BIARKAN ORANG BUAT KITA, BERSERAHLAH KEPADA ALLAH...
Biarlah apa orang kata asalkan kita tahu NIAT kita. Mereka menilai kita dengan MATA tetapi ALLAH menilainya dengan HATI. Hidup ini, biarkan orang yang buat pada kita. Jangan kita buat pada orang lain. Jangan balas dendam. Berserahlah kepada ALLAH.
Dalam hidup ini tak perlulah kita terlalu risau bagaimana orang lain memandang kita. Apa yang lebih penting adalah memberikan fokus bagaimana kita melihat dan menilai diri kita sendiri. Jika kita benar² yakin bahawa apa yang kita buat adalah berdasarkan prinsip yang betul, maka kita harus bertegas dengannya.

Namun elok sekiranya kita menjelaskan mengapa kita membuat sesuatu
keputusan atau tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya mereka
mahu mendengar atau berbincang. Jika mereka menolak pilihan kita itu,
maka itu adalah urusan mereka. Kita hanya perlu menyampaikan dengan cara
yang terbaik di samping berdoa supaya Allah membukakan hati mereka agar
mereka juga diberikan petunjuk.
Walau bagaimanapun, jangan pula kita berkompromi dengan meninggalkan sesuatu yang benar semata² kerana takut kehilangan kawan atau pun takut digelar sebagai kolot, antisosial dan sebagainya. Apa sahaja keputusan yang kita ambil, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah pandangan Allah SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia. Letakkan fokus terhadap persiapan kita sebelum bertemu Allah SWT.

No comments:
Post a Comment