Berubah itu mudah.
Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.
Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.
Mungkin, perkara ini normal dalam
masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah
lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan
usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.
“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.
” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”
Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.
BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”
Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender.
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?
#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati
Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.
Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.
Memang pada mulanya kita akan selalu
menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati
yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.
Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)
.
#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba
Biasa orang-orang dari golongan BOB ini
suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan
hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung,
kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.
Oleh apa yang boleh kita buat?
Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?
Kita boleh “membodohkan” perkataan
mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau
baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.
Selalunya balasan seperti itu akan
menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu
kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.
Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir mereka
mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak
yakin.Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum.
Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.
Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.
Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.
Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.
#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.
Memperlekehkan, menyindir, mengejek,
memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam
kehidupan. Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola
dipadang?
Perasankah anda ada penonton yang berada
dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi
semangat kepada pemain.
Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.
Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus
dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan
baik dan mudah ditewaskan.
Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.
Masalah yang mungkin timbul
Yang menjadi masalah, kadang-kadang
disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit
juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.
Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?Berdirilah atas kaki kita sendiri.
Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.
Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..
Apabila kita menghadapi situasi di mana
kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang
yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindar diri
buat sementara waktu.
Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.
Penutup: Berdoalah kepada Allah
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati.
Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.
No comments:
Post a Comment