Thursday, 19 November 2015

5 Sikap Isteri Yang Boleh Meruntuhkan Rumah Tangga



Perselisihan faham dengan pasangan dan bergaduh kecil kerana pendapat yang berbeza merupakan antara asam garam rumah tangga.
Namun adakalanya apabila terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, wanita sebagai isteri adakala terlupa untuk memberikan perhatian dan menunjukkan kasih sayang kepada suami, terutama bagi pasangan yang telah lama berkahwin.

Di satu sudut yang lain, perkara kecil dan remeh-temeh juga boleh menjadi punca rumah tangga porak peranda dan kebahagiaan yang di bina musnah sekelip mata.
Disenaraikan di sini 5 sikap isteri yang secara tidak sedar boleh melukakan hati suami dan menggoncang keharmonian rumah tangga seperti yang telah dikongsikan dari sebuah portal disini.
1. Berbelanja lebih dari kemampuan
Orang tua pernah berpesan, hidup biarlah besederhana dan mengikut kemampuan pasangan. Bagaimana caranya? Berhemah bila berbelanja, berjimat cermat dan mensyukuri apa yang dimiliki.
Sentiasa merungut tentang kekurangan dan ketidak mampuan suami terutama dari segi kewangan sebenarnya bukanlah cara yang bijak. Malahan ini bakal menyebabkan suami rasa tertekan dan menggambarkan seolah-olah dia gagal menjadi ketua keluarga yang baik.
Ye, mungkin suami anda tak mampu belikan beg Gucci atau Prada, tapi jika anda mampu menahan diri dari boros berbelanja ia sebenarnya pasti membuatkan suami terharu dan rasa dihormati sebagai ketua keluarga.
2. Sentiasa berfikiran negatif
Benci dengan rambut serabai, rumah bersepah, tak bertegur sapa dengan jiran sebelah, rakan sekerja yang bengap, pinggan mangkuk kotor penuh dalam sinki, baju yang menimbun untuk dilipat dan segala masalah yang berlegar dalam diari hidup anda.
Sebaik saja suami melangkah keluar untuk bekerja, anda terus mencari sebab untuk serabutkan kepala dan merungut sendirian dengan semua perkara yang perlu anda hadapi seorang diri sepanjang hari.
Bolehkah anda bayangkan perasaan bengang sepanjang hari ini? Negatif di mana-mana. Merungut di setiap ketika. Tidak salah jika sesekali anda merungut dan meluahkan apa yang terbuku di hati kepada suami, tapi usah jadikan merungut dan membebel itu satu tabiat.
Lelaki tidak gemar dileteri. Mereka lebih gemar selesaikan masalah satu persatu. Tetapi jika mereka perlu menahan telinga mendengar rungutan isteri sepanjang waktu berada di rumah, ia boleh menyebabkan mereka sukar membantu menyelesaikan masalah anda.
Seorang suami yang baik dan mencintai isterinya pasti mahu membahagiakan pasangannya. Kegagalan membahagiakan isteri pasti membuat seorang suami itu berasa tidak bahagia.
3. Mengutamakan perkara lain lebih dari suami
Bila anak-anak, ibu bapa, BFF, kerjaya dan impian anda menjadi keutamaan berbanding suami, isteri sebenarnya telah memberi isyarat bahawa suami tidak penting. Bayangkan jika suami memberi isyarat yang sama kepada anda sebagai seorang isteri sejak dari awal berkahwin hingga kini, keyakinan diri anda sebagai seorang isteri juga pasti jatuh merudum.
Dahulukan suami. Inilah sebenarnya kunci kepada sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir usia.
Antara punca ramai pasangan suami isteri masa kini yang bercerai adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain. Jika isteri memilih untuk mengutamakan suami, pastinya akan ada titik kebahagiaan di sini.
4. Kurang sentuhan dan belaian
Lelaki gemar di sentuh dan dibelai. Jika ajakan untuk hubungan intim sering di tolak, ia sebenarnya melukakan hati mereka. Malahan dalam islam sendiri telah menetapkan kewajipan seorang isteri memenuhi permintaan batin suaminya.
Selain dari itu, hubungan intim tidak sewajarnya dijadikan alat untuk mengongkong suami. Sebaliknya ia boleh dijadikan senjata untuk para isteri lebih dekat dengan suami.
Rasa diperlukan, disayangi dan dihargai oleh insan yang dicintai, suami yang romantis yang ingin berkongsi detik intimasi, sesuatu yang sangat peribadi dan penting hanya dengan anda, pastinya menusuk jauh ke dasar hati.
Walaupun ada kala penat dengan tugas harian dan bebanan kerja, hubugan intim sebenarnya mampu memberi kelegaan mental.
5. Tidak berterus terang
Wanita gemar memberi ‘hint’, bercakap dengan maksud tersirat yang sukar ditafsirkan oleh lelaki.
Usah buang masa anda dengan memberikan bahasa isyarat yang langsung suami tak faham. Berterus terang saja dan katakan apa yang anda mahu – straigt to the point. Jika di tanya apa yang tak kena? Usah sesekali menjawab “tak de apa-apa” dan kemudian mengharapkan suami anda dapat meneka kenapa anda merajuk. Memang dia akan ‘fail’. Berterus terang saja.

No comments:

Post a Comment