Ali bin Abi Talib r.a berkata :
"Sewaktu
Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka
dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu
berkata: Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang
telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak diberikan
kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah S.A.W.bersabda: 'Silahkan bertanya.'
Berkata orang Yahudi:'Silahkan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.:'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang
Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,maka
setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia
berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,
Sembahyang
Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap
orang kafir.'
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka
berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang
sembahyang.
Rasullullah S.A.W bersabda:
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
Sembahyang
Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap
api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda
Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Setelah
itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan,sembahyang
Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang
mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta
sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda
Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu
adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya
api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda
Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka
berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T.
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda
Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang
dilarang,lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama 30
hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S.
berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'
Kata
orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan
itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari
puasa itu.'
Sabda
Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T.
tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda
Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk
saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata
orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami
mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau
utusan Allah).'
"Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah
berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)
Disebutkan
di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan
dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama
44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK
DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw,"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila
qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah
debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu
KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hambaKu.
Disebutkan
oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK
BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. ParaAhli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw:
Apabila
datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :
Wahai
Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa
(ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan
syurga.
Maka
Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang
penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika
Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
No comments:
Post a Comment