Sunday, 23 October 2016

SUDAHLAH, JANGAN KAU TANGISI.. APA YG BUKAN MILIK MU LAGI

Hati yang retak Allah mencantumkan semula.
Hati yang berdarah Allah ada penawarnya.
Hati yang terluka Allah mampu membalutnya dengan kebahagian.
"Allah sayang aku", "Allah sayang aku".
Kita benci kepada kesedihan tapi sedih itu yang mendekatkan kita dengan Tuhan kan?
Jangan di tangisi perpisahan kerana hakikatnya jodoh bukan di tangan manusia.
Atas kasih sayang Allah kamu dan dia bertemu..
dan atas limpah kasihNYa juga kamu dan dia di pisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.
Acap kali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah, justeru,
cintailah sesuatu berpada-pada,
bila Allah uji kita dengannya..
 kita tidak terlalu menderita...
Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia,
tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak. Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu lagi..
"Aku kejar, kejar dan kejar CINTA MANUSIA.. Sehingga aku LETIH.. Akhirnya, aku sedari.. Aku DITEMANI satu cinta yang TIDAK PERNAH meninggalkanku.. CINTA ALLAH.."
"temukan aku dengan tahajjud-Mu, kerana disitu kekuatanku
tenangkan jiwaku dengan ayat-Mu, kerana pada-Nya pengubat rindu
tumpahkan titisan jernih mataku ke alas sujud itu, kerana ia penghapus dosaku
moga aku kembali kepada-Mu, bukan kerana pengaduan, tetapi kerana kecintaan.."
"Cinta yang TIDAK PERNAH melukakan, Cinta yang TIDAK PERNAH meninggalkan.. Cinta ILLAHI.."

No comments:

Post a Comment