Monday, 30 November 2015
Sabar 6
Assalamualaikum...
1/12/2015 11.55am
Jap lagi aku nak rehat..
Sementara Tu tulis ar blog ni dulukan...
Takde keje arini...
Aku ingatkan nak senyap tau harini,...
Nak off telepon dlm sebulan...
Tapi tu ler kiter ni merancang jer...
Tuhan yang menentukan...
Dier call opis pulak...
Marah aku...
Cakap dier call aku tk dapat..
Then...dier terus terang ngn aku...
Sbb taknk kuar ngn aku adalah...
Sebabnyer dier kater aku kuat meroyan...
hiihihihi...
Tuler dok ckp bini dier sgt kuat meroyan...
tapi...aku pulak..terbalik kan...hihihihihi
Ok....aku nak buat tak tau...
Then aku tanyer ar dier...
Skang aku patut buat aper..
Dier ckp takyah buat ape ape...
Just duduk diam diam...
Kuang asam kan...
Entah ler...
Tapi mmg tension tau..
Pastuh ibu call..
Ngadu...kesian dier..
Sbb dier ade masalah..
Yelah....aku kena jd telinga dier..
Sebb maser aku ngh susah dier jadi telinga aku...
Aku tumpah sedih ngk dier...
Dah ler sakit...
Aku hanya berdoa...
Nnti Allah tunjukkan..
Amin....
BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN...
Wahai orang yang sibuk membangun dunianya. Dan diperdaya oleh angan-angan yang panjang. Kematian datang menjemputmu secara tiba-tiba. Dan kuburan adalah sebagai kotak amal hamba. Sedarlah, Wahai orang yang tertipu!. Mengapa engkau masih bermain riang, terlena dengan angan. Padahal engkau tahu ajal di depan matamu! Dan bukankah jua engkau tahu bahwa ambisi manusia bak lautan tak bertepi..
Bahteranya adalah dunia. Maka berhati-hatilah jangan sampai karam!.
Yakinlah saudaraku, kematian tidak lama lagi menjemputmu, ia akan
datang, pasti datang beserta segala kepahitannya. Sungguh, kematian itu
sangatlah menakutkan, kecuali bagi mereka yang hatinya tentram bersama
agamaNya. Mereka bersenang ria tatkala yang lain hina di akhirat kelak
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.
~Menanti Di Barzakh, Far East
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
~Pergi Tak Kembali, Rabbani
Sesungguhnya mati itu pasti. Bersediakah kita menghadap Ilahi?
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.
~Menanti Di Barzakh, Far East
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
~Pergi Tak Kembali, Rabbani
Sesungguhnya mati itu pasti. Bersediakah kita menghadap Ilahi?
ESUK MASIH ADA.. YAKIN?
Kita..kenapa takut dengan mati? Sebab banyak dosa, sebab cinta dunia, sebab banyak belum rasa. Kalau takut banyak dosa, apalagi yang kita nanti? Mengapa cinta dunia hingga sebegitu rupa? Disinilah kegagalan kita dalam pengurusan untuk mati. Nafsu melangkaui keimanan kita. Sudah banyak kematian di sekitar kita. Mengapa kita tidak faham dan belajar sama sekali. Apa mesti menjelang mati dulu baru faham dan mengerti?.
Masuk kubur tanpa bekal adalah masuk lautan tanpa kapal, berapa lama
diri mu mampu bertahan? (Abu Bakar Radhiayallahu 'anha). Wahai bakal
jenazah, sudah sediakah kita menghadap Allah?.
Setiap yang bernyawa akan merasai mati~Ali Imran:185
Setiap yang bernyawa akan merasai mati~Ali Imran:185
"AKU NI BAIK, SOLAT DHUHA EVERYDAY" .. (Ujub pulakkkk!)
Kerana dosa kita masuk syurga? Manakala amalan baik kita masuk neraka? Andai kita yang berdosa, setiap kali mengingati nya kita menangis, menyesal dan akhir nya bertaubat dan berIstaghfar tunduk padaNya. Berusaha memperbaiki tanpa mengulangi dosa kita. Ketika itu Allah memberi Rahmatnya syurga bukan hanya impian semata. Ketika kita membuat kebaikan dengan riyak, sombong dan menunjuk2 kepada semua orang, kita bangga demgan pujian orang lain, Allah mungkin murka dan menjerumuskan kita ke neraka, Naudzubillah!!
Tanda tanda kebahagian adalah menjadikan perbuatan baik berada
dibelakang kita dan perbuatan dosa di depan kita. Kalau orang lain
bahagia tatakala amalannya diketahui orang lain maka berusahalah untuk
gembira dan bahagia tatkala tidak ada yang mengetahui amalan kita
kecuali Allah. Alangkah baiknya jika kita tetap mengingat akan dosa kita
dan jangan sesekali mencari kesalahan orang lain. Alangkah indahnya
jika kita tetap sibuk memperbaiki aib kita dan jangan sesekali membuka
aib orang. Sembunyikanlah segala amal & kebaikanmu sebagaimana
engkau menyembunyikan keburukanmu.
Friday, 27 November 2015
Membuang Sifat Buruk Dalam Diri
Seperti yang pernah saya terangkan dahulu manusia ini dilahirkan bersih, tetapi kemudiannya dia sendiri yang mengotori dirinya dengan pelbagai dosa dan noda.
Kita dilahirkan umpama cermin yang bersih di dunia ini dan di dalam dunia yang tak sempurna ini kita tak dapat lari dari mengutip habuk-habuk yang bertaburan. Dalam ertikata lain kita tak dapat lari dari melakukan dosa dan noda. Kita tak dapat lari dari dugaan Allah Taala. Setiap manusia pasti akan diduga.
Keadaannya mungkin tak sama di syurga kerana saya percaya di situ langsung tiada habuk dan kekotoran maka di situ cermin kita akan sentiasa bersih dan berkilat. Tiada lagi dosa dan noda itu pasti. Saya yakin taklah ia dinamakan syurga kalau ia kotor, berhabuk dan berdebu. Ye tak?
Dalam hal ini apa yang penting ialah; kalau kita datang dalam keadaan bersih semasa bayi, maka sebaiknya kita pastikan bila kita balik nanti (mati) kita dalam keadaan yang bersih juga malah kalau boleh lebih baik dari itu.
Saya
pernah menerangkan perihal sifat yang dicipta Allah ini. Ia adalah satu
kejadian dan ia sebenarnya dicipta Allah Taala. Nafsu, Mati, Sakit dan
sebagainya semuanya adalah dalam rangkuman kejadian ciptaan Allah Taala.
Apa akan jadi kalau Allah tidak mencipta kejadian BOSAN, MARAH,
TENSION, STRESS dan sebagainya? Pastinya tidak ada manusia di mukabumi
ini yang akan merasa semua ini. Tak ada yang akan merasa bosan, tension
dan sebagainya. Faham tak?
Apapun mari kita buat satu kajian mengenai sifat dan sikap yang dikurniakan Allah kepada setiap manusia ini.
SIFAT MAZMUMAH / SIFAT BURUK
|
SIFAT MAHMUDAH / SIFAT BAIK
|
Riak / Sombong / Takbur / Angkuh
|
Rendah hati / Rendah diri
|
Tamak / Kedekut
|
Pemurah
|
Pemarah
|
Tenang / Sabar
|
Iri Hati / Dengki
|
Redha
|
Malas
|
Rajin
|
Takut
|
Berani
|
Tiada Keyakinan Diri
|
Yakin
|
Pendendam
|
Pemaaf
|
Tidak bertanggungjawab
Pentingkan Diri
|
Bertanggungjawab
Bertoleransi
|
Berkira
|
Ikhlas
|
Menunjuk-nunjuk
|
Ikut akal
|
Bersepah
|
Tersusun
|
Ikut perasaan
|
Berdisiplin
|
Ganas
|
Lembut
|
Pembenci
|
Kasih sayang
|
Pengotor
|
Pembersih
|
Bersangka Buruk
|
Bersangka Baik
|
Penipu / Menabur Fitnah
|
Berkata Benar
|
Menekan
|
Membantu
|
Menyusahkan
|
Menyenangkan
|
Hipokrit
|
Benar
|
Pecah Amanah
|
Amanah dan bertanggung jawab
|
Cantik di luar buruk di dalam
|
Cantik di luar, cantik di dalam
|
Mengutamakan isteri lebih dari ibubapa
|
Mengutamakan ibubapa lebih dari pasangan
|
Ikut hukum manusia
|
Ikut hukum Allah
|
Ikut suka hati
|
Ikut sunnah Nabi
|
Taksub pada makhluk
|
Ketauhidan pada Allah
|
Mahu didengari, difahami, dihormati tetapi tak mahu mendengar. Memahami dan menghormati.
|
Bersikap terbuka, memahami dan menghormati.
Sedia mendengar.
|
Mengejar dunia, materialistik
|
Mengejar keredhaan Allah
|
Mencuri, Rasuah, Riba
|
Tidak mengambil yang bukan hak
|
Mencari Persengketaan
|
Mencari Perdamaian
|
Membazir
|
Penjimat
|
Maksiat
|
Ibadah
|
Berhubungan dengan orang-orang yang memiliki sifat-sifat mazmumah ini umpama perhubungan kalah menang atau win-lose dari semua segi baik emosi, kewangan, fizikal dan mental tanpa mereka sedari. Mereka ini selalu sahaja hendak menang, mengambil, meminta dan menyusahkan namun hendak memberi jauh sekali. Mereka yang ada sifat-sifat mazmumah ini sebenarnya merupakan energy suckers atau “penyedut tenaga”. Mereka secara tak langsung akan menarik tenaga dan selalunya akan menyebabkan mereka yang punya sikap mahmudah ini menjadi tertekan dengan sikap mereka-mereka yang negatif ini.
Kata orang tua-tua kalau tak boleh menyenangkan jangan menyusahkan. Orang yang punya sifat yang baik adalah orang yang akan sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan orang lain. Anak yang baik akan menyenangkan ibubapanya, kawan yang baik akan menyenangkan kawannya yang lain, isteri yang baik akan menyenangkan suaminya dan bagitu jugalah sebaliknya. Kebaikan akan membawa “tenaga” atau aura yang baik dan seterusnya mengukuhkan perhubungan silaturrahim dengan kasih sayang.
Prinsip ini lebih diutamakan bila kita berhadapan dengan orang “sakit” baik sakit akalnya, fizikalnya mahupun rohaninya. Orang yang sakit ini umpama kereta yang rosak atau kereta yang kemalangan. Maka ia haruslah dihantar ke bengkel untuk diperbaiki. Kalau sakit fizikal kita ke hospital dan di hospital para doktor dan jururawat selalunya akan menjaga pesakit sebaik mungkin. Kalau sakit mental maka kita bertemu dengan kaunselor dan pakar sakit mental dan kalau sakit rohani hendaklah kita dekatkan diri dengan Tuhan. Bagaimanakah agaknya perasaan orang yang sakit ke hospital tetapi dilayan dengan buruk? Begitupun ada di antara mereka yang menjalankan kehidupan ini tanpa kesedaran dan selalu menyusahkan. Contohnya mereka suka mencarut mengeluarkan aura negatif, bagaimanakah perasaan sekiranya anda pula dicarut? Negatif bertemu negatif maka mewujudkan kenegatifan yang lebih besar dan mungkin membawa kepada perselisihan dan pergaduhan. Anda kaki seks, bagaimana pula kalau adik perempuan atau ibu anda diperlakukan dengan cara yang sama?Sifat, sikap dan amalan yang mazmumah / buruk ini sebenarnya akan membawa kerosakan kepada diri sendiri dan orang yang dikelilingnya. Sifat marah contohnya digunakan tanpa kawalan. Pantang orang lain buat silap pasti orang itu bakal menjadi mangsa. Kita boleh marah selama 8 jam tanpa henti. Kemarahan itu akan terbuku menjadi dendam bila ia tak dikeluarkan jadi jalan untuk mengeluarkannya akan dicari dengan apa cara sekalipun. Kalau tak dapat orang, dinding, pintu dan segala harta benda akan menjadi mangsa kemarahannya.
Keadaan ini akan menyebabkan kita menjadi liabiliti atau membawa kesusahan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Seterusnya kita akan dibenci, dihina, dipulaukan dan dipinggirkan keluarga, masyarakat lebih teruk lagi kalau kita dibenci dan dihina Allah Taala. Inilah yang ditakuti.
Perbandingan mudah yang saya buat dalam artikel dua orang tua Ali dan Abu boleh dijadikan iktibar. Ali seorang yang disayangi dan dikasihi keluarga dan anak-anaknya. Sering mengingati mati dan membuat amalan persediaan dengan solat, haji dan umrah dan Abu pula yang dihina dan dipinggirkan keluarga dan hidup dalam keadaan melarat, hina dan dina dengan amalan-amalan buruk bersifat maksiat.
Bagi
mereka yang sedar dan punya ilmu yang mencukupi maka mereka akan
menjadi insan yang rendah hati dan mengikut hukum hakam yang telah
ditentukan Allah. Kemarahan contohnya akan hanya digunakan di tempat
yang perlu, ke tempat yang sepatutnya atau ke tempat yang hak.
Kemarahannya terkawal, dikawal oleh akal. Lebih baik lagi bila kemarahan
itu dapat dilenyapkan dalam hati sekaligus digantikan dengan kesabaran.
SIFAT MAZMUMAH / SIFAT BURUK
|
Riak / Sombong / Takbur / Angkuh
|
Tamak / Kedekut
|
Pemarah
|
Iri Hati / Dengki
|
Rajin
|
Takut
|
Berkeyakinan Diri
|
Pendendam
|
Pentingkan Diri
|
Berkira
|
Menunjuk-nunjuk
|
Tersusun
|
Ikut perasaan
|
Ganas
|
Pembenci
|
Pembersih
|
Bersangka Buruk
|
Penipu / Menabur Fitnah
|
Menekan
|
Menyusahkan
|
Hipokrit
|
Pecah Amanah
|
Cantik di luar buruk di dalam
|
Mengutamakan isteri lebih dari ibubapa
|
Ikut hukum manusia
|
Ikut suka hati
|
Taksub pada makhluk
|
Mahu didengari, difahami, dihormati tetapi tak mahu mendengar
Memahami dan menghormati
|
Mengejar dunia, materialistik
|
Mencuri, Rasuah, Riba
|
Mencari Persengketaan
|
Membazir
|
Maksiat
|
Analogi yang boleh diambil bila memiliki sifat dan sikap buruk atau mazmumah ini ialah ia seakan membela seekor binatang buas di hati. Semasa ia kecil kita mungkin akan dapat menjaganya dengan baik dan ia bersifat pasif dan nampaknya seperti tak akan menyebabkan sebarang kerosakan. Namun kalau kita terus memberinya makan dan segala keperluannya maka ia akan membesar dan terus membesar di hati. Ia akan menjadi lebih aktif dan masalahnya ialah satu hari ia mungkin sudah dewasa dan dapat menguasai hati hingga ia tak dapat dibendung lagi.
Keadaannya
samalah seperti seorang budak yang didedahkan dengan kelucahan melalui
video-video lucah yang ditontonnya. Semakin lama ia menjadi seakan
makanan ruji harian yang diperlukan saban hari. Semakin lama semakin
galak. Lama kelamaan nafsu tak dapat dibendung lagi maka mereka mula
mencari jalan untuk melakukan hubungan seks. Maka terjadilah kes budak
remaja yang merogol budak sekolah, bapa yang merogol anak, kes sumbang
mahram, meliwat, mencabul kehormatan, salahlaku seksual, meraba dan
sebagainya.
Lebih teruk lagi kesan sampingan yang yang terjadi dari sifat buruk ini iaitu lahirnya anak luar nikah, buang bayi yang tidak berdosa, lari dari rumah, cubaan bunuh diri dan bunuh diri itu sendiri, mengalami gangguan mental, menghidap penyakit AIDS, masalah dalam rahim dan penyakit seksual yang lainnya yang menjadi bebanan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Dalam Islam kita sebenarnya mesti sentiasa berada di tempat yang terang. Kita cuma ada satu jalan iaitu jalan yang benar, jalan yang bersih, jalan yang terang. Semua kekotoran hati itu mesti dibuang dan dijauhkan dengan redha.
Mungkin ada yang berkata apakah gunanya kita dikurniakan dengan sifat marah andaikata kita tak boleh menggunakannya. Ada juga yang berkata apa guna kurniaan airmata kalau kita tak boleh menangis.
Dalam hal penggunaan sifat ini, sifat ini boleh digunakan tetapi ia sebenarnya tertakluk kepada hukum. Ada wajib marah, sunat marah, harus marah, makruh marah dan haram marah. Contohnya kita wajib marah kalau Allah, Nabi dan ugama Islam dipersendakan. Kita juga perlu mempertahankan yang hak, menjaga isteri, adik perempuan anak-anak dan sebagainya. Namun demikian perlukah kita marah kepada benda yang remeh temeh dan bodoh? Marah kerana hari hujan, marah kerana apa yang kia nak tak dapat, marah kerana ada kereta memotong di depan kita dan sebagainya? Itu marah tak bertempat sebenarnya kerana dalam hal ini kita seharusnya bersabar.
Sedarilah semua sifat dan sikap ini sebenarnya punya hukum hakam di dalamnya dan tak boleh digunakan sewenang-wenangnya mengikkut perasaan, mengikut nafsu. Namun saya tahu ia sukar sebagai sebagai seorang manusia. Sukar untuk menjadi seorang yang pemaaf, penyabar, pemurah dan sebagainya tetapi kita hendaklah mencuba hingga kita sampai ke tahap yang tertinggi dalam hal ini sepertimana yang diajarkan oleh Rasullullah SAW. Ia ada tahap-tahapnya dan tahap yang tertinggi yang hendak kita capai ialah tahap Rasullullah SAW sebagai penanda arasnya.
Semua sifat kebaikan ini sebenarnya termasuk dalam aspek akhlak yang disarankan oleh Rasullullah SAW. Amanah, pemurah, bertoleransi, menjaga keluarga, mendidik anak, membuang benda yang menghalang perjalanan, tidak mengambil yang bukan hak, menjauhkan yang haram, tidak bermuka-muka, bercakap benar dan sebagainya. Semua ini berada di tempat yang terang dan jelas dan sesungguhnya mereka yang mengamalkan sifat yang kabur dan gelap sebenarnya mempunyai masalah diHATInya.
Namun demikian tak dapat disangkal semua sifat yang baik dalam rangkuman akhlak yang baik ini adalah kurniaan Allah kepada sesiapa juga yang dikehendakiNya namun demikian saya harap dengan pengisian yang sebegini sedikit sebanyak ia akan membuka hati dan minda anda untuk memahaminya dan manalah tahu kalau-kalau ia akan membawa kepada kesedaran untuk kita sama-sama memperbaiki diri dalam hal sifat dan sikap ini.
Andai Rasullullah SAW masih hidup ketika ini dan andai Baginda ada bersama kita di depan mata apakah yang akan kita katakan padanya andai kita berbohong, berburuk sangka, makan rasuah, mengambil yang bukan hak dan sebagainya? Apakah alasan kita? Bukankah Nabi SAW akan bersedih melihatkan keadaan umatnya yang begitu buruk akhlaknya?
Kemudian saya percaya sifat ini ada rankingnya yang tersendiri. Sifat redha pada saya adalah antara yang paling tinggi rankingnya kerana ia termasuk dalam rangkuman Rukun Iman dalam Rukun Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Jadi setiap manusia yang berugama Islam mesti mempunyai sifat redha ini. Redha dengan setiap ketentuan yang telah Allah tentukan sepanjang kehidupan ini. Sifat Sabar, Ikhlas, Rendah Hati, Yakin, Takwa, Tawakal, Ehsan juga sering diulangtayang menunjukkan bahawasanya ia merupakan sifat yang popular dan ada rankingnya yang tinggi.
Seterusnya sifat ini juga adakalanya perlu datang dengan pasangan yang betul. Contohnya kalau kita melakukan apa-apa juga kebaikan ia perlu datang dengan sifat IKHLAS. Kalau difikirkan semuanya amal ibadah hanya akan dikira bila ia dilakukan dengan ikhlas kerana Allah Taala. Bagaimanakah kita ingin meminta maaf kalau kita datang tanpa keIKHLASan dalam PAKSAan? Bagaimanakah kalau kita bersolat, berpuasa, bertahajud, pergi haji tetapi dipasangkan dengan sifat RIAK dan bukannya sifat IKHLAS? Bagaimana pula kalau kita bersedekah tetapi dipasangkan dengan sifat menunjuk-nunjuk? Bukankah semua ini bakal tidak dikira. Oleh itu selain sifat redha kita juga perlu ada sifat IKHLAS seikhlas-ikhlasnya ini dalam hati dan begitu jugalah seterusnya. Kalau tidak saya cukup yakin amalan kita akan berkurangan pahalanya mahupun ditolak sama sekali.
SIFAT MAHMUDAH / SIFAT BAIK
|
Ego
|
Pemurah
|
Pemarah
|
Redha
|
Rajin
|
Berani
|
Yakin
|
Pemaaf
|
Bertoleransi
|
Ikhlas
|
Ikut akal
|
Tersusun
|
Berdisiplin
|
Lembut
|
Kasih sayang
|
Pembersih
|
Bersangka Baik
|
Berkata Benar
|
Membantu
|
Menyenangkan
|
Benar
|
Amanah dan bertanggung jawab
|
Cantik di luar, cantik di dalam
|
Mengutamakan isteri lebih dari ibubapa
|
Ikut hukum Allah
|
Ikut sunnah Nabi
|
Ketauhidan pada Allah
|
Bersikap terbuka, memahami dan menghormati.
|
Mengejar keredhaan Allah
|
Tidak mengambil yang bukan hak
|
Mencari Perdamaian
|
Penjimat
|
Ibadah
|
Dalam hal ini kadangkala kita bertemu dengan orang yang baik dalam kebanyakan sifat dan amalannya namun demikian terdapat kebocoran-kebocoran yang tertentu yang perlu diperbaiki. Seperti contoh di atas, kebocorannya kerana mereka ego dan mengutamakan isteri daripada ibubapa. Dalam kes lain ada yang kaki seks sahaja. Mereka mencari jalan untuk melempiaskan nafsu tetapi mereka tidak berjudi, tidak makan makanan yang haram, pemurah dan sebagainya. Mereka punya satu kelemahan ini. Kekadang pula saya bertemu dengan mereka-mereka yang baik dan akhlaknya mulia tetapi dalam diam mereka kaki porno dan tak dapat meninggalkan video-video lucah. Mereka punya rahsia yang tersendiri yang tersembunyi. Bagaimana dengan anda?
Apapun perhatikanlah kelemahan ini, muhasabah diri dan berjuanglah untuk memperbaiki dan membersihkanya kerana pada saya ini yang terbaik. Oh Ya! Saya sendiri pun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
Analogi atau tamsilannya mudah, kekotoran kalau dibiarkan akan mendatangkan kuman, kuman pula akan membawa penyakit, penyakit pula boleh menjadi wabak. Jadi hati yang kotor akan berpenyakit dan penyakit itu pula akan menular umpama kanser yang mana lama kelamaan akan menggelapkan hati lantas menyebabkan pintunya tertutup dan mungkin kemungkinan hati itu mati. Tak cukup dengan itu ia umpama wabak yang boleh tersebar kepada orang lain di luar sana. Faham tak?
Saya juga percaya Syurga merupakan tempat yang bersih, suci dan murni maka sebarang kekotoran baik dari segi sifat dan sikap, amalan dan sebagainya pasti tak akan dapat diterima. Inginkah anda kembali bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak dengan kekotoran-kekotoran di hati? Lagipun ingatlah kebersihan adalah sebahagian dari Iman dan kebersihan itu hakikatnya bukan hanya terletak kepada kebersihan luaran semata-mata. Mungkin kekotoran hati ini boleh digunakan di mukabumi memandangkan alam ini memang banyak kekotoran.
Oleh yang demikian, bersihkanlah hati dengan sebersih-bersihnya, kebersihan hati akan dicerminkan dengan amalan luaran yang baik dan kalau kita bertemu dengan mereka yang terdapat kehitaman pada dirinya dan ini jelas kelihatan dengan amalan kemungkaran yang dilakukannya maka janganlah kita mengeji mereka sebaliknya berusahakan untuk membersihkan kotoran itu. Dengan harapan usaha kita itu diberkati Allah lantas disampaikan hidayah di hati insan yang gelap hatinya itu dan digantikan dengan cahaya yang terang benderang.
Janganlah menambah kejijikan kepada perkara yang jijik tetapi berusahalah untuk membersihkan kejijikan tersebut.
Kenapa kita perlu promosikan keburukan sedangkan mempromosikan kebaikan itu adalah jauh lebih baik...
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
-Annacute
Subscribe to:
Posts (Atom)