Setiap
manusia mempunyai roh. Apabila roh seseorang itu bercerai dari
badannya, terbujur kakulah jasad seseorang itu manakala rohnya akan
hidup di alamnya sendiri. Kehidupan roh adalah suatu kehidupan yang amat
unik. Roh mereka yang meninggal dunia dapat pula bergaul antara satu
sama lain di alam mereka sendiri.
Demikianlah
uniknya kehidupan roh. Walaupun jasad seseorang itu sudah hancur,
rohnya tetap hidup. Berdasarkan keterangan-keterangan hadis tetrnyata
roh-roh yang berada di alam barzakh dapat berkenalan antara satu sama
lain. Keterangan mengenai perkara itu antara lain boleh dirujuk kepada
sebuah hadis dari Ummi Hani yang diriwayatkan oleh Thabarani dengan
sanad Hassan yang menjelaskan, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah
SAW : “Apakah kita dapat kunjung-mengunjungi bila mana kita telah meninggal dunia dan dapat melihat satu sama lainnya?” Maka jawab Rasulullah SAW : “Adalah
nyawa itu menjadi seekor burung yang sukan hinggap pada pohon (dalam
syurga) sehingga apabila pada hari kiamat, maka masing-masing roh itu
masuk lagi ke dalam jasadnya yang asal.”
Manakala
hadis dari Ibnu Abi Dunia dari Abu Laibah mangatakan : Sewaktu Bisyr
bin Bara’ bin Mar’ur meninggal dunia, ibunya sangat berasa sedih sekali
lalu ia berkata kepada rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, sesungguhnya
sering orang-orang dari Bani Salamah meninggal dunia, apakah orang mati
itu dapat berkenal-kenalan sehingga saya ingin mengirimkan salam kepada
Bisyr.” Maka bersabda Rasulullah SAW : “Benar demi Tuhanku yang
menguasai diriku sesungguhnya mereka itu dapat berkenal-kenalan bagaikan
burung-burung itu dapat berkenalan satu sama lainnya di atas
pohon-pohon kayu.”
Dari Tsabit Al-Bunani pula, katanya : “Telah
sampai kepada kami bahawa seseorang itu bila telah meninggal, maka ia
sangat dirindui oleh keluarganya yang telah mendahuluinya meninggal. Ia
bergembira bertemu dengan mereka dan mereka pun lebih bergembira bertemu
dengannya bagaikan orang musafir, baru bertemu dengan keluarganya yang
baru datang.” Riwayat Bazzar dengan sanad yang sahih dari Abi Hurairah pula menegaskan : “Bahawa
orang mukmin yang bakal meninggal dunia dan menyaksikan apa yang ia
saksikan (ketika sakaratulmautnya, ia menyaksikan bakal tempat
kediamannya di syurga), ia ingin skali kalo rohnya segera keluar dan
sedang Allah Taala suka menemui orang Mukmin."
“Sesungguhnya
orang Mukmin rohnya dinaikkan ke langit lalu ia didatangi oleh roh-roh
yang lain mengeruminya, mereka menanyakan khabar tentang
kenalan-kenalannya yang masih tinggal di bumi. Bilamana ia mengatakan :
Saya tinggalkan mereka di dunia, maka kata-kata itu menjadikan mereka
hairan. Kalau ia mengatakan : Si Fulan itu telah meninggal, lalu mereka
berkata : Kenapa tidak didatangkan kepada kita?” Riwayat Ibnu Abi Dunia dengan beberapa sanad dari Ubaid bin Umar pula, katanya : “Seseorang
itu bilamana telah meninggal, maka rohnya ditemui oleh roh-roh (yang
telah meninggal lebih dahulu) lalu mereka itu menanya-nanya khabar
kepadanya bagaikan orang menanya kepada pengenderai tunggangan yang baru
tiba : Si Fulan apa kerjanya?"
Al-Baihaqi pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud : “Usahakanlah
kain kafan untuk orang yang meninggal daripada kamu itu dari kafan yang
baik-baik kerana itu akan bermegah-megah dengannya dan akan
kunjung-mengunjungi satu dengan yang lainnya di dalam kuburan.” Demikianlah
keterangan dari hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai roh yang tentunya
amat unik sehingga mereka dapat bergaul dengan baik di antara satu sama
lain di alamnya sendiri meskipun jasad seseorang itu sudah sekian lama
hancur dimakan bumi.
Berhubung
dengan persoalan dimanakah tempat tinggal atau atau tempat ketentuan
roh seseorang itu, Ibnul Qayyim dalam kitabnya telah membahaskan perkara
itu dalam satu bahagian yang khusus dengan menyebut beberapa pendapat
ulama yang paling rajah. Antara lain, beliau menegaskan : roh-roh itu
ditempatkan dalam alam barzakh dan ia berbeza-beza pula kedudukannya.
Menurut beliau, beberapa roh ditempatkan pada A’la illiyin di Amalail A’laiaitu
roh-roh para nabi dan tempat kediaman masing-masing pula berbeza-beza.
Perkara itu telah dilihat sendiri oleh Rasulullah SAW pada malam israk.
Beberapa
roh telah ditempatkan di dalam tembolok burung hijau yang
melayang-layang di udara syurga seenak-enaknya iaitu roh-roh sebahagian
dari para shuhada. Jadi bukan seluruhnya kerana ada di antara mereka itu
yang rohnya ditahan sementara (untuk memasuki syurga) disebabkan
hutangnya yang belum dibayarkan atau lainnya. Ibnul Qayyim di dalam
kitabnya yang berjudul Al-Musnah Muhammad bin Abdillah bin Jahsy
menyebut : Bahawa seorang lelaki datang berkunjung kepada kepada Nabi SAW lalu ia berkata : "Ya Rasulullah, apa yang saya dapat jika saya gugur pada jalan Allah? Maka sabda Rasulullah SAW : “Ialah Syurga”. Manakala orang itu telah pergi. Rasulullah SAW bersabda lagi :“Kecuali kerana hutang, Jibril baru sahaja membisikkannya kepadaku tadi.”
Ada
pula roh yang dipenjarakan pada pintu syurga. Perkara itu telah
diterangkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Saya melihat teman kamu itu (yang baru sahaja meninggal), ia dipenjarakan pada pintu syurga.”Menurut
Ibnul Qayyim, di antara roh-roh itu terdapat juga roh yang dipenjarakan
di dalam kuburnya. Perkara itu diterangkan dalam hadis tentang seorang
yang telah mencuri sesuatu dari ghanimah sebelum dibahagi tetapi tidak
lama kemudian ia gugur sebagai syahid. Orang-orang mengucapkan kata-kata
selamat tentang kematiannya itu : “Alangkah senangnya ia mendapat syurga”, Namun Nabi SAW menerangkan : “Demi
Tuhan yang menguasai diriku, sesungguhnya syamlah (sejenis pakaian)
yang telah dicurikan itu, akan menyalakan api atasnya di dalam
kuburnya.”
Ada
pula di antara roh itu berada dekat dengan pintu syurga. Perkara itu
disebutkan dalam hadis Ibnu Abas r.a. yang diriwayatkan oleh Ahmad : “Para
Syuhada ditempatkan di tepi suatu sungai dekat pintu syurga di dalam
suatu kubah hijau, dikeluarkan mereka rezeki dari syurga setiap petang
dan pagi.”Daripada para syuhada tersebut dikecualikan Ja’afar bin
Abu Thalib kerana dia telah digantikan oleh Allah Taala kedua tangannya
dengan buah sayap yang dapat dipergunakan untuk terbang di dalam syurga
semahunya. Ada pula di antara roh itu berada dekat dengan pintu syurga.
Perkara itu disebutkan dalam hadis Ibnu Abas r.a. yang diriwayatkan oleh
Ahmad : “Para syuhada ditempatkan di tepi suatu sungai yang dekat
pintu syurga di dalam suatu khubah hijau, dikeluarkan untuk mereka
rezeki dari syurga setiap petang dan pagi.”
Daripada
para syuhada tersebut dikecualikan Ja’far bin Abu Thalib kerana dia
telah digantikan oleh Allah Taala kedua tangannya dengan buah sayap yang
dapat dipergunakannya untuk terbang di dalam syurga semahunya. Ada pula
di antara roh itu yang dipenjarakan di dalam bumi ini sahaja atau tidak
diangkat keAlmalail A‘la kerana
ia adalah sebangsa roh bumi yang rendah. Roh bumi yang rendah itu tidak
akan berhimpun bersama-sama dengan roh langit dan ia sama sahaja halnya
dengan keadaannya ketika di atas dunia ini.
Jiwa
atau roh seseorang yang ketika di atas dunia ini tidak pernah berusaha
untuk mengenal Tuhannya, mendekatkan diri mencari kerelaan rahmat kasih
sayangNya, tidak pernah berzikir menyebut-nyebut namaNya, tidak pernah
mngerjakan titah perintahNya atau menjauhi laranganNya, ia adalah roh
bumi yang rendah. Jadi ia akan tetap sahaja dipenjarakan di bumi.
Sebaliknya roh yang di langit iaitu roh yang ketika di atas bumi di
dalam dunia ini selalu berusaha sedaya upaya mendisiplinkan dirinya
mentaati Tuhannya, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya.
Apabila ia telah berpisah dari badannya, ia akan dapat berhimpun
(bergaul) dengan para roh-roh yang sebangsa dengannya.
Roh
mereka itu akan bersama-sama dengan roh-roh orang yang dicintainya baik
dalam alam barzakh mahupun di hari kiamat kelak. Ada pula roh-roh itu
ditempatkan di dalam tempat orang-orang yang suka melakukan zina. Ada
pula yang ditempatkan di dalam sungai darah dan dilempari dengan batu
dan lain-lain. Yang jelas, roh-roh itu berada di tempat-tempat yang
berlainan. Ia bergantung kepada amalan-amalan dan bahagian-bahagian
masing-masing. Ibnul Qayyim menerangkan, roh itu meskipun berada di
dalam syurga dan di atas langit namun ia tetap mempunyai hubungan dengan
kuburnya dan badan yang ada di dalamnya. Jadi ia mempunyai kekuatan
bergerak, berpisah, naik dan turun yang sangat luar biasa.
Menurut
keterangan beberapa hadis, si mayat sememangnya dapat mengenali
orang-orang yang datang menziarahi kuburnya malahan mereka juga turut
terhibur dengan kedatangan orang berkenaan. Ibnu Abi Dunia dari Aishah
r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak
ada dari seorang lelaki yang menziarahi kubur saudaranya dan ia duduk di
sampingnya melainkan ia merasa terhibur dengan dia dan dapat
meneladaninya sehingga ia berdiri (berangkat pulang).” Menurut
keterangan beberapa hadis, si mayat juga akan mengetahui keadaan
orang-orang yang masih hidup iaitu dengan jalan yang menerima
laporan-laporan yang disampaikan kepadanya.
Abi Daud Al-Thayalisy dari Jabir bin Abdillah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya
amalan-amalan kamu itu akan dilaporkan kepada keluarga kamu yang sedang
di alam kubur. Jika amalan kamu itu baik maka mereka bergembira
dengannya tetapi bilamana selain daripada itu, mereka berkata : Wahai
Tuhan kami, ilhamkanlah kepada mereka agar mereka beramal melakukan
perbuatan taat.” At-Tirmidzi Al-Hakim pula dalam Nawadirul Usul meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Dilaporkan
amalan-amalan itu pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah dan
dilaporkan kepada para Nabi dan para ibu bapa pada hari Jumaat. Mereka
berasa senang dan gembira dengan adanya kebajikan-kebajikan mereka dan
bertambah cahaya wajah mereka berseri-seri. Kerana itu takutlah kamu
kepada Allah dan janganlah mengganggu orang-orang yang telah meninggal
dunia.”
No comments:
Post a Comment