berdoa jika bukan Allah?
Sedarlah wahai hati, dan segeralah berdoa kepada Allah. Pintalah kepada-Nya dan ajarkanlah tanganmu menengadah! Ayuh, gunalah kesempatan yang masih ada ini untuk kita merendahkan diri kita dan berdoa kepada Allah pada saat ini juga. Masihkah kita tidak percaya bahawa Allah akan memberi dan mengabulkan doa anda? Tidakkah kita percaya bahawa kurnia Allah amat luas tidak terbatas? Maka jawablah, “Aku percaya!”
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada yang lebih mulia di sisi Allah selain doa.” [HR At-Tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah, Allah malu jika ada seseorang yang menadahkan kedua tangan kepada-Nya, tapi kemudian menolaknya dengan tangan hampa” [HR Abu Daud, At-Tirmidhi, dan Ibn Majah]
Masya-Allah! Ubahlah garis kehidupan anda dengan menjadikan doa sebagai teras. Berbual-lah dengan Allah selalu. Ingat! Allah malu untuk tidak mengabulkan doa hambanya.
"Tadahlah tangan anda ke langit. Berdoalah. Dan yakinlah."

BELAJAR MENJAGA PERASAAN...

Dalam diam ada yang memerhati, ada yang suka dan ada yang benci. Tetaplah tersenyum walau apapun sitiuasi, Allah yang maha mengetahui. Bersyukurlah kita ketika di sayangi dan bersabarlah kita jika di benci. Jangan ada sesal, jangan ada kesal.. Kawan baik kita ialah airmata. Bila kita gembira dia ada, bila kita sedih dia ada. Bila kita terluka dia tetap ada dan dia akan selalu ada dengan kita.
Bila di beri harapan oleh manusia jangan terlalu yakin kerana Allah menentukan segalanya. Bila beri harapan pada manusia jangan terlalu percaya kerana Allah yang mengatur semuanya. Belajar latih keyakinan pada Allah supaya bila harapan tak dikabulkan, tak terlalu kecewa. Setiap kejadian ada hikmah dan pengajarannya. Selamat menjalani kehidupan yang sementara.

JANGAN PANDANG MANUSIA DENGAN JAHATNYA MATA

Wahai diri.. jangan memandang manusia dengan jahatnya mata. Jangan merasa diri mu yang yang suci dan benar semata. Sungguh tiada manusia yang lebih bodoh di bandingkan dengan manusia yang menganggap dirinya suci. Biar berat badan, jangan berat dosa. Biar hitam badan, jangan hitam hati. Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa. Bintik-bintik hitam di muka kita lebih baik dari bintik-bintik hitam di hati. Kerana Allah tidak memandang rupa kita tapi Allah memandang hati kita.
Manusia boleh berubah dari buruk kepada baik. Dari baik kepada lebih baik. Dari lebih baik kepada terbaik, namun tiada manusia yang sempurna. Setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan termasuk diri kita sendiri. Jangan lihat pada kekurangan orang lain tapi carilah kekurangan dan kelemahan pada diri kita. Perbaiki diri kita... pasti InsyaaAllah, kita akan sentiasa bahagia.
Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka. Lihat ke dalam diri kita, berapa banyak aib kita yang Allah sembunyikan, dengan itu kita nampak mulia dan baik di mata umum. Sedangkan hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan selalu saja membicarakan kekurangan orang lain. Jika kita SELALU mencari kekurangan orang lain, orang lain juga akan SENTIASA mencari kekurangan kita.
Apabila kita merasakan kita serba bagus dan tiada kekurangan, kecenderungan melihat kekurangan orang lain menjadi sangat mudah. Dan inilah yang amat menakutkan. Merasakan kita berada dalam kedudukan selesa, menjadikan kita alpa. Alpa sehingga amat mudah jua kita menjaja fitnah ke sini dan ke sana. Nauzubillah…

BURUK ITU JUGALAH YANG DI LIHAT

Kadang-kadang agak sukar untuk menjadi baik kerana yang buruk itu jugalah yang akan dilihat, dikaitkan dan diperkatakan. Kenapa?.. Jika di renungkan balik, adakah kita sedar bahawa disebalik kebaikan-kebaikan yang kita lakukan, tetap terselit keburukan? Sedar atau tidak?. Sebagai manusia biasa, jangan diharapkan kesempurnaan total sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Dalam diri setiap orang pasti ada sikap baik dan buruk kan? Jangan kerana keburukan-keburukan yang ada didalam diri orang yang kita kenal itu membuatkan kita buta mata hati untuk nampak kebaikan yang ada dalam dirinya. Generally, yang buruk itulah yang akan tetap dipandang buruk sampai bila-bila. Kenapa ya? pelik juga, ada sesetengah yang berfikiran serta beranggapan seperti ini.
Kenapa tidak yang buruk itu dipandang dengan sedikit ruang cahaya yang baik? Sedangkan malam pun akan bertukar siang ( gelap kepada cerah )... inikan pula kita yang mempunyai hati dan akal yang mampu memikirkannya. Cubalah juga untuk melihat kebaikan ( kecerahan ) dalam diri orang yang berada disamping dan disekeliling kita. Lihatlah baik-baik. Tak semua orang yang jahat itu jahat. Dan, tak semua orang yang baik itu baik. Pasti akan ada kekurangan... termasuk yang tengah menaip dikanvas elektronik ini. Sebagai manusia yang alpa lagi pelupa, kita tetap akan melakukan dosa, silap dan salah. Jadi, disebalik kebaikan, kita semua tetap akan ada keburukan yang terpamer.
Keburukan ini adalah pemangkin untuk kita melakukan perubahan agar dapat menjadi yang lebih baik. Semoga diri ini serta kalian tidak akan menjadi insan yang buta mata hati untuk melihat kebaikan orang lain sehingga hanya nampak keburukan sahaja. Harus diingat, kita semua ni tak sempurna sampai bila-bila dan jangan hanya dengan sedikit keburukan membuatkan kita lupa segala kebaikan yang pernah dilakukannya. Sesungguhnya keburukan itulah yang akan membuatkan kita berfikir dan berubah ( merubah sikap ). Meh! kita sama-sama muhabasabah agar dapat menjalani hidup sehari-hari dengan lebih neutral. Wallahua'lam bissowab.