KITA MASIH ADA KUDRAT MELAKUKANNYA
Dalam kesibukan kita sebagai manusia mencari kesempurnaan dunia, ada di antara kita yang terlupa
akan
kesempurnaan rohaniah untuk di bawa pulang nanti bertemu yang Maha Esa.
Sering dijadikan alasan "masa" menjadi penghalang untuk berbuat amal
kebaikan apatah lagi ibadah. Hidup kita yang sangat singkat ini, penuh
dengan banyak perkara dan tanggungjawab untuk dilaksanakan. Tatkala kita
sibuk mengerjakan yang lain, kita sering terlupa mengerjakan yang
wajib. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia perlu mencari keperluan
dalam hidup. Tetapi apalah salahnya kalau kita praktikkan sedikit masa
untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada Allah yang Maha
Mengasihi lagi Maha Pemberi.
Kalau dilihat dari aspek masa yang sering menjadi persoalan atau lebih
tepat lagi faktor utama kepada kita, kita ada 24 jam sehari. Kita
berkerja lebih kurang 8 hingga 10 jam sehari. Kita berehat pula lebih
kurang 5 hingga 8 jam. Kalau dikira masa yang memang betul-betul kita
gunakan lebih kurang 18 jam. Tapi kita ada 24 jam. Kita ada lebih kurang
6 jam lagi. Mari kita lihat berapa banyak masa yang diambil untuk
mengerjakan solat yang telah diwajibkan ke atas kita. Kalau dikira masa
yang diambil kalau kita berjemaah di masjid. Jika 4 rakaat + wirid + doa
= 15 minit. Kalau kita kira purata dalam 15 minit satu waktu... 15 x 5 =
1 jam 5 minit.. ada baki lagi dalam 4 jam setengah.
Setiap apa
yang telah difardhukan ke atas kita adalah tanggungjawab yang kita perlu
lakukan walau dalam apa keadaan sekali pun. Ini kerana setiap apa yang
wajib itu ada kebaikannya. Contohnya solat itu sendiri. Selain sebagai
penenang jiwa ia juga merupakan "magnet" rezeki. Jadi kenapa perlu kita
abaikan? Padahal awalnya tadi kita sendiri yang sibuk dengan pencarian
nafkah hidup. Bila sudah diberikan peluang oleh Allah swt untuk
dipermudahkan, kenapa kita perlu pilih jalan yang susah? Itu baru satu,
masih banyak lagi amal ibadah yang membawa kebaikan secara terus menerus
kepada kita.
Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang sementara
kita masih ada kudrat melakukannya. Janganlah kita berputus pada rahmat
Allah, sesungguhnya Allah swt itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan takkan
pernah Dia mahu melihat hamba-hamba-Nya dalam kesusahan. Seruan saya
pada diri saya dan yang lain. Marilah kita perbanyakkan ibadah kita;
mudah-mudahan kita akan dirahmati-Nya. Kalau difikirkan dari aspek
perkerjaan....yang lain pun ada tanggungjawab masing-masing. Tetapi
mengapa ada pihak yang mampu menyempurnakannya?
Bersediakah kita untuk pulang? Jangan jadi bodoh dengan menganiayakan diri sendiri~
No comments:
Post a Comment