Betapa indahnya hidup kita jika sentiasa bertuhan dan mengingati Allah.
Setiap amalan kita terasa kewujudan Allah yang sentiasa Maha Melihat
segala-galanya malah sentiasa membantu kita. Benar kata nabi saw.. jika
kita tahu apa yang nabi tahu, kita tidak akan pernah duduk dan berehat
seperti sekarang malah para sahabat nabi yang dijamin masuk syurga pun
menangis terkenangkan cukupkan amalan mereka selama ini..
Subhanallah, jauhnya kita dari mereka. Tapi mengapa kita masih mampu
duduk relaks dan tersenyum tanpa tidak terasa gentar sedikit pun.. Ayuh!
wahai sahabat2ku termasuk aku yang mana sebagai hamba yang lemah untuk
sama2 mencari kehidupan yang bertuhan kerana sesungguhnya ia indah..
Tak semestinya mereka yang mempunyai kehidupan mewah dan bantal yang
empuk tidur lena sepanjang jalan, malah mungkin mereka yang hanya tidur
di atas kayu di pondok usang tidurnya lena.. Jika Allah ingin memberi
kebahagian kepada seseorang maka tiada satu tangan pun mampu
menghalangnya, jika Allah ingin memhalang kebahagian seseorang maka
tiada satu tangan pun yang mampu menghentikannya.. segalanya dari Allah
dan kepadaNya jugalah kita kembali. Sejauh mana kehidupan kita akan
berakhir di persimpangan antara syurga dan neraka dan di situlah
segalanya terjawab. harta, populariti, wang dan kemewahan tak mampu
dibawa ke kubur tetapi amalan yang ikhlas mampu membantu kita kelak.
Apa gunanya bermegah dengan kemewahan, dan populariti di dunia jika kita busuk dan lemah di sana.. di sana jugalah kehidupan yang abadi malah lebih indah dari sekarang.. fikirkan kembali mengapa kita di sini, di bumi yang Allah cipta yang mana sebagai perhentian dalam kehidupan kita.. ayuh sama2 mencari kembali kehidupan bertuhan kerana sesungguhnya ia amatlah indah. sukar diungkapkan kata2 betapa indahnya hidup bertuhan.. apa yang jelas, mampu membimbing kita dalam mencari bahagia dunia dan akhirat, mengatur masa dan disiplin kita dengan terancang dan meleyapkan masalah dalam kehidupan kita..

No comments:
Post a Comment