Monday, 19 October 2015

Terima Hakikat – Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Sekiranya kita selalu mengganggap setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan, maka sebenarnya kita salah.
dibalas dengan kebaikan
Dalam dunia nyata yang melibatkan perhubungan sosial manusia sesama manusia – tiada kepastian seperti itu.
Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh orang lain, apatah lagi untuk dibalas juga dengan kebaikan.
Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak semestinya kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.
Ada sebuah kisah mengenai seorang wanita yang hobinya suka menulis. Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan menulisnya dengan update status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.
Dia sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan catatan statusnya itu akan mendapat maklumbalas.
Kini dia sedang dirawat di rumah sakit jiwa.

Mengapa?

Sebenarnya dia tidak kuat untuk menanggung dan menerima kritikan. Dia tertekan..
Apa yang dapat disimpulkan, dia tidak bersedia untuk menerima keburukan yang dilemparkan oleh orang lain kepadanya.
Dia merasakan dirinya sudah menulis perkara yang baik dan menganggap penulisannya memberi manfaat untuk pembaca, khususnya teman-teman yang ditagged.
Dia beranggapan kebaikan perlu dibalas dengan kebaikan juga. Tetapi sebaliknya, susu dibalas dengan air tuba. Dia fikir dia sudah melakukan perkara yang baik dan tidak patut ada orang mengkritiknya.

Disini adalah kuncinya – terima kenyataan!

Kita perlu menerima kenyataan, bukan selalu kebaikan diterima secara baik oleh orang lain. Kebaikan tidak semestinya dibalas dengan kebaikan – Hakikat yang perlu kita terima.
Mungkin kita menyesali perkara itu. Tetapi, penyesalan tidak mengubah keadaan. Ini adalah fakta kehidupan.

Tiada orang baik sepanjang waktu Perlu kita ketahui tidak semua orang itu baik sifatnya, apatah lagi untuk baik sepanjang waktu. Kecuali Rasulullah – selalu bersifat baik kerana Allah menjadikannya bersifat seperti itu.

Bagaimana pula kita? manusia biasa
Selain  daripada itu, memang jarang ada orang yang sentiasa baik sikapnya. Tetap ada kekurangan dan kelemahannya dimana-mana. Pernah berbuat khilaf dan dosa.

Jangan mengharap perbuatan kita dibalas dengan kebaikan

Orang baik tentu membalas kebaikan dengan kebaikan. Apabila tidak dapat melakukan kebaikan pun, dia tidak melukai hati orang yang melakukan kebaikan.
Tetapi pada asasnya, kita mesti menerima kenyataan bahawa tidak mungkin kebaikan yang kita berikan sentiasa dianggap baik oleh orang lain.
Ini adalah realiti.
Jangan mengharap selalu dibalas dengan kebaikan
Mari kuatkan hati! =)

No comments:

Post a Comment