Tuesday, 24 January 2017

MAHU PASANGAN MENJADI SEMPURNA, SEMPURNAKAH DIRI MU?

Tiada pasangan yang sempurna di dalam dunia ini. Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini. Ingatlah! Kesempurnaan Hanya Milik Allah.
Setiap kali kita terasa hati dengan sikap si dia, ingatlah bahawa kita juga mungkin pernah menyakiti hatinya..
Setiap kali kita merasakan si dia tidak memahami perasaan kita, ingatlah bahawa mungkin si dia juga pernah merasakan perkara yang sama..
Setiap kali kita berasa sedih dengan sikapnya, ingatlah bahawa mungkin si dia juga pernah menangis kerana sikap kita..
Setiap kali terasa seperti apa yang dilakukan tidak dihargai, ingatlah bahawa mungkin kita pernah mengambil mudah apa yang si dia lakukan..
Jadi terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita itu seadanya.. kelebihan pasangan mungkin boleh menjadi kekurangan bagi kita.. kekurangan pasangan juga mungkin menjadi kelebihan kita..
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN, Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI.
Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya. Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Ridha-Nya.
Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA, itu lebih BERMAKNA!!.

No comments:

Post a Comment