Doa Si Teraniaya
Doa orang yang teraniaya itu makbul seperti yang telah dikhabarkan oleh Bukhari & Muslim yang maksudnya"Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Sebagai mangsa kita boleh berdoa terus kepada Allah kerana pastinya ia akan termakbul. Allah lebih tau masa serta cara yang terbaik untuk penzalim. Usah lah bergantung kepada perantara atau bomoh dikhuatiri akan menuju kehancuran.
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
(Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali 'Uqbah bin Sinan 5/117)
Cukuplah kita sebagai orang teraniaya bermunajat dengan cara yang sederhana. Bahkan mungkin bomoh mengambil kesempatan terhadap keburukan yang telah kita alami.
Doalah kita seperti ini
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah
atau
2. Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini.
atau
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Teruk teraniaya sekalipun elak lah dari mendoakan keburukan kepada insan yang lain. Biarkan ketentuan itu kekal milik pencipta. walaupun doa keburukan itu dibolehkan oleh orang yang teraniaya.
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang teraniaya. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisaa’: 148)
Mari bersama menghayati kata-kata ahli sufi "Jadilah seperti pohon yang berbuah lebat, dibaling dengan batu, tetapi dibalas dengan buah yang manis"
No comments:
Post a Comment