ORANG YANG BANYAK MENASIHATI ORANG LAIN..
ITULAH ORANG YANG SUDAH PUAS MENANGGIS
Tazkirah sangat penting untuk pemberi tazkirah dan juga untuk yang diberi tazkirah. Yang kita selalu ingat, manfaat tazkirah itu adalah untuk orang yang kita beri tazkirah. Apabila orang yang kita beri tazkirah itu mengamalkan apa yang kita katakan, dia akan dapat pahala dan kita pun turut dapat pahala yang sama tanpa mengurangkan pahala yang dia dapat. Untuk pemberi tazkirah, Allah menjadikannya sebagai medium untuk memperbaiki dirinya.
Jangan
fikir tazkirah itu hanya untuk orang lain, tetapi fungsi utamanya
adalah untuk individu yang memberi tazkirah. Allah Ta'ala berfirman
:"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan
katakanlah perkataan yang benar (tazkirah), niscaya Allah memperbaiki
amalan-amalan kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu." (QS. Al Ahzab 70-71)
Jadi, dengan tazkirah yang kita sampaikan, Allah akan tolong kita
memperbaiki amalan-amalan kita. Umpamakan kita membasuh baju. Apa yang
pertama bersih? Adalah tangan kita. Baju yang kita basuh itu belum tentu
bersih. Tetapi yang pasti tangan kita sudah bersih. Tazkirah yang kita
buat pun begitu; yang pertama kali diperbaiki Allah Ta'ala adalah diri
kita.
Di dalam Al Qur’an ditegaskan bahawa tidak ada jaminan kalau kita memberi tazkirah kepada orang lain, maka dia akan dapat hidayah. Tetapi berdasarkan ayat di atas, yang ada jaminan dari Allah adalah Dia akan memperbaiki amalan-amalan kita melalui tazkirah yang kita sampaikan.
Namun perlu diingat, tazkirah sangat hebat ganjarannya. Prinsip pelaburan menyatakan "high return high risk." Jika tazkirah mempunyai ganjaran yang hebat, maka ujian yang dihadapi penyampai tazkirah juga hebat.Orang yang banyak menasihati orang lain itu lah yang sudah puas menangis.

No comments:
Post a Comment