Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa perjalanan wanita yang mengandungkan anak luar nikah lebih
mudah jika dibandingkan dengan wanita yang telah berkahwin. Jika
diperhatikan, sepanjang di dalam tempoh kehamilan, tidak ramai orang
yang akan perasan perubahan fizikal wanita yang belum berkahwin jika
dibandingkan dengan yang telah berkahwin sehinggalah semasa proses
bersalin di mana. Rata-ratanya wanita yang belum berkahwin ini dapat
bersalin dengan mudahnya di mana-mana lokasi tanpa bantuan sesiapa.
Pelik kan?
Nak tahu kenapa? Jawapan daripada seorang Ustaz ini ternyata dapat menjawab persoalan ini.
“Kata aeorang ustaz yang
mengajar saya tentang agama, ketakutan membuatkan seorang “gadis
terlampau” yang terlanjur dapat melahirkan anaknya dengan mudah.
Katanya lagi, bermula dari perhubungan
yang salah, apabila hamil tidak timbul kepayahan sebagaimana
wanita-wanita biasa ketika sarat mengandung. ALLAH cabut rasa kepayahan
itu supaya tidak mendapat pahala sebagaimana wanita-wanita lain yang
bersusah payah ketika hamil hasil pernikahan yang sah.
Kadang-kadang, tanda-tanda sebagai
orang hamil juga tidak kelihatan. Perutnya tidak nampak besar, boleh
pula berjalan dengan gagahnya. Kadang, boleh pergi sekolah dan buat
aktiviti padang sebagaimana pelajar lain, sedangkan sebenarnya sedang
sarat mengandung. Itu satu lagi nikmat yang dicabut.Kemudian apabila melahirkan anak nanti,
mudah sahaja anak itu keluar hingga dalam tandas pun boleh selesai.
Maka, pahala sakit oleh sebab melahirkan anak itu telah diangkat
daripadanya. Wanita biasa, pada keadaan begini perlu dibantu oleh bidan
yang mahir, itu pun susah dan sakit untuk melahirkan anak, tetapi wanita
yang terlanjur itu mudah sahaja.
Setelah anak itu lahir, mereka
sumbatkan ke dalam mangkuk tandas dan flush! Mengapa hingga begitu
kejam? Kerana perasaan kasih sayang sudah dicabut daripadanya.
Oleh itu, kepada semua
gadis, usah mudah terlampau.Secinta mana pun kamu kepada seorang lelaki,
usah serahkan diri kamu secara yang salah. Kamu akan dihantui perasaan
bersalah sepanjang hayat kamu. KAMU BOLEH MEMIKAT UNTUK MEMILIKI SECARA
SAH”.
Apa pun tu semua kuasa ALLAh Swt dan rezeki masing-masing. Ada juga yang dapat rezeki mudah bersalin. Anyway, yang paling penting tak perlulah kita mencari kelemahan orang lain, sebab manusia tak lepas dari melakukan kesilapan....kan..kan..kan...Allah sahaja yang menetukan baik dan buruk seseorang manusia itu...
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment