Tuesday, 19 July 2016

MILIK ALLAH

Awak milik saya, tapi saya lupa, awak milik Allah............

 Awak, dulu awak pernah tanya, antara awak dengan bulan yang bersinar, siapa lagi cantik? Saya pun kata awak, sebab awak memang cantik dan sempurna bagi saya.

  Awak tanya lagi, antara awak dengan pokok bunga yang mekar? Saya tetap pilih awak, sebab saya cintakan awak.

Tanpa rasa jemu, awak tanya lagi, antara awak dengan indahnya suasana malam? Saya tetap pilih awak, kerana saya sayangkan awak.

 Awak tanya lagi, sanggup tak kira bilangan bintang yang bersinar tu? Saya pun kata sanggup sebab saya sanggup lakukan apa sahaja untuk awak, kerana awak adalah segala-galanya bagi saya

   Bagi saya, awaklah segala-galanya, dan awak memang diciptakan untuk saya, awaklah yang menggembirakan saya ketika berduka, tempat saya menumpang kasih, berkongsi masalah, dan awak sememangnya milik saya.

  Namun, itu dulu, sekarang saya sedar, semuanya hanya milik Allah. Awak, bulan yang bersinar, pokok bunga yang mekar, indahnya suasana malam, bintang yang bersinar, semuanya ciptaan dan milik Allah. Saya juga milik Allah. Saya sedar, saya tidak boleh memiliki awak, seperti Allah memiliki awak, awak milik Allah, biarlah Allah yang menjaga awak.

   Saya hanya memegang amanah oleh Allah untuk menjaga awak, tetapi dengan syarat, kita memang ditakdirkan dan dijodohkan oleh Allah, dan juga selepas PERKAHWINAN 

 Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Asy-Syuura 42:11)

No comments:

Post a Comment