Wednesday, 7 October 2015

Negative Thinking??

Soalan:
Makin hari makin parah. Saya selalu berfikiran orang lain memandang negative apa yang saya lakukan walaupun apa yg saya lakukan itu benda elok.
Ia membuatkan saya tertekan.. Saya sentiasa cuba untuk bersangka baik tp kadang-kadang gagal. Ada kala sy bersangka baik tetapi yg tidak elok itulah yang benar.. Kadang-kadang sy juga gusar dan mudah terasa dgn apa yg orang cakap walaupun ia sebenarnya bukan dituju kepada sesiapa.

Mohon sahabat berkongsi cara-cara untuk menghilangkan negative thinking dan rasa gusar dlm diri ini agar dapat diamal bersama..


Jawapan:
Bahaya sebenarnya negative thinking. Antaranya dia boleh menyekat potensi diri kita dan menghuru harakan hidup kita dan orang sekeliling kita (maaf cakap ya( sebab saya pernah berkawan dengan orang yang negative thinking dan sedikit sebanyak menyesakkan kepala saya dengan andai andai serta fikiran negative dia tu...

Dalam soal ini bagaimana harus berubah pertama kena baiki hubungan dengan ALLAH. Seorang hamba ALLAH yang rapat dengan ALLAH insyaALLAH suci jiwanya serta terang fikirannya. Bagaimana? Perbanyakkan zikir, baca quran, solat solat sunat dan berdoa mohon dikurniakan fikiran dan sangkaan yang baik kepada sesiapa pun dan untuk apapun.

Kedua kena biasakan bersangka baik dari sekecil kecil perkara hingga ke besar besar perkara. Susah? Memang susah siapa kata mahu berbuat baik itu mudah namun kena mujahadah kerna selagi kita hidup kita akan bermujahadah dalam segenap perkara... Sangkaan baik yang harus pertama tamanya ialah kepada ALLAH. Jangan sesekali ada sangkaan buruk padaNYA. Buruk sangkaan kita maka buruklah kita dapat... Jangan gusar jika sangkaan baik kita itu tidak sama dengan natijahnya maka kita kena sangka baik lagi, pasti ada hikmah disebaliknya...

Dalam hidup ni kita kena biasakan berserah diri pada ALLAH, insyaALLAH apa jua yang berlaku kita boleh bertenang...

Wallahualam..


Jawapan 2:
Negative thinking ni memikirkan perkara yang buruk-buruk dan tidak baik atau prasangka buruk terhadap sesuatu. Persepsi/sangkaan ni berkaitan dengan akal. Mahu atau tidak kita kena perkuatkan akal kerana itu lah sahaja “bekal” yang Allah beri pada manusia untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Makanan akal pula adalah i’lmu

Tubuh jasmani selalu kita latih dengan senaman, ruh dengan mujahadah, akal pula kita latih dengan berfikir atau tafakur. Setiap perkara yang datang kita hadap dengan hati yang tenang, hati yang tenang kena latih dengan zikir atau apa jua bentuk u’budiah yang membawa ingatan kepada Allah.

Dengan puasa, 2 rantai nafsu dan syahwat yang membelengu akan dikekang. Membuatkan Ruh lebih kuat dan akal lebih jernih.

Bila hati tenang, insyaAllah fikiran akan jernih, telus dan tajam. Akal mulai bergerak dan mula hidup dan gangguan dari nafs yang rendah + syaitan yang berbisik akan mulai berkurang. Ketika ini..akal perlukan panduan untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk...panduannya adalah agama sebagai tempat berpautnya diri kita. Dan agama pula merujuk kepada Ad Deenul Islam yang menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai “mapping” kehidupan manusia.

Takde jalan mudah, harus mujahadah @ jihad @ azam untuk berubah. Latih agar selalu bersangka baik..perkuat jatidiri dengan iman, ilmu dan amal...insyaAllah..bila kita sudah tahu kemana hendak dituju, tutup sebelah telinga dengan apa yang orang nak kata. Kerana kita tahu dan yakin...agama akan membawa ke jalan yang lurus (yang selalu kita doa dalam fatihah).


 Firman Allah SWT.
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Yang maksudnya:
”Terimalah yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan  perkara yang baik,  serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)”.  [Al-A’raaf : 199].
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 397.]

Firman Allah SWT:
قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Yang maksudnya:
“Katakan: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.  -  Surah Al-Baqarah : 67.

Firman Allah SWT,  iaitu:
(وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٩
yang maksudnya:
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah,  Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”. [At-Takwiir : 29].
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1644.]

Sengan sebab itu kenalah diketahui sega apa yang Allah SWT telah Aturkan dan dipatuhi (Rukun Iman dan Rukun Islam) dan hendaklah sentiasa mengnedahkan pengajaran Al-Qur'an...

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

Dan hendaklah senantiasa menjaga dan melindungi diri sendiri daripada sesuatu apa jua perkara yang menyebabkan Allah SWT Berikan syaitan menjadi teman kepada diri sendiri.

Daripada Abi Hurairah,  Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Awasailah kamu dari sangkaan,  kerana sangkaan itu sebohong-bohong cerita.   Jangan kamu mengintip, jangan kamu berebut-rebut,  jangan kamu berhasad dengki,  jangan kamu bermusuh-musuhan dan jangan kamu berkelahi,  malahan jadikanlah diri kamu hamba Allah yang bersaudara.” [HR. Muslim].

Justeru jangan dilayani sangkaan kerana adalah jelas bahawa sangkaan itu sebagaimana maksud al-hadis di atas itu.

Firman Allah SWT:
قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Yang maksudnya:
“Katakan: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.  [Surah Al-Baqarah : 67].

Hendaklah selalu diucapkan:
أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
dan dengan selalu mengucapkan sedemikian itu semoga Allah Melindungi diri daripada melalukan apa jua perbuatan yang "tidak patut" dan juga melindungi diri daripada mana-mana pihak melakukan perbuatan jahil (tidak patut) kepada diri dan keluarga.

No comments:

Post a Comment