Tuesday, 24 January 2017

BURUK ITU JUGALAH YANG DI LIHAT

Kadang-kadang agak sukar untuk menjadi baik kerana yang buruk itu jugalah yang akan dilihat, dikaitkan dan diperkatakan. Kenapa?.. Jika di renungkan balik, adakah kita sedar bahawa disebalik kebaikan-kebaikan yang kita lakukan, tetap terselit keburukan? Sedar atau tidak?. Sebagai manusia biasa, jangan diharapkan kesempurnaan total sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Dalam diri setiap orang pasti ada sikap baik dan buruk kan? Jangan kerana keburukan-keburukan yang ada didalam diri orang yang kita kenal itu membuatkan kita buta mata hati untuk nampak kebaikan yang ada dalam dirinya. Generally, yang buruk itulah yang akan tetap dipandang buruk sampai bila-bila. Kenapa ya? pelik juga, ada sesetengah yang berfikiran serta beranggapan seperti ini.
Kenapa tidak yang buruk itu dipandang dengan sedikit ruang cahaya yang baik? Sedangkan malam pun akan bertukar siang ( gelap kepada cerah )... inikan pula kita yang mempunyai hati dan akal yang mampu memikirkannya. Cubalah juga untuk melihat kebaikan ( kecerahan ) dalam diri orang yang berada disamping dan disekeliling kita. Lihatlah baik-baik. Tak semua orang yang jahat itu jahat. Dan, tak semua orang yang baik itu baik. Pasti akan ada kekurangan... termasuk yang tengah menaip dikanvas elektronik ini. Sebagai manusia yang alpa lagi pelupa, kita tetap akan melakukan dosa, silap dan salah. Jadi, disebalik kebaikan, kita semua tetap akan ada keburukan yang terpamer.
Keburukan ini adalah pemangkin untuk kita melakukan perubahan agar dapat menjadi yang lebih baik. Semoga diri ini serta kalian tidak akan menjadi insan yang buta mata hati untuk melihat kebaikan orang lain sehingga hanya nampak keburukan sahaja. Harus diingat, kita semua ni tak sempurna sampai bila-bila dan jangan hanya dengan sedikit keburukan membuatkan kita lupa segala kebaikan yang pernah dilakukannya. Sesungguhnya keburukan itulah yang akan membuatkan kita berfikir dan berubah ( merubah sikap ). Meh! kita sama-sama muhabasabah agar dapat menjalani hidup sehari-hari dengan lebih neutral. Wallahua'lam bissowab.

No comments:

Post a Comment