Thursday, 27 August 2015

Macam SETAN Memang SEBIJIK

Assalamualaikum
28/8/2015 11.20am
EE...rase sakit ati still tak ilang...Nor..Perangai ko mmg mcm syaitan kan....menyakitkan hati orang,,,fitnah orangg...serang orang..mmg sebijik....kembar setan kot..name jer nor..tapi perangai.....nama tak mencerminkan peribadi kan....sakit nyer hati aku ni...muker dier macam muker kat sebelah ni...
Entah ape yang ade dalam hati perot dier pun tak tau...

Menurut Umar Al-Khattab, syaitan ada 9 adik beradik. Setiap adik beradik nie ada tugas masing-masing. Kali ni mari kita berkenalan dengan nama-nama syaitan ni, supaya kita mudah menghindari daripada dihasut olehnya. InsyaAllah...

9 adik beradik syaitan :

1. Zalituun : Syaitan ni duk kat pasal malam, supermarket dan tempat beli belah. Tugas dia nak suruh kita berbelanja berlebihan (membazir) dan beli barang yang tak perlu.

2. Wathiin : Syaitan ni pula akan datang pada orang yang dapat musibah supaya orang tu bersangka buruk terhadap Allah S.W.T.

3. A'awan : Tugas syaitan nie menghasut pemerintah, sultan, raja supaya tidak mendekati rakyat, lalai dengan kedudukan, mengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat ulama.

4. Haffaf : Syaitan nie adalah kawan baik kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.
 

5. Murrah : Merosakkan dan melalaikan orang supaya leka dan lalai dengan muzik hingga lupa kepada Allah S.W.T.

6. Masuud : Syaitan ni duk kat bibir mulut supaya berkata fitnah, gosip, mengumpat dan apa saja penyakit yang keluar dari kata-kata mulut.- Yang ni lah Perangai NORRRRRR...

7. Daasim : Syaitan ni duk kat pintu rumah kita kalau kita tak bagi salam bila masuk rumah. Pastu bila tak bagi salam, syaitan ni akan bertindak supaya terjadi keruntuhan rumahtangga (suami cerai isteri dan sebagainya).

8. Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia ketika beribadat kepada Allah S.W.T.

9. Lakhuus : Syaitan ni merupakan sahabat bagi orang majusi yang menyembah api dan matahari.

Antara 9 adik beradik syaitan tu, cuba la tengok mana satu yang "Pernah" dan "Masih" menjadi kawan kita. Haa.., kalau dah jadi kawan tu, cepat-cepat la berusaha untuk memutuskan tali persahabatan kita dengan syaitan tu.

No comments:

Post a Comment