Monday, 30 November 2015

"AKU NI BAIK, SOLAT DHUHA EVERYDAY" .. (Ujub pulakkkk!)


Kerana dosa kita masuk syurga? Manakala amalan baik kita masuk neraka? Andai kita yang berdosa, setiap kali mengingati nya kita menangis, menyesal dan akhir nya bertaubat dan berIstaghfar tunduk padaNya. Berusaha memperbaiki tanpa mengulangi dosa kita. Ketika itu Allah memberi Rahmatnya syurga bukan hanya impian semata. Ketika kita membuat kebaikan dengan riyak, sombong dan menunjuk2 kepada semua orang, kita bangga demgan pujian orang lain, Allah mungkin murka dan menjerumuskan kita ke neraka, Naudzubillah!!
Tanda tanda kebahagian adalah menjadikan perbuatan baik berada dibelakang kita dan perbuatan dosa di depan kita. Kalau orang lain bahagia tatakala amalannya diketahui orang lain maka berusahalah untuk gembira dan bahagia tatkala tidak ada yang mengetahui amalan kita kecuali Allah. Alangkah baiknya jika kita tetap mengingat akan dosa kita dan jangan sesekali mencari kesalahan orang lain. Alangkah indahnya jika kita tetap sibuk memperbaiki aib kita dan jangan sesekali membuka aib orang. Sembunyikanlah segala amal & kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukanmu.

No comments:

Post a Comment