Assalamualaikum
12/07/2015 9:55pm
Hari ni dah genap 26 umat islam berpuasa. Tinggal beberapa hari jer lagi nak raya. Hati aku ni bertambah resah dan resah dan resah lg. Ya Allah Ya Tuhanku.hilangkanlah segala kegelisahan hatiku ini. Aku tahu ini semua dugaan mu dan kau uji aku kerana aku mampu untuk memikulnya dan ku harap kau senantiasalah berada disisiku Ya Allah kerana sekarang aku sedang mencari kekuatan dan padamu sajalah kekuatan yang ada..
Aku amat menyanyagi dirinya..Sebabnya adalah aku adalah bakal isteri keduanya..
tetapi hinaan dan cacian masyarakat terhadap aku amat berat sekali. Aku tidak minta untuk bercinta dengan suami orang..itu adalah takdir tapi manusia ni sangat kejam kerana menghukum aku dengan mudah lebih lebih lagi isteri pertamanya...
Hari hari aku lalui dunia aku ni dengan penuh hinaan daripadanya..cukuplah menghina aku seorang tapi kenapa nak libatkan arwah ayah aku yang dah lama pergi menemui penciptanya..kenapa? kenapa?
bila aku balas sikit je, kesalahan kembali semula pada aku..msti orang salahkn aku semula..aku ni mcm timun, diorang pisau, ketepi aku kena,tengah aku kena, semuanya aku kena..
Nasib baiklah aku ada Allah, ibu dan juga mok yg senantiasa memberi semangat pada aku...
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahknlah urusan aku dan dia.izinkanlah aku bersama dengannya walaupun sekejp..kerana aku amat menyanyanginya...Aminnn...
No comments:
Post a Comment