Monday, 16 November 2015

KENAPA ALLAH STOPKAN PERHUBUNGAN CINTA KITA?

Pada Tuhan tidak pernah-pernah diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dasyat. Tapi, pada manusia kita beri hati dan segalanya. Lalu, Allah STOPKAN perhubungan itu. Maka terputuslah di tengah jalan dan beralihlah hati dan perasaannya. Maka pudarlah perasaan cinta itu. Bila disaat cinta itu berakhir, teramat sakitlah hati perlu terima dengan segunung harapan dan janji menghempap diri dan jasad. Lagi banyak kata-kata janji dan harapan, lagi sakit dan beratlah beban yang menghempap kita. Orang yang memberi janji mungkin mudah untuk melupakan , tapi orang yang menerima janji, sampai mati mengingati.
Fikirkan apa hikmah Allah menetapkan semua ini berlaku.. ini adalah kerana Kasih, Cinta dan Sayang nya Allah terhadap kita. Dia ingin mengambil kita kembali untuk berada di bawah jagaanNya. Allah ingin bersihkan kembali fikrah kita sebagai seorang hamba. Apatah lagi hati dan jiwa kita yang telah sekian lama hitam, gelap dan kelam dengan dosa dan noda. Mungkin inilah peluang yang ALLAH ingin berikan kepada kita untuk melutut, menangis, merayu dan memohon keampunan untuk kembali kepadaNya setelah Dia berjaya membuka mata kita bahawa manusia itu tidak akan kekal lama dan tidak akan mampu untuk memenuhi setiap keinginan kita apatah lagi untuk menjamin akan tetap setia dan berada di sisi kita buat selamanya.
Dan….ketahuilah…. disaat hati dan jiwa kita terlalu sakit adalah kerana kita terlalu bergantung harap kepada manusia, terlalu menagih janji daripada manusia. Sehinggakan kita tersasar dalam bergantung harap kepada Allah… Dan terlupa bahawa Allahlah yang memegang segala-galanya. Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.
Wahai jiwa-jiwa yang terluka….. sudahlah… lepaskanlah segala kesedihan dan kekusutan. Percayalah pada Allah! Dan ketahuilah….terkadang tu, Allah beri ujian dalam cinta kita sebab ALLAH ingin melihat cinta kita kepada siapa yang lebih. Dan Allah meletakkan kesusahan dalam cinta kita supaya kita dapat membersihkan diri kita sebersih yang mungkin untuk cinta kita yang akan datang dan di masa hadapan agar dapat melahirkan pengakhiran yang lebih baik dan mulia lagi selepas itu.
Betapa dalamnya cinta dan kasih sayang ALLAH kepada kita hambaNya yang hina. Sebagaimana kita akan terasa seperti dapat bernafas semula dengan hanya berdoa kepadaNya walaupun pada saat itu kita terasa sepeti nyawa sudah di hujung tanduk. Bernafaslah semula bersama-sama dengan penyerahan diri kepadaNya wahai si pengemis cinta. Janganlah kita merasa ego untuk tunduk, menangis dan merayu-rayu kepadanya untuk meminta apa pun hajat, keperluan, keampunan apatah lagi pengampunan daripadaNya.

No comments:

Post a Comment