Ketika
kita ditimpa sebuah kesusahan, bererti Allah mahu kita lebih dewasa
dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah
ingin agar kita mendekat kepadanya.
Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.
Kerana
sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik
musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan datang menghampiri
Jangan
mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya
apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil.
Namun,
mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya,
diberikan penyelesaian yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap
dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.
Tanpa
malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan
terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna.
Begitu
juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa
didahului rintangan dan kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.
Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya.
Jika ketabahan yang kita bina, nikmat akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara akan selalu bertambah.
Permasalahan datang
untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Musibah adalah
medium dalam proses pendewasaan. Tanpa permasalahan kita takkan pernah
dewasa.
Tanpa kesusahan kita takkan menjadi orang yang luar biasa.
”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”
Di saat kita mencari solusi dalam suatu permasalahan, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
Maka,senyumlah
mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi permasalahan tersebut
dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan
Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.
No comments:
Post a Comment