Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa
apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama,
sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip
hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus sampai
sesetengah muslimah wanita termakan hasutan iblis.
Bagaimanakah caranya iblis menelanjangkan wanita muslimah?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan
membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen,
iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada
peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas
dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit
untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan
peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka
bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen
berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu
saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu
bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah,
kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja
yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi tlanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk,
kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha?
Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan
dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha
ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”.
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya.
“Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju
sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu
cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan
menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika
tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai.
Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya
kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih
kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik.
Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah
terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu
sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak
bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas
tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya
mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh
wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah
ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan
menghasut.
Eqy : Begitulah sesuatu yang
seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah
berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian
seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea
untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya
dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai
menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji
untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun
yang mematikan!
No comments:
Post a Comment