Peribahasa "Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki" bukan tanpa sejarah. Berdasarkan kisah, Hawa muncul dari tulang rusuk Nabi Adam AS.
Dalam Kitab Qashah Al Anbiya karangan Ibnu Katsir,
Kisah itu ditegaskan Surah Al-A'raf ayat 19 yang artinya:
"Wahai Adam, Bertempat tinggallah kamu dan istrimu di Syurga"
Tetapi kisah yang ditafsir oleh Ishaq Ibn Yasar dalam Tahzhib At Tahzhib itu sedikit berbeza dan apa yang dikemukakan As Sadi' yang didapat oleh Abu Salih dan Abu Malik, dari Ibnu Abbas, dari Murrah, dari ibnu Mas'ud dan sekelompk sahabat. dari kisah itu digambarkan mengenai penciptaan Hawa.
"Iblis dikeluarkan dari Syurga dan Adam ditempatkan Di Syurga. Beliau berjalan-jalan sendirian didalam Syurga dan mengisi hari harinya disana tanpa ada isteri yang mendampinginya.
Beliau tertidur sejenak. Ketika terbangun tiba-tiba telah ada seorang wanita yang duduk disisi kepalanya. Allah menciptakannya dari tulang rusuk adam.
"Beliau bertanya: Siapa Engkau?
"Ia menjawab: Seorang Wanita."
"Beliau bertanya: Untuk apa engkau diciptakan?
"Ia menjawab: Agar engkau merasakan tenang bersamaku."
Para malaikat yang berada disekeliling Adam pun Bertanya.
"Siapa namanya Wahai Adam?"
Adam yang telah mencapai kesempurnaan menjawab.
"(Namanya) Hawa."
Malaikat yang masih penasaran pun kembali bertanya. Mereka mencari tahu mengapa Adam Menamai sesosok perempuan itu dengan Hawa.
"Adam pun Menjawab: Ia diciptakan dari sesuatu yang hidup."
Masih berdasarkan kisah Ibnu Abbas, penciptaan Hawa diambil dari tulang rusuk sebelah kiri Adam yang paling pendek. Setelah diambil tulang rusuk itu kembali tertutup daging.
Nabi Muhamammad S.A.W juga pernah menyinggung perihal penciptaan Hawa.
Dalam Hadith yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata:
"Berilah nasihat yang baik kepada wanitakerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Jika engkau berusaha keras meluruskannya, ia akan menjadi patah. Jika engkau membiarkannya, ia tetap akan bengkok. Kerana itu berilah nasihat yang baik kepada Wanita."
Mengapa Tulang Rusuk?
Mengapa wanita tidak diciptakan dari kepala laki-laki (Adam)?
Supaya ia tidak melebihi atau mengungguli kudrat laki-laki.
Mengapa wanita tidak diciptakan dari kaki?
Supaya wanita tidak dihinakan oleh laki-laki atau diinjak laki-laki. Kerana dia adalah bahagian dari tubuhnya.
"Dan diantara tanda-tanda Kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, Dan Allah menjadikannya diantara kamu rasa kasih dan sayang." Arrum ayat 21.
#Dari ayat itu sudah jelas bahawa wanita terbentuk dari asal yang sama dengan laki-laki iaitu sesuai dengan QS. Al-mukminun menjelaskan bahawa manusia tercipta dari tanah dan beberapa tingkatannya dan yang tercipta dari tulang rusuk laki-laki adalah Hawa seorang.
Lalu apakah filosofi dari perumpamaan hadith diatas yang menyatakan bahawa wanita diciptakan dari tulang rusuk laki-laki?
Disini kita akan rumuskan tentang sesuatu kebenaran antara wanita dan tulang rusuk.
Berikut ini adalah fakta sifat tulang rusuk dengan wanita berdasarkan anatomi .
Costa yang terdiri dari 12 pasang dibahagi menjadi:
* 7 Pasang tulang rusuk sejati
* 3 Pasang tulang rusuk palsu
* 2 Pasang tulang rusuk melayang
Seorang wanita yang muslimah dalam meniti hidupnya menuju jalan keakhirat akan terbagi kepada 3 iaitu:
* Seorang muslimah yang sejati - Solehah, perwujudan cinta sejati hanya kerana Allah.
* Seorang muslimah yang palsu - Muslimah yang memalsukan kesolehannya.
* Seorang muslimah yang melayang - Muslimah yang dapat dengan mudah terbawa arus perkembangan zaman atau ghozul fikr.
Mengapa Nabi mengungkapkan kalimat tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas?
Itu artinya semakin bawah semakin kita temukan kebengkokkannya, sebagai bentuk kemahatahuan Allah dan kelemahan kaum lelaki yang tentu akan sangat sulit apabila diamanahkan untuk meluruskan bahagian yang paling bengkok. Kerana itu dipilih bahagian yang paling bawah, yang kebengkokkannya paling sedikit agar jauh lebih mudah.
Wanita diciptakan dari tulang rusuk laki-laki adalah:
* Gambaran penting tentang peranan seorang wanita sebagai pasangan laki laki.
* Menjadi pendamping, pembahagia, penguat dan sekaligus penyimbang hidup laki-laki.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada makna tersendiri mengapa wanita diciptakan dari tulang rusuk?
Kerana fungsi tulang dalam tubuh manusia tak ubahnya seperti fungsi wanita.
* Tulang pipih - Dua lempeng keras yang menggambarkan wanita keras kepala terdiri dari tulang spon yang menggambarkan bahawa wanita yang rapuh dan isi sum sum tulang sebagai pengkembiakan dan itu penting untuk generasi selanjutnya.
* Tulang keras - Keras, kaku dan yang paling penting wanita tahan banting.
* Tulang lunak fibrosa - Elastis tetapi bisa berubah menyesuaikan diri taoi agak susah.
* Osteoblas - Sebagai pembentuk iaitu wanita mempunyai peranan mendidik anak anak difasa pertama.
* Osteosit (dewasa) - Keperibadian yang matang dan penasihat.
* Osteoklas (Penghancur)- Perosak peradaban dan penggoda
* Sebagai penyokong : Mendukung suami dan keluarga. Disebalik laki-laki yang hebat ada seorang wanita hebat dibelakangnya. Saling melengkapi. Penyokong memainkan peranan utama dalam gerakan yang sempurna.
* Beri bentuk tubuh : Cantik
* Pelindung organ dalam - Pelindung keluarga dan kehormatan suami dan anak-anak.
* Repiarsi - Untuk bernafas, bahagian vital iaitu seorang laki laki tidak tahan hidup bersendirian.
* Pelakat otot - Tempat anak anak bergantung atau permeliharaan anak.
Selain itu:
* Letak tulang rusuk yang berdekatan dengan Jantung mempunyai dua fungsi utama iaitu memperkuat dada dan melindungi hati yang bermakna bahawa wanita memiliki peranan untuk menjadikan suami sebagai sosk yang kuat dan lapang dadanya serta menjaga hati lelakinya untuk tetap merasa tentram dalam bingkai keimanan yang bertambah kerana ditangannya akan terlahir penerus keturunan.
* Anak yang baik terlahir dari kehebatan seorang ibu yang mengasuh dan membesarkannya.
* Sejatinya perempuan harus dilayan dengan baik agar jiwanya terbangun dengan kasih sayang dan sabar.
No comments:
Post a Comment