Thursday, 27 October 2016

HIKMAH - SAYA SAYANG ALLAH SANGAT SANGAT

Kadangkala hati kita terdetik:
Kenapa Allah zalim dengan aku?”
Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?
Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?
Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?
Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?
Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..
Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.


Namun percayalah, Allah tidak pernah zalim. Sedikit pun tidak pernah.
Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya.
Kasih sayang Tuhan itu ditunjukkan dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dengan ujian.
Ujian bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa supaya kuat.. tapi ramai yang tidak meyakini perkara ini.
Patah hati akan meninggalkan kesan luka yang sangat mendalam. Saya pernah merasakan apa yang anda rasa. I’ve been there.

Saya tahu memang sangat sukar menerima nasihat apabila anda sedang mengalami patah hati..


Tetapi saya tahu sesetengah nasihat boleh meredakan kesakitan. Ini adalah cubaan saya untuk memberi anda harapan bahawa ujian itu tanda Allah sayang.
Semoga nota dibawah membantu anda move on dan berdamai dengan takdir:
  1. Jangan takut dengan suasana yang berubah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Roll with it. Betul, ia tidak akan mudah, tetapi ia sangat berbaloi untuk anda.
  2. Perkara yang paling sukar dalam proses kematangan adalah, melepaskan apa yang telah sebati dengan kita, dan memulakan hidup dengan apa yang kita tidak mahu.
  3. Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
  4. Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja.
  5. Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
  6. Kadang, proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.
  7. Perasaan sayang yang selama ini mematahkan hati anda, selalunya perasaan itu jugalah yang akan menyembuhkan hati anda, perlahan-lahan dengan masa.
  8. Sesetengah bab dalam hidup kita harus ditamatkan tanpa penamat. There’s no point in losing yourself by trying to hold on to what’s not meant to stay.
  9. Bila kita kelihangan seseorang, jangan anggap ia sebagai satu kehilangan, tetapi sebagai satu anugerah yang meringankan beban kita dalam perjalanan.
  10. Kadangkala bila kita tak dapat apa yang kita mahu, kita harus akur bahawa Allah menetapkan bahawa perkara itu bukanlah yang terbaik buat kita.
  11. Anda bukan orang yang sama dengan minggu, bulan atau tahun yang lalu. You’re always growing.  Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.
  12. One of the most rewarding moments in life is when you finally find the courage to let go of what you can’t change. Serius, hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.
  13. Belajarlah untuk ketawa. Sekalipun kau rasa dunia tak lagi berikan sebab untuk kau bahagia. Buka hati untuk terima apa saja yang menduga dengan yakin pasti ada hikmah dihujungnya.
  14. Jangan pernah memaksa diri. Buat apa yang termampu dan biarkan ia. Jika ia sudah ditakdirkan milik kita, pasti ia tidak kemana-mana. Nothing Allah has written for you goes to someone else. So relax, take a deep breathe and be patient..
  15. Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Namun, tetaplah bersyukur.
  16. Stand strong.  Sometimes you have to experience a low point in life to learn a good lesson you couldn’t have learned any other way.
  17. Jangan memikirkan sebeberapa malangnya nasib anda, tetapi fokuskan berapa nikmat yang telah anda kecapi.
  18. Ujian Allah adalah menguji tahap keimanan kita kepadaNya dan sebenarnya ujian Allah kepada kita tidaklah seberat zaman para Nabi dan Rasul.
  19. Menyerah dan move on adalah dua perkara berbeza.
  20. Anda harus faham, dalam kehidupan orang datang dan pergi. Lepaskan mereka yang telah lama melupakan anda. Kita tak boleh halang orang dari pergi. Yang kita boleh buat ialah sentiasa jadi baik, untuk diri sendiri.
  21. Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
  22. Senyum, walaupun ada rasa semuanya sudah musnah. Senyum bukan untuk melambangkan anda sedang bahagia, tetapi ia menunjukkan dan melatih hati supaya kuat.
  23. Mereka yang berbahagia bukanlah dia yang hidup tanpa masalah tapi mereka yang mampu mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah. Dan masa merupakan penyembuh terbaik segala luka dihati.
  24. Kebanyakan orang yang menderita dan sukar untuk merasa bahagia kembali adalah mereka yang gagal menerima hakikatnya pada waktu sekarang. Allah understands your tears and pain. So, spend your time talking to Allah.
  25. Jika tidak mampu bersangka baik dengan takdir, cukup hanya hiasi bibir kita dengan istigfar. Moga-moga ia akan dapat menyejukkan hati kita kita.
  26. Tumpukan untuk membuat perubahan kecil. Jangan cuba berenang merentas lautan sekaligus. Jangan cuba meneroka seluruh dunia dengan sekali jalan. Bila kita terus mencari penyelesaian segera, secara tidak langsung kita membuatkan diri kita menderita dan semakin kecewa. Bersabar, ambil masa yang secukupnya.
  27. Lakukan perubahan kecil tetapi istiqamah setiap masa. Itu adalah lebih baik. Manusia adalah lemah, jadi jangan melampaui batas keupayaan kita.
  28. Semua perkara dalam kehidupan adalah sementara. Like a rainbow after the rain, there’s beauty in tough test, it’s all in how you see them.
  29. Parut adalah simbol kekuatan kita. Jangan pernah malu dengan luka kehidupan yang masih membekas. It means you conquered the pain, learned a lesson, grew stronger, and moved forward.
  30. Kadang kita perlu memaafkan orang lain bukan kerana mereka layak dimaafkan. Tetapi kita memaafkan kerana kita sendiri yang memerlukan ia. We cannot let go and move forward completely without it.
  31. Orang yang pertama memohon maaf adalah orang paling berani. Orang yang mampu memafkan adalah orang yang terkuat. Dan orang yang terdahulu untuk move on adalah orang yang paling bahagia.
  32. Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membuka jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
  33. Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.  Letting go of yesterday’s troubles is your first step towards happiness today.
  34. Banyak memori di masa lalu yang kita harap dapat dihapuskan, tetapi ia mustahil. Let it be. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan masa depan yang lebih bermakna dan lebih baik.
  35. Selalunya, perkara yang yang paling kecil itulah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
  36. The day you “understood” everything, was the day you stopped trying to figure everything out. Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (berdoa).
  37. Simpankan dalam hati bahawa tiada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
  38. Kadang-kadang Allah tahan permintaan kita kerana sewaktu kita meminta, kita dalam keadaan yang sangat jauh daripadaNya. Oleh itu, semakin kita berkehendak, semakin kita merapat pada Allah
  39. Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kita tak dapat mengawal semua perkara dalam kehidupan kita, tetapi kita boleh kawal bagaimana kita berhadapan dengannya. Dan melalui itu lah kita dapat melihat kekuatan sebenar diri kita.
  40. Melepaskan akan membuat kita berasa LEGA. Kerana kita akan sedar bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa pun di dunia ini. Semua bersebab & semua juga pinjaman, begitu juga perasaan :’)
  41. Belajarlah untuk lepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.
  42. Keimanan dan ketakwaan selalu diuji dengan cinta. Kadangkala kita perlu memilih melepaskan kecintaan kerana ia melemahkan keimanan, dan itulah ujian paling berat bagi orang yang sedang jatuh cinta.
  43. Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.
  44. Kebahagiaan kita yang sebenar apabila Allah tidak hilang dari hati kita.
  45. Mendekatlah dan genggam dengan kemas – Allah tidak pernah melepaskan kita. Mana mungkin kita jatuh jauh ke lembah yang dalam jika yang menjadi pautan kita adalah penguasa kepada seluruh alam!
  46. Apabila kesedihan, kita selalu mencari bahu seseorang untuk kita bersandar dan melepaskan tangisan. Akan tetapi kita mungkin lupa, bahawa sejadah dan sujud itu lebih mujarab. Allah itu ada. Selalu.
  47. Bahagia atau duka– Kuncinya kita yang pegang. Jika kita benarkan kesedihan bersarang dalam jasad dan dada, maka dukalah yang kita bakal hadap. Tapi jika bahagia yang kita pilih, maka tenanglah yang kita akan rasa.
  48. Jangan sesekali membongkar parut-parut yang lama, biarkan ia. Tinggalkan kenangan itu disana. Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
  49. Another chapter. Another people. Another view. Another eyes. Another world. Another way of life. Will lead you to another you. Allah has promised the believers all these things.
  50. Kunci ketenangan hati: Balik pada Tuhan. Solat lah sekhusyuknya. Berdoalah setulusnya. Memintalah sedalamnya. Kau akan rasa hati tak sama lagi. Tuhan akan turunkan ketenangan yang tak berbelah bahagi. Apa lagi yang kita inginkan selain ketenangan? :)
  51. Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.

Tidak pernah Allah Zalim. Kita yang gagal melihat kasih sayangNya.

Jatuh itu perlu untuk sedarkan kita, yang selama ini terlalu selesa terbang tinggi.
…supaya kita tahu erti bersyukur.
Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
Al-Maidah:7
Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian serta dugaan permainan hati dan perasaan. Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.

Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak.
Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan kembali sembuh pulih seperti sediakala. Ia akan tetap terasa sakit semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.
Tidak mengapa, memang untuk  belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar. Let it flaw. Let it be.
Keep learning, adapting, and growing. Semoga hati kita semakin kuat. Semoga hikmah yang Allah tunjuk akan membuatkan kita tersenyum nanti.
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”
Surah Al-Hadid, ayat 23

No comments:

Post a Comment