20/10/2015 1.25pm.
Hari ni entahlah...apa aku rase...smlm dptler aku mkn ngn boipren aku..mkn tengahari..aku keluar ngn dier rase cm serba tak kena jer aku rase..ade jer perkara yang boleh membawa pergaduhan...entahlah..mgkin kerana aku ngn dier ni ego ke tak aku pun tak tau..satu lagikan..aku cuba tau sebenarnya nak lari dari dier ni...tapi tak boleh...biler aku cuba nk ngelak kan, ade jerlah yang boleh buatkan kitaorang ni jumpa balik...kdg kdg aku sendiri tk tau ape yg aku nak....aku ni tak bersyukur ker?? smlm kan dier tuduh aku ade org lain...hummmm...entahlah..masing masing nak tunjuk keras kpala..walhal masing masing tak boleh biler takde...
APA ITU EGO?
Apakah yang dimaksudkan dengan ego?
Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu.
"Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah dan merasakan
bahawa diri anda sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti
putus asa."
Jadi, entri saya pada malam ini akan memberikan penekanan mengenai
ego. Antara isu yang selalu menjadi perbalahan ialah apabila
perbandingan dilakukan untuk menetukan antara lelaki atau perempuan,
siapakah yang lebih ego? Jika di jawab lelaki lebih ego, sudah tentu ada
lelaki-lelaki yang kat luar sana yang tidak berpuas hati begitu juga
sebaliknya. Sebenarnya, ego ini tidak boleh ditentukan berdasarkan
jantina semata-mata.
Kebiasaannya seseorang itu tidak dapat menerima hakikat apabila dirinya
dilabelkan sebagai seorang yang ego. Mereka kadangkala tidak menyedari
bahawa sifat itu memang sudah ada dalam diri mereka.
Yang
membezakannya hanyalah tahap ego seseorang itu. Berdasarkan kajian,
wanita yang bekerjaya mempunyai tahap ego yang lebih tinggi berbanding
wanita yang tidak bekerja. Itu hanayalah kajian yang dilakukan, ini
tidak bermakna semua wanita bekerjaya itu ego. Lelaki juga begitu.
Tetapi, jika dalam sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai
contoh hubungan suami isteri, kebiasaannya suami mempunyai tahap
keegoan yang lebih tinggi berbanding si isteri.
"Usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengawal ego tersebut"
Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri
sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana
jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang
ramai.
No comments:
Post a Comment