Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita
solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah Shallallahu’ alaihi Wasallam bersabda, ” Mahukah kamu
keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu
wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila
kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu
menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur,
pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha
yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya
pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa
besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya.
Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan
harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan
yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi
seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian
menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di
dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut.
Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang
dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas
diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan
rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di
luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang
dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk
melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan,
bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak
suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta
kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada
habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir
miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia
mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan
kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu
menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan
beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk
mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga,
keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut
yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
No comments:
Post a Comment