ALLAH SWT
menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari. Dan di dalam tiap
hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan
rahsia keutamaan dari hari tersebut.
Sebagaimana Firman ALLAH SWT bermaksud:
"Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh" - Surah: An-Naba',12.
Diriwayatkan
oleh Anas bin Malik ra. mengatakan: "Bahawa Rasulullah SAW ditanya
tentang hari ahad, maka baginda menjawab: Hari Ahad adalah hari
menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya: Mengapa demikian ya
Rasulullah SAW? Rasulullah SAW menjawa: Kerana Hari itulah ALLAH SWT
mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya."
Rahsia Kelebihan hari AHAD:
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota Adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh...
No comments:
Post a Comment