TAHUKAH ANDA : KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?
Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:
01: Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini,
jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air
sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan
kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit
pula menjadi lebih lembut dan halus.
02: Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi
lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti
seharian tanpa rasa letih.
03: Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila
anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron
pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
04: Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan
salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH,
dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
05: Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama
berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik
utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi
sebelum subuh.
06: Meningkatkan sel darah putih;
Mandi
dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh
badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan
tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk
dijangkiti dengan sebarang penyakit.
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
No comments:
Post a Comment