MENJAGA PERASAAN SEORANG MUSLIM
ADALAH IBADAH
Hidup kadang-kadang ada karmanya. Hari ini kita melukakan hati insan lain tidak mustahil satu hari hati kita pula dilukai dan disakiti. Oleh kerana itu kita harus sentiasa beringat bahawa langit tidak selalu cerah, ada ketika mendung hadir tanpa diduga.

Mungkin sekarang kita bahagia atas penderitaan insan lain, esok lusa
kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Jangan iri dengan kelebihan
insan lain sentiasa berdoa agar kelebihan seseorang itu dapat
melengkapkan kekurangan insan lain yang memerlukan dan sentiasa didik
hati kita agar sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
Setiap kali kita marah kerana kesilapan orang lain, fikirkan kita juga pernah buat orang lain marah.. Sebelum kita berhasrat dengki dengan orang lain, ingatlah! Allah sudah menyiapkan bahagian rezeki untuk setiap umatnya.

No comments:
Post a Comment