Sunday, 23 October 2016

JADIKAN ALLAH CINTA AGUNGMU....

SAHABATKU.. Dekatilah Allah melalui solatmu.. ceritakan segalanya pada Allah dalam sujudmu.. Allah mendengar rintihan hatimu, ikhlaskan hati mendekati Allah, bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia.. Perindahkan hubunganmu dengan-Nya dalam tahajudmu dinihari. Perhatikanlah kata2 Allah terhadapmu melalui firmannya al-Quran. Perbanyakkan taubat dan zikirmu. Tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita.. Keimanan yang kita hajatkan dlm diri kita adalah keimanan yang mampu melawan panggilan nafsu yang dibisiki syaitan.
Hadapi dunia dengan sabar, jadilah al-quran sebagai panduan. Persiapkan diri dengan taqwa, terimalah ujian-Nya dengan redha. Ikhlaskan hati dalam beramal. Mencari ketenangan berzikirlah. Ingat kematian persediaan ke alam akhirat..
Bukan sekadar menjadi manusia yang tahu solah 5 waktu, tapi dalam solah fikiran dan roh mengingati selain Allah… Kenalilah Allah.. kau pasti akan menjumpainya yang Allah cukup untuk menaugi hati kita yang selalu lara.. kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu, minta pada Allah..agar tetakan hati.. Hati kita milik Allah, Allahlah yang beri petunjuk, Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran. Bukan kuasa siapa2 yang dapat membantu menguatkan hatimu wahai sahabat…tetapi adalah Allah.. *Jadikan Allah dan Rasul cinta Agungmu.. Matlamat dan tujuan hidup di dunia demi meraih redo Allah s.w.t.. Menikmati cinta-Nya yang amat bernilai di dunia dan akhirat.. Allahumma aamiin...

No comments:

Post a Comment