Bahana Fitnah
"Wahai
orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa
suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak
menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga
kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (al-Hujurat:6)
1.
Hari ini sudah menjadi fenomena apabila begitu banyak berita-berita
kontroversi yang dilaporkan di media sama ada di media arus perdana
ataupun di cabang-cabang media alternatif. Persoalan yang ingin
dibincangkan pada hari ini adalah bagaimana kaedahnya untuk kita
menghayati berita-berita yang dilaporkan ini.
2.
Di sini saya bukan ingin memperincikan kepada berita apa, sebaliknya
saya ingin membuka isu ini dari segi umumnya seperti yang telah
dicatatkan di dalam Al-Quran yang mana Allah telah pun mengingatkan
kepada kita semua sehingga ke generasi manusia akhir zaman bahawa
memeriksa ataupun menyiasat terlebih dahulu berita yang disampaikan
kepada kita.
3.
Ini fokus utamanya. Tapi pada masa kini keadaannya agak berbeda. Ramai
orang yang mudah terpengaruh dengan laporan mana-mana media tak kisahlah
sama ada laporan-laporan di media arus perdana ataupun di media
alternatif.
4.
Prinsip asasnya mudah dan jelas. Jangan terus kita ambil bulat-bulat
dengan laporan berita yang disampaikan, sama ada ianya pro kita ataupun
tidak. Sebaliknya kita menjadi lebih bersederhana dan menunggu sendiri
hingga kepada pengakuan oleh mereka yang terlibat di dalam sesuatu isu
yang dikontroversikan.
5.
Kita tidak mahu akibat kita mudah terpengaruh terus dengan sesuatu
laporan berita, ianya menjadi duri dalam daging kepada si mangsa,
malahan kita juga mahu mengelak fitnah daripada terus berlaku.
6. Sesungguhnya kita telah diingatkan bahawa dosa orang yang memfitnah adalah lebih besar daripada dosa membunuh. Wallahu 'Alam.
No comments:
Post a Comment