BISMILLAH ENAM [dengan bacaan RUMI & TERJEMAHAN & KELEBIHAN MENGAMALNYA]
Peringatan
- Beramallah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Apabila kita dekat
dengan Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Fadilat
Bismillah 6 yang dinyatakan hanya sebagai contoh, tapi Allah boleh
memberikan kepada kita lebih daripada itu apabila kita dekat denganNya.
Mungkin juga Allah tidak memberikan fadilat tersebut kepada kita, tetapi
Allah menyediakan ganjaran yang besar di Akhirat. Namun, perlu kita
ingat ayat tidak memberi kesan jika kita berharap padanya, pergantungan
kita hanya satu iaitu ALLAH zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar
kita dalam amalan. Istiqomah seribu karomah.
BISMILLAH 5
Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
Khasiat Ayat Ini
1. Penawar bias
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Nota
Ayat
ini boleh amalkan setiap kali selesai solat. Untuk penghidap gastrik
Insyaallah tidak akan kena gastrik selagi kita mengamalkan ayat ini.
Tatacara
1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
4. Kemudian iktikad seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
Bismillah Dua Puluh (20)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
Ayat ‘Bismillah Dua Puluh’ ini amat besar kelebihannya, terutama untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka hendaklah dibaca ‘Bismillah 20’ setiap hari dan malamnya.
1. Sesiapa membaca ‘Bismillah Dua Puluh’ selepas solat fardhu Subuh seperti mendapat pahala mengerjakan haji dan memerdekakan hamba sahya.
2.
Bacalah satu kali setiap hari, jika tidak dapat, bacalah sebulan sekali
atau sekurang-kurangnya bacalah setahun sekali. InsyaAllah akan :
- Dibukakan pintu bahagia
- Ditutupkan pintu derit
- Terpelihara daripada mati terkejut
- Terhindar daripada azab kubur
- Selamat melalui titian sirat
- Dilindungi daripada panas Padang Mahsyar
Bismillah Sembilan (9)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dengan Nama Allah Sekalian Alam.
Dengan Nama Allah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung.
Dengan Nama Allah, Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
Dengan Nama Allah, Maha Memiliki Keagungan Suci.
Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail.
Dengan Nama Allah Tuhan Mikail.
Dengan Nama Allah Tuhan Israfil.
Dengan Nama Allah Tuhan Izrail.
Dan Malaikat Yang Menghampiri Kepada Mereka
Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam.
Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
Bismillah Sembilan
Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat:.
- Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT.
- Mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ ini, InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya.
- Sekiranya menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah pengamal ‘Bismillah 9’ akan berjaya menumpaskan mereka.
- Menyampaikan sebarang hajat.
Bismillah Tujuh (7)
Terjemahan Doa Bismillah Tujuh
1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
2.Dengan
nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak adasesuatu
pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3.Dengan
nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak
adasesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6.Dengan
nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatupun
sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat
pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat
yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah
Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada
air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin
akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh
digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang
dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan
meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
No comments:
Post a Comment