Sunday, 22 November 2015

KITA HAMBA LEMAH..


TAPI, CARILAH SEBAB UNTUK TERUS KUAT KERANA ALLAH
Allah bagi ujian hati, proses kita nak move on to new life itu sakit, payah dan perit. Terhimpit dek rindu yang lalu, terkenang-kenang menikam, menghentam-hentam! Tapi walau sakit manapun kita tetap kena cari penawar kerana kita yakin Allah yang merencanakan takdir kita adalah yang terbaik untuk kita. Bukan Dia saja-saja campakkan ujian hati buat kita tapi kerana Allah sayang kita.
Allah nak ingatkan kita, Dia kesian kat hati, tak nak terus terpagut harapan pada yang tak pasti. Kita terlalu agungkan cinta insan, takkan kemana-mana. Kita lupa cinta Allah lebih indah dari yang kita jangka. Dia sayang. Dia kasih. Dia pandang kita dengan penuh kasih sayang.. maka kembalilah kepada Tuhan. Sebenarnya penyebab kekecewaan bukanlah orang tetapi kerana kita terlalu berharap kepada seseorang, betulkan?
Bukan salah orang itu memberi harapan tetapi salah kita sendiri, kerana tidak meletakkan sepenuh harapan kepada Tuhan. Dia pemilik hati insan.. andai kita berharap pada Tuhan, kita tak akan rebah menanggung kekecewaan. Kita hamba lemah.. bangkitlah, kita ada Tuhan. Rebah bukan bermakna kita terus kalah dan mengalah. Bersyukurlah kita di pilih untuk di duga. Usah berlama terjerut dengan rasa resah, rasa susah dan rasa lelah..
Janji Tuhan dalam kalam agung-Nya.. tidak beriman seseorang muslim itu sehingga ia di uji. Dan setelah di uji, dia bersyukur dan bersabar. Jadi, wahai sahabat2 yang ku kasehi kerana Allah, fahamilah Allah nak tenguk siapa di antara kita yang paling sabar hatinya, siapa yang paling tabah jiwanya, siapa yang paling taqwa bila di campak ujian. Dia nak tenguk siapa yang berpaling pada Dia atau berbalik pada Dia setelah di timpa ujian bertubi-tubi. Kita masih ada ruang dan peluang. Dia sentiasa menunggu dengan sejuta hamparan kasih sayang.. Kembali lah kepada-Nya. Sumpah!! kita tak terjangka cinta Allah sangat indah.

No comments:

Post a Comment