Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
Jawaban Global
Jawaban Detil
Allah
swt, Maha Bijaksana atas segala sesuatu dan segala perbuatanNya
berdasarkan hikmah yang sempurna. Oleh sebab itu, seluruh kewujudan juga
diciptakan olehNya berdasarkan kebijaksanaan dan hikmah Ilahi yang
sempurna, dengan memberikan bentuk dan kondisi terbaik yang sesuai dan
layak bagi hakikat mereka.[1]
Penciptaan syaitan daripada api juga berdasarkan pada hikmah dan
kebijaksanaan Ilahi ini. Syaitan merupakan salah satu jenis jin,
tercipta daripada api dan mempunyai jasmani yang lembut dan halus.Dalam
satu klasifikasi yang umum material atau jism terbagi kepada dua:
Jism atau
material yang rendah seperti material dari wujud seperti haiwan dan
manusia yang tercipta daripada tanah, dan material yang halus seperti
kewujudan daripada kelompok jin yang tercipta dari api. Kedua-dua bentuk
material ini memiliki saiz dan ukuran, akan tetapi masing-masing
terdapat perbezaan yang hakiki. Salah satu dari perbezaan tersebut
adalah syaitan tidak mampu dilihat oleh manusia, bahkan dengan
kelembutan yang dimilikinya, terdapat kemungkinan mereka mampu melakukan
penjelmaan yang berubah-ubah dalam berbagai-bagai bentuk dan boleh ke
mana-mana sahaja yang mereka kehendaki. Namun sebalik daripada itu,
manusia boleh dilihat oleh syaitan dan tidak memiliki kemungkinan untuk
melakukan perubahan dalam diri dan tempat yang dihuninya dalam waktu
cepat, melainkan dengan gerakan yang bertahap.
Hikmah yang tersembunyi daripada penciptaan syaitan ini boleh disebutkan dalam perkara-perkara berikut:
Pertama:
Ujian dan cubaan bagi syaitan, syaitan diciptakan daripada api
sedangkan manusia daripada tanah. Syaitan yang menganggap bahawa api
lebih tinggi daripada tanah memandang dirinya lebih tinggi daripada
manusia dan dengan alasan ini jugalah yang membuat sehingga dia tidak
mentaati perintah Allah swt untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. Oleh
sebab itu, hikmah yang paling utama daripada penciptaan syaitan daripada
api ini adalah untuk menguji syaitan itu sendiri, adakah dia akan
merasa bangga dengan lahiriahnya yang tercipta daripada api, atau adakah
dia akan sentiasa taat dengan perintah-perintah Ilahi? Seperti yang
diketahui alasan yang dikemukakan oleh syaitan atas keingkaran terhadap
perintah Ilahi untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s dan menolak
perintahNya adalah kerana, "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api, sedang Engkau menciptakannya daripada tanah." (Qs. Al-A'raf [7]: 12)
Kedua:
Ujian dan cubaan bagi umat manusia, syaitan adalah musuh utama manusia,
satu makhluk yang sentiasa menimbulkan perasaan was-was dan ragu-ragu
dalam diri manusia, menjerumuskan manusia dalam keyakinan-keyakinan yang
salah dan sentiasa mengajak manusia untuk melakukan amal perbuatan yang
fasik dan melalaikan. Syaitan adalah sumber kepada segala waswas,
tipudaya, dan kelicikan, sehingga kebatilan yang tidak memiliki sebarang
hakikat walau sedikitpun, akan mereka nampakkan sebagai sebuah
kebenaran. Metodologi yang mereka terapkan adalah kelicikan dan
tipudaya. Mereka akan menyesatkan manusia dari batinnya dengan cara-cara
yang tidak dapat disaksikan oleh manusia.
Kerana
materialnya yang sangat lembut, syaitan boleh memasuki batin manusia.
Sudah pasti hal ini terjadi dengan kehendak manusia itu sendiri, iaitu
manusia itu sendiri yang memberikan jalan kepada syaitan untuk memasuki
hatinya dan jika tidak kerana hal itu, dan manusia tidak menginginkan
kehadirannya, maka sama sekali tidak akan ada jalan bagi mereka untuk
memasuki batin manusia.
Walaupun
manusia tidak melihat syaitan dan ia tersembunyi daripada pandangan
lahiriah manusia, akan tetapi manusia harus waspada dan sentiasa
menjauhkankan diri daripada musuh yang nyata seperti ini, sebagaimana
yang tercatat dalam salah satu firmanNya, "Hai
anak cucu Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan…
Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihatmu dari suatu tempat
yang kamu tidak boleh melihat mereka." (Qs. Al-A'raf [7]: 27).
Dan inilah ujian dan cubaan bagi manusia bagaimana dia menghadapi musuh yang seperti ini.
[1].
Meskipun kita tidak boleh memahami hikmah daripada keberadaan mereka.
Dan kerana keterbatasan ilmu kita jugalah sehingga kita tidak mampu
mengetahui hikmah dari begitu banyak persoalan-persoalan yang ada.
No comments:
Post a Comment