KEJAHATAN YANG PERTAMA: BERKATA YANG TIDAK PERLU
Selagi ia menghabiskan dan membuang waktunya pada perkara-perkara yang
tidak perlu dan tidak mendatangkan apa-apa faedah atau mendatangkan
keuntungan pahala di akhirat, maka orang itu telah mensia-siakan
modalnya. Dan di akhirat nanti menjadi orang miskin tanpa apa-apa
keuntungan. Mengapa kita membuang masa dan tenaga dengan bercerita atau
bercakap dengan sesuatu yang tidak perlu. Ini menunjukkan sesuatu yang
akan merugikan kita di akhirat nanti. Oleh itu, kita hendaklah
menghindarkan diri dari berkata-kata yang tidak perlu untuk keselamatan
dan keuntungan diri.
KEJAHATAN YANG KEDUA: MENGAMBIL TAHU HAL ORANG LAIN
Kita tidak dibenarkan berkata-kata tentang hal ehwal orang lain yang
tidak ada kena mengena dengan diri kita atau menyakitkan orang lain.
Kerana itu janganlah kita berkata-kata dengan perkataan yang tidak ada
kaitan dengan kita, kalau ada kaitan dengan diri kita maka hendaklah
berkata dengan ringkas dan padat sahaja, jangan panjang menjela-jela.
Ibnu Omar berkata ‘‘Perkara yang patut sangat dibersihkan oleh seseorang itu ialah lidahnya.
KEJAHATAN YANG KETIGA: MELIBATKAN DIRI DALAM KEMUNGKARAN
Melibatkan diri ke dalam kebatilan atau kemungkaran itu ertinya
berbual-bual dalam hal-halyang bersangkutan dengan maksiat. Seperti
menceritakan tentang majlis minum arak, suasana panggung wayang, hal-hal
dan keadaan wanita, dan duduk bersama-sama dengan orang fasik. Kita
tidak sepatutnya melibatkan diri dalam ini, perkara-perkara maksiat
terlalu banyak kerana orang yang hanya berkata-kata atau melakukan
apa-apa yang perlu dan penting sahaja mengenai urusan agamanya dan
faedah dunianya.
KEJAHATAN YANG KEEMPAT: BERBANTAH-BANTAH DAN BERTENGKAR
Sifat bantah-membantah atau berbahas itu ialah menyanggah percakapan
orang lain dengan melahirkan kekurangan dan kelemahan dalam percakapan
mereka sama ada dalam lafaz atau maknanya.
Jika berlaku perbahasan dalam hal-hal ilmiah lebih baiklah kita diam
saja, kalau mahu menyoal, soallah dengan lemah lembut sekadar ingin tahu
sahaja bukannya bertujuan untuk mengalahkan hujah orang lain,
melemahnya hingga tidak dapat menjawab hujah kita.
Di akhir zaman ini banyak orang berbahas, dengan tujuan untuk menang,
melahirkan kehebatan berpidato, mengalahkan lawan, menunjukkan diri ada
keupayaan, mematah dan mematikan hujah lawan, akhirnya biar orang tahu
dirinya adalah orang yang hebat dalam berbahas maka ini adalah sifat
tercela. Untuk menghilangkan sifat suka berbahas hendaklah kita mematah
perasaan ego yang terbit daripada muka menunjukkan kehebatan dan
kepintaran diri dan hendaklah menghapuskan sifat suka merendah rendahkan
pendapat, pandangan, hujah dan peranan orang lain. Sesungguhnya
berbahas-bahas dan berbantah dalam apa saja perkara adalah ditegah dalam
Islam. Yang boleh ialah bermuzakarah, berbincang, bertukar pendapat
dengan lemah lembut dalam suasana ukhwah tidak membantah percakapan
orang lain dan dengan penuh tawaduk. Bukan dengan suara yang lantang
menunjukkan kepintaran berpidato, bukan dengan cara melahirkan kelebihan
diri dalam mematahkan huajh orang lain, bukan dengan merendah-rendah
serta menolak pendapat orang lain dengan kelantangan suara dengan tujuan
memperlihatkan kehebatan diri.
KEJAHATAN YANG KELIMA: PERTENGKARAN
Pertelingkahan adalah di antara sifat-sifat yang terkeji dan dilarang
oleh agama. Dalam berbantah-bantah berbahas dan bertelingkah itu
terdapat banyak keburukan. Pertelingkahan dicampur adukkan dengan
kata-kata yang menyakitkan hati, sindiran-sindiran, dan bermaksud
sengaja hendak menunjukkan musuh dan
mematahkan semangatnya. Permusuhan itu berpunca daripada segala
kejahatan, begitu juga dengan sifat suka bantah-membantah atau
bertengkar-tengkar. Oleh itu janganlah
hendaknya dibukakan pintu untuk perkara yang terlarang ini, kecuali
dalam keadaan yang amat darurat sekali, itu pun hendaklah dipelihara
lidah baik-baik dan hati dari kata yang terlanjur. Jangan sengaja
membuka gelanggang untuk perdebatan yang disertai oleh dua pihak dan
disediakan satu tajuk untuk di;pertengkarkan, diperbahaskan dan
dipertelingkah, kemudian dihakimi pula sesiapa yang paling bijak
mematahkan kata-kata lawan, sesudah itu diberi hadiah siapa yang menang.
Ini bukanlah cara Islam, bahkan dilarang dalam Islam. Maka orang yang
menganjurkan serta membuka gelanggang ke arah itu adalah tercela, kerana
ia suka pengikutnya atau muridnya pandai bertengkar dan
berbantah-bantah.
KEJAHATAN YANG KEENAM: MENIRU PERCAKAPAN YANG INDAH-INDAH
Ertinya bercakap lancar yang dibuat-buat, memaksa diri berkata-kata
dengan bersajak atau meniru cara orang lain semua ini termasuk diri yang
tercela dan terlarang dalam agama menyampaikan kata-kata yang
berbunga-bunga yang tak perlu, maka itu termasuk dalam perkara yang
tercela.
KEJAHATAN YANG KETUJUH: BERCAKAP KOTOR-KOT0R, MEMAKI HAMUN DAN LIDAH YANG LANCANG
Rasulullah pernah melarang para sahabat daripada memaki kaum musyrikin
yang terbunuh dalam peperangan Badar itu, sebab caci maki itu tidak
memberi kesan kepada mereka, bahkan menyakiti orang-orang yang masih
hidup (keluarga si mati). Bercakap kotor seperti mencarut-carut, memaki
hamun, mengeji, mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar dan
lain-lain perkataan kotor lagi ghaib, semuanya itu adalah bruk lagi
tercela. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhi dari
sifat-sifat terkeji itu.
KEJAHATAN YANG KELAPAN: MELAKNAT
Mendoakan seseorang agar ditimpa kejahatan atau sesuatu keburukan dan
malapetaka adalah dilarang, walaupun yang didoakan itu adalah seorang
yang zalim. Maka perbuatan mendoakan seperti itu adalah hampir-hampir
menyamai perbuatan melaknat. Ini adalah dilarang dan tercela. Yang
sebaiknya kita doakan kebaikan kepada seseorang itu. Kalau dia seorang
yang zalim, maka kita doakan agar dia berubah menjadi baik dan adil.
Kesimpulannya perbuatan melaknat adalah perbuatan yang dilarang. Oleh
tiu, wajiblah kita menghindarinya.
KEJAHATAN YANG KESEMBILAN: MENGHINA ATAU MENGEJEK-NGEJEK
Memandang rendah atau sengaja melahirkan kekurangan atau kelemahan orang
lain untuk dijadikan bahan ketawa lalu hati orang ditujukan kelemahan
itu menjadi terusik dan sakit, maka inilah yang dikatakan perbuatan
mengejek. Ejekan dan penghinaan yang sedemikian adalah haram hukumnya.
Orang yang suka mengejek-ngejek atau menghina serta mendedahkan
kelemahan orang lain itu adalah orang bersifat sombong lagi meninggi
diri. Sedangkan sifat sombong itu amat tercela. Selain dari itu,
mengejek dan menghina ini adalah perbuatan menyakitkan hati orang lain.
Maka menyakitkan hati orang lain ini adalah haram lagi berdosa. Oleh
itu, jika kita bersifat demekian maka tinggalkanlah dan bertaubatlah
kepada Allah SWT serta minta maaf dari orang yang kita ejek dan hina
itu.
KEJAHATAN YANG KESEPULUH: MEMBUKA RAHSIA
Rahsia ialah sesuatu perkara yang telah diamanahkan kepada kita agar
menyimpannya dari disebarkan orang lain. Sebarang rahsia seseorang yang
kita ketahui yang perlu kita jaga hendaklah kita amanah menjaganya
jangan sampai bocor rahsia itu. Sesungguhnya sesiapa yang menutup
keaipan seseorang yang lain maka Allah SWT akan menutup keaipannya pula
diakhirat nanti.
KEJAHATAN YANG KESEBELAS: MENGUMPAT ORANG
Mengumpat bermaksud menceritakan sesuatu keburuka atau kelemahan
seseorang saudara Islam di belakangnya yang boleh menimbulkan kebencian
tau kemarahan bila ia mendengarnya. Menceritakan kekurangan pada anggota
badannya seperti kita kata ia pendek, juling atu lain-lain kekurangan
bila diketahuinya ia merasa benci atau tentang kekurangan pada
keturunannya atau kekurangan pada rupa parasnya, itu semua kalau
didengar olehnya ia rasa benci. Orang yang bersama-sama mendengar dan
mengiyakan umpatan orang lain, maka dia dikira seperti mengumpat juga.
Manakala orang yang mendengar saja tetapi tidak pula membantah maka dia
juga mendapat dosa mngumpat sama. Kecualilah bila dia dengan kata-kata
umpatan itu dia membantahnya dengan lisan atau sekurang-kurangnya
membantah dalam hati, jika tidak sanggup mendengarnya. Terdapat beberapa
punca mengumpat, antaranya ialah untuk memuaskan hati iaitu bila ia
merasa marah kepada seseorang mungkin oleh kerana sesuatu sebab, jadi
untuk memuaskan hatinya ia menceritakan keburukan-keburukan orang yang
dimarahnya itu pada orang lain. Hanya menonjolkan kelebihan yang ada
pada dirinya dengan jalan menceritakan keburukan orang atau kelemahan
atau kekurangan yang ada pada dirinya dengan mntakan dirinya lebih baik
daripada orang lain. Dengki dan iri hati. Menurut kehendak rakan-rakan.
Mencaci dan mengejek-ngejek orang lain dengan maksud untuk menghinanya.
Cara-cara untuk mengekang lidah dari mengumpat ialah hendaklah dia yakin
bahawa mngumpat itu satu perbuatan yang dimurkai Allah. Hendaklah
sentiasa melihat
kelemahan-kelemahan serta kekurangan. Mengumpat yang dibolehkan ialah
meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kejahatan dari
seseorang untuk
kebaikan. Mengingatkan seseorang Islam lain supaya jangan terjebak dengan kejahatan
seseorang jika kita tahu seseorang itu jahat, maka kita ingatkan orang lain, supaya jangan mendekatinya.
Untuk membersihkan diri dari dosa mengumpat agar jangan dihukum di
akhirat nanti maka wajib baginya rasa menyesal dan bertaubat atas
dosa-dosanya itu, kemudian hendaklah minta maaf dari orang yang diumpat
itu.
KEJAHATAN YANG KEDUA BELAS: BERMUKA-MUKA
Orang yang bermuka-muka ini juga dikenali sebagai lidah bercabang. Kalau ada dua
orang atau dua pihak yang bergaduh maka dia jadi orang tengah untuk
menyemarakkan lagi api pergaduhan. Orang pengadu domba ini gembira bila
melihat orang lain bermusuh.
KEJAHATAN YANG KETIGA BELAS: MEMUJI
Memuji-muji orang itu adakalanya dilarang, kerana dalam pujian itu ada
enam bahayanya, pada pemuji dan yang kena puji. Bahaya pada pemuji ialah
berlebih-lebihan dalam pujiannya hingga akhirnya jadi dusta pula.
Dengan dia memuji itu timbul riak dalam dirinya seolah-olah ia
menunjukkan sayangnya terhadap orang dipujinya itu. Apabila seseorang
itu dipuji maka nanti akan ada keburukan-keburukan yang menimpa orang
itu di antaranya ialah dengan dipuji itu, akan timbul dalam dirinya
perasaan bongkak dan ujub iaitu rasa sombong dan merasa diri hebat.
Dengan menerima puji-pujian hatinya akan merasa senang tentang
kesalahannya. Dan menganggap dirinya sudah sempurna lalu ia tidak
menambah usaha lagi untuk berbakti kepada Allah.
KEJAHATAN YANG KEEMPAT BELAS: BERBOHONG DALAM PERCAKAPAN DAN
SUMPAHBohong ertinya menceritakan atau memperkatakan sesuatu yang tidak
ada atau yang tidak benar. Bercakap bohong adalah diharamkan. Tetapi
kadang-kadang bila bohong itu mengandungi maslahat untuk kebaikan maka
itu dibolehkan. Atau untuk mendamaikan dua orang yang bergaduh atau
untuk mengeratkan perhubungan suami isteri yang memerlukan berbohong,
maka ia diharuskan.
BAB KEDUA : RUPA-RUPA WAJAH MANUSIA KETIKA DIBANGUNKAN DARI KUBUR DI PADANG MAHSYAR DI AKHIRAT NANTI
Meyakini kedatangan hari kiamat adalah wajib. Kedatangan hari kiamat
nanti tidak seorang pun makhluk yang dapat mengetahuinya, kecuali Allah
sahaja. Namun begitu, Allah lahirkan juga tanda-tanda kedatangan hari
kiamat itu untuk pengetahuan manusia. Ada tanda kecil dan tanda besar.
DI ANTARA TANDA-TANDA YANG KECIL ITU IALAH:-
Ilmu agama Islam tidak diambil berat lagi oleh umatnya. Perbuatan zina
menjadi-jadi, disebabkan oleh pihak berkuasa. Kejahilan tentang agama
Islam menjadi-jadi, hanya segelintir sahaja yang mahu mempelajarinya.
Peminum-peminum arak berasa bangga, serta bebas pula meminumnya.
Kebanyakan bayi yang lahir terdiri daripada bayi perempuan. Manakala
lelaki lebih ramai pula mati dahulu dari wanita. Lahirnya kuncu-kuncu
dajjal, ramai pendusta yang mengaku utusan Allah. Banyak berlakunya
gempa bumi. Banyak berlakunya fitnah. Ramai orang kaya harta. Musim
tidak menentu. Masa terlalu cepat berlalu.
DI ANTARA TANDA-TANDA YANG BESAR ITU IALAH:-
Naik matahari dari sebelah barat. Munculnya binatang-binatang yang
aneh-aneh. Keluar Imam Mahdi. Keluarnya dajjal. Turunnya Nabi Allah Isa,
menyambung syariat Rasulullah SAW. Keluarnya yakjuj dan makjuj. Bumi
dipenuhi oleh asap (selama 40 hari). Kaabah mula diruntuhkan dan
dirosakkan orang. Hilang Al-Quran dari mashaf (buku/kertas) dari hafalan
hati. Semua manusia menjadi kafir, sehingga tidak ada seorang manusia
pun ketika itu yang menyebut nama Allah.
Maka ketika itulah, Allah perintahkan malaikat Israfil meniup sangkakala
yang pertama. Tiupan itu datangnya secara mengejut sahaja, hinggakan
seluruh manusia terpinga-pinga dan kelam-kabut tidak menentu. Kerana
kuatnya tiupan itu, seluruh manusia mati, gunung ganang hancur lebur,
lautan-lautan menyemburkan airnya ke darat, segala cerekawala berguguran
ke bumi, maka matilah segala yang bernyawa serta musnahlah dunia ini
semusnah-musnahnya, kecuali Allah yang Maaha Suci lagi Maha Kaya.
Setelah semuanya telah hancur lebur bagaikan debu berterbangan, entah
berapa lama pula masanya, maka Allah pun memerintahkan malaikat Israfil:
‘‘Wahai Israfil, bangunlah dan tiuplah sangkakala ppembangkitan!’’.
Lalu dengan kehendak Allah hiduplah semula Israfil dan seterusnya meniup
sangkakala yang kedua, seraya menyeru: ‘‘Wahai roh-roh yang keluar,
tulang-tulang yang hancur, tubuh-tubuh yang busuk, otot-otot yang putus,
kulit-kulit yang koyak, rambut-rambut yang gugur! Bangunlah kamu semua!
Untuk memutuskan hukuman ’’. Lalu bangunlah semuanya dengan perinath
Allah.
PUAK YANG PERTAMA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan berupa kera, mereka adalah
orang-orang yang suka membuat fitnah di antara manusia. Itulah rupa
orang yang suka menabur fitnah sama ada pada diri perseorangan atau pada
sesuatu kumpulan manusia sama ada meleui lisa, tulisan atau suart-surat
khabar.
PUAK YANG KEDUA:
Dibangkitkan (dari kubur) dengan berupa seperti babi. Mereka ini adalah
orang yang uka makan yang haram. Contohnya arak, tipu, riba, curi,
perniagaan haram dan lain-lain lagi.
PUAK YANG KETIGA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan buta lagi bingung. Sedangkan
badannya digayuti dan dipegangi oleh manusia yang ramai. Mereka ini
adalah orang yang sama-sama melanggar hukum-hukum Allah. (sedang mereka
adalah ornag yang alim atau menjadi pemimpin kepada suatu kaum).
PUAK YANG KEEMPAT:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan bisu lagi pekak. Mereka adalah
orang yang ujub (kagum) dengan amalannya. Mereka ini menyombong diri
kerana telah berasa dirinya hebat, banyak ilmu pengetahuan lalu
memandang rendah pada orang yang tidak setaraf dengannya.
PUAK YANG KELIMA:
Dibangkitkan dalam keadaan mengalir nanah dari mulutnya, serta mengalir
darah dari lidah-lidahnya. Mereka ini adalah orang-orang yang alim
(dalam ilmu agama Islam) yang tidak bertepatan cakap dengan
perbuatannya. Mereka ini adalah golongan yang cakap tak serupa bikin.
Oleh itu, janganlah berbangga dan menyombong diri dengan keilmuan.
PUAK YANG KEENAM:
Dibangkitkan dalam keadaan badannya penuh dengan luka-luka yang parah
(lagi menyakitkan), mereka ini adalah saksi-saksi palsu. Akan terdapat
orang-orang yang suka menawarkan dirinya menjadi saksi dalam sesutu hal,
sedangkan doia adalah saksi palsu lagi dusta.
PUAK YANG KETUJUH:
Dibangkitkan berkeadaan tapak kakinya tersangkut di keningnya serta
terikat pula pada ubun-ubunnya, sedangkan bau badannya terlebih busuk
dari bangkai. Mereka ini adalah orang yang ska memuaskan hawa nafsunya
serta mencari keseronokan dengan jalan yang haram. Contohnya berzina,
pembunuh, perogol, penipu, pemabuk arak dan banyak lagi.
PUAK YANG KELAPAN:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang amat sangat), rebah ke kiri dan
ke kanan (menuju padang masyar), mereka ini adalah orang yang mencegah,
menahan hak Allah. Mereka ini adalah di antara sifatnya di dunia dulu
ialah kalau harta atau wang ringgit itu digunakan untuk menambah
kekayaan dirinya atau untuk jalan maksiat.
PUAK YANG KESEMBILAN:
Dibangkitkan dengan dipakaikan pakaian dari minyak tar (yang panas).
Mereka adalah orang-orang yang suka mengumpat dan tidak mahu menjauhkan
diri daripadanya. Umpat-mengumpat, kata-mengata, mencari-cari kesalahan
orang lain, ini adalah perbuatan orang-orang yang terkutuk, mereka
nampak kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi mereka lupa tentang
diri mereka sendiri yang juga banyak kelemahan dan kesilapan.
PUAK YANG KESEPULUH:
Dibangkitkan dalam keadaan keluar lidahnya daripada tengkuknya. Dia
adalah orang yang suka mengadu dumba. Mereka ini suka melihat orang lain
bergaduh. Mereka mengadu dumba dalam bentuk lisan, tulisan atau
perkhabaran.
PUAK YANG KESEBELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang teramat sangat). Mereka adalah orang yang suka bercakap hal-hal dunia di dalam masjid.
PUAK YANG KEDUA BELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan rupa babi, mereka adalah orang yang suka makan riba.
DUA BELAS GOLONGAN DIBANGKIT DI HARI AKHIRAT
GOLONGAN PERTAMA:Dibangkitkan dari kuburnya dengan tidak berkaki dan
tidak bertangan, kemudian menyeru dari sisi Tuhan;’Mereka ini adalah
orang-orang yang suka menyakiti jirannya dan amti mereka dengan tidak
bertaubat. ’
GOLONGAN KEDUA:
Dibangkitkan dari kuburnya dengan berupa binatang, dikatakan berupa
babi, kemudian diseru dari arah Tuhan yang Maha Pemurah. ’Mereka adalah
orang-orang yang meringankan fardhu sembahyang. Kalau sampai mati tidak
bertaubat, maka itulah balasan bagi mereka dan tempat kembali mereka
adalah neraka. ’
Sama ada sembahyang atau tidak, sembahyang lewat-lewat waktu atau tidak
khusyuk akan ditimpakan kepadanya 15 seksaan di dunia dan di akhirat.
Di antara seksaannya ialah tidak diberkati hidup, kesempitan dalam
mencari rezeki, dihilangkan seri muka orang mukmin dari mukanya, doanya
tidak dimakbulkan oleh Tuhan, ketika mati nanti ia akan menerima azab.
Kuburnya disempitkan, akan dipatuk oleh seekor ular yang sangat bisa
yang diutuskan neraka yang bernama Iqrk Syujaah dan banyak lagi seksaan
di akhirat nanti.
GOLONGAN KETIGA:
Dibangkitkan dari kuburnya berkeadaan perut seperti bukit yang dipenuhi
ular-ular dan kala jengkingyang besarnya seperti (sebesar) seekor keldai
lalu dipanggil oleh zat pemanggil arah Tuhan: “Merekalah orang-orang
yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak bertaubat hingga mati. ”
GOLONGAN KEEMPAT:
Dibangkitkan dari kuburnya keluar darah mengalir dari mulutnya, isi
perutnya keluar terburai ke bumi dan keluarlah api dari mulut-mulut
mereka, maka menyerulah zat penyeru dari sisi Allah: “Mereka itulah
orang-ornag yang dusta dalam jual beli dan menipu sukatan (timbangan),
maka mereka mati tanpa bertaubat maka itulah balasan bagi mereka.
GOLONGAN KELIMA:
Golongan ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan menyamar dari para
manusia, bau badan mereka lebih busuk dari bangkai. Mereka ini adalah
golongan orang-orang yang menyembunyikan kemaksiatan dari diketahui oleh
manusia lain-lain. Tetapi hati tidak sesekali malu dan takut kepada
pengawasan Allah. Maka mati mereka itu itulah balasan atas mereka.
GOLONGAN KEENAM:
Mereka ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan semuanya leher
terputus-putus (luka-luka yang mengerikan) dari tengkoroknya. Mereka
itulah golongan orang-orang yng menjadi saksi palsu lagi dusta. Mereka
mati dalam keadaan tidak bertaubat.
GOLONGAN KETUJUH:
Mereka dihalau dari kuburnya dalam keadaan tidak berlidah. Darah dan
nanah mengalir keluar dengan banyaknya dari mulut-mulut mereka. Mereka
itulah orang-orang yang mencegah peraksian dala perkara benar. Mereka
mati dalam keadaan tidak bertaubat.
GOLONGAN KELAPAN:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan tunggang-langgang
iaitu kepalanya ke bawah, kaki ke atas kepala. Dari kemaluan mereka
keluar mengalir nanah-nanah yang panas mendidih lagi busuk. Mereka itu
semua adalah orang-orang yang melakukan perbuatan zina, liwat. Dan
mereka mati dalam keadaan masih tidak bertaubat.
GOLONGAN KESEMBILAN:
Mereka dihalau dari kubur dalam keadaan wajah mereka berwajah hitam
rentung matanya terkeluar dan perutnya penuh dengan bara api yang panas
membakar. Meerka semua itu adalah orang-orang yang memakan harta anak
yatim dengan jalan belot. Dan mereka mati dalam keadaan masih belum
bertaubat, itulah balasan mereka.
GOLONGAN KESEPULUH:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan badannya penuh
dengan kudis yang bias lagi berbelang-belang. Mereka itu adalah
orang-ornag yang menyakiti kedua ibu bapanya atau slah seorang darinya.
Dan mereka mati dalam dosa demikian dan tidak bertaubat. Itulah balasan
mereka.
GOLONGAN KESEBELAS:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan buta hati (bodoh).
gigi mereka sebesar tanduk lembu, bibir mereka besar terjulur hinnga
menutupi dadanya, lidah mereka menjilat-jilat perutnya sendiri, perut
mereka besar hingga menutupi pehanya dan dari perutnya keluar
nanah-nanah yang busuk lagi panas mendidih. Itulah balasan kepada mereka
yang tidak bertaubat.
GOLONGAN KEDUA BELAS:
Mereka digiring dari kubur mereka dalam keadaan wajah-wajah mereka
berseri-seri keriangan dan kepuasan seperti sinar bulan purnama. Mereka
melintasi titian Siratulmustaqim seperti kilat yang memancar lajunya.
Mereka ini adalah orang-orang yang melaksanakan perintah Allah dan tidak
melakukan perkara larangannya. Meraka juga sentiasa patuh memelihara
dan melaksanakan sembahyang fardhu lima waktu dengan tidak pernah
ditinggalkannya, secara berjemaah pula. Dan mereka mati dalam keadaan
telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Inilah ganjaran
mereka dan tempat tinggal mereka seterusnya adalah di dalam syurga.
Mereka masuk ke dalam syurga dengan kemampuan, rahmat dan keredhaan
Allah SWT kerana mereka redha kepada Allah dan Allah pula redha ke atas
mereka.
No comments:
Post a Comment