Jawapan: Kerana daging kambing pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti:
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi
punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan
darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah
meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan
mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti
pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai
protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan
dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak
mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak
mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan
pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal
dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika
terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging
kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan
turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu
oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak
yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan
gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
berdengung.
Khasiat dan kelebihan daging kambing:
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging
kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan
ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan
dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia
tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak
balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan
mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di
bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi
lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein
yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
#Makanan Sunnah
No comments:
Post a Comment