Anjuran
bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenali amal kebajikan,
menambah ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik.
Larangan
marah.
Dianjurkan
untuk mengulangi percakapan hingga pendengar menyedari kepentingan perkara itu.
“Orang
kuat bukanlah orang yang mampu memukul lawannya. Tetapi orang yang kuat adalah
orang yang mampu mengekang hawa nafsunya ketika sedang marah.” (HR Bukhari dan
Muslim)
“Siapa
yang mampu menahan marahnya, padahal dia sanggup untuk melepaskannya, maka
kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk
sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya.” (HR Ahmad dan
Abu Daud)
“Rasulullah
tidak pernah sekali pun memukul sesuatu atau seseorang dengan tangannya, tidak juga
seorang wanita ataupun pelayan kecuali pada saat berjihad di jalan Allah.
Baginda tidak pernah berasa dendam kerana disakiti lalu membalas kepada orang
yang menyakitinya. Kecuali jika hal itu adalah perlanggaran terhadap larangan
Allah. Rasulullah membalas kerana Allah semata-mata.” (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment