Sejujurnya,
nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi
masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK,
Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan
yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif
untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.
“Susahla
nak berubah…..”
“Saya
dah cuba, TAPI……”
“Kau
bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”
“Kau
okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”
Macam-macam
alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari
kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila
kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan?
Sampai bila kita nak merungut?
Tu
persoalannya.
Namun,
takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga
Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah
kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy,
tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua
maklum.
Sebab
tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah
dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi
KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan
perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam
perubahan.
So,
insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan
untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.
Moga
kita dapat amal!
1) MELAZIMI
TAUBAT.
Bila nak
berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA
untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada
orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat
kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah
bagi untuk maksiat.
Sebab tu
kena TAUBAT!
Tapi,
masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah
taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat.
So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat,
tapi, MELAZIMI taubat.
Saya
ulang:
“Kita bukan
sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”
Bila
buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi
salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau
boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.
Kalau
kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat
bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita
lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah
untuk hilangkan!
Sekarang
ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita
tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu
MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.
“Jika
kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka,
bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati
sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam
Ghazali)
”Orang
yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b
Abi Talib)
“Kamu
perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu
taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn
Qayyim)
Amacam? Bolehkan?
2) JAGA
SOLAT 5 WAKTU
Dosa
tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan
sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan
member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat,
sekejap je pun.
Serius,
kalau orang tanya saya:
“Saya
nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”
Saya
akan jawab:
“Kamu
mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”
Baca dan
dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa
dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk
berubah, mereka jawab:
“Jaga
solat!!”
Serius.
Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah.
Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat,
macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima
amal kita yang lain.
Saya dah
tulis isu solat ni panjang lebar di SINI.
Baca jangan tak baca!
3)
TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.
Orang
yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang
jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik
kakinya kea rah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah
dosa dan maksiat.
Benda ni
bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!
Kita
kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena
berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan
kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.
Kata
seorang penyair:
“Elakkan
dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang
menjangkiti orang sihat..”
Sahabat
ni terbahagi kepada dua.
a)Ada
yang mengheret kita ke syurga.
b)Ada
juga yang mengheret kita ke neraka!
Allah
sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat!
Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru
kita sedar. Allah berfirman:
“Dan
ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “
Alangkah baiknta sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul.
Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si
fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari
Alquran!!”
(Alfurqan
ayat 27-29)
Sebab
tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:
“Taubat
itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman
untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan
dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”
Inilah
FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:
“Orang
yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang
jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niar dan keinginan
untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”
So, saya
saran, ikutlah USRAH. Kat sekolah, kat universiti. Nak ikut ISMA ke, IKRAM ke,
HALUAN ke, TABLIGH ke, PAS ke, Hizbut Tahrir ke, PEMBINA ke,
apa-apalah NGO/JEMAAH dakwah dan tarbiah. Baru kau akan jadi kuat! Baca tulisan saya tentang "Nak pilih jemaah ap?" di SINI.
Bila kau
nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak
jadi baik!
Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb.
Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik
beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke.
Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.
4) DENDA
DAN HUKUM DIRI SENDIRI.
Bila
kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat
kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan
dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa
kita.
Contoh,
kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan
kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.
Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita
balas dengan memuji dan menghormatinya.
Kalau
kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca
Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.
Kalau
kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik
pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.
Ini
namanya “memanipulasikan syaitan”. Boleh baca tulisan saya berkenaan betapa
BERHASILNYA cara ini di SINI.
5) BACA
QURAN, DOA DAN ZIKIR.
Biasanya,
kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa
tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia
pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…
Ada ke
patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan lagu Justin bieber, one
direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh,
jangan!
“Maksiat
takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah
HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”
Sebab
tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran.
Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah
dengan quran dan zikir.
Kalau
kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je. Setiap hari:
Istighfar
100 kali.
Subhanallah
Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.
Allahumma
solli ala Muhammad 100 kali.
Tak
sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde
maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG,
barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!
Sungguh!
And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali
kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk
Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah
beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa
agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera
dengan maksiat? Berapa kali?
Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:
"Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia..Andai jodoh bla bla bla..."
Apa daaa....Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.
So,
inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dalam perubahan. Cubalah. Macam
saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000 daya,
tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…Tapi Mmg susah tau tak...aduyai..InsyaAllah..aku boleh...aku boleh...
“Sesungguhnya,
Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI
MEREKA sendiri!”
(Arra’du
ayat 13)
Sampai bila nak beralasan dan merungut beb?
Wallahua’lam.
Annacute
No comments:
Post a Comment