Mempermainkan perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita ,
adalah satu bentuk kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa
lidah boleh menghiris hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka
di tangan atau kaki. Apakah kira2 kezaliman seperti ini tidak akan
dibalas oleh Allah? Mempermainkan perasaan orang seolah melupai bahawa
soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan
dihadapan Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.
Pada yang terluka di permainkan, serahkan sahaja kepada Allah. Dia
lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti
kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi.
Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Anda dan mereka
mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang
kehidupan.
Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi : ” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"
Mempermainkan perasaan orang adalah satu kezaliman yang akan mendapat balasan!!

No comments:
Post a Comment