13/8/2015 4.02PM
Ya Allah..berat sungguh ujian mu..bertimpa timpa Ya Allah..tetapi aku takkan mengeluh sebab setiap ujian ade hikmahnya dan Engkau juga telah memberi dugaan terhadap makhluk sebelum ku....
Nak tau tak...isteri boipren aku tu dah balik umah mak dier dah..pastuh aku tegk kat status watsup dier dier tuli (.........) mcm tu jer..pastuh gambar dier pun dier tukar dah,,...dier ambik gambar yang ade tulis "kalu kita ambik hak orang suatu hari nanti orang akan ambik hak kita...tu mesti tuju kat aku ler tuh..serba salah aku dibuatnya..kalu lah aku ade byk duit..aku dah lama dah pergi jauh jauh dari sini...pergi menetap kat negara yang lain..yelah kat sini aku rase mcm mcm masalah yang timbul..lepas satu satu...sebenarnya kalu masalah berkaitan dengan duit takpe..sbb duit boleh cari..ini berkaitan hati dan perasaan..aku kesian tau tgk boipren aku tu..rindukan anak anak dier..knplah bini dier tu kejam sgt bwk lari anak dier....
Sekarang ni mcm semua org nak salahkan aku..biler smpai opis pulak org sindir sindir aku...sakit sngt aku rase...sakit sngt....aku rase mcm aku ni jahat sngt runtuhkan rumah tangga orng...apa yang patut aku buat???Ya Allah bantulah aku....
Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu
merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada
permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air
mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan
berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa
mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan
ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak
kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca
artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak
tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun
tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan
dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga
hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua
yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca
Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah
satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu
marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami
“keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali
selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan
merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang
mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan
dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah
Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah,
selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had
rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat
satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya
Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku
berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung
kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari
perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
– Berwudhuk sebelum tidur– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“– Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru
sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang
boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan
putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih
Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah
kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita
kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
No comments:
Post a Comment