PERCAYA KEPADA QADHA DAN QADHAR ( TAKDIR )
"Ya allah, aku yakin takdir mu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Beri aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah mu.. Aamiin"
Hukum beriman kepada Qadha dan Qadar adalah wajib dan termasuk di dalam rukun iman yang enam. Beriman kepada kehendak Allah subhanahu wataala yang mesti terlaksana dan kekuasaannya yang mutlak lagi menyeluruh. Beriman tanpa berbelah bagi tentang kehendaknya yang pasti berlaku dan perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Gerak atau diam yang berlaku di langit, di bumi dan dimana-mana saja adalah dengan kehendaknya. Dialah yang berkuasa di atas segala sesuatu yang wujud dan yang tidak wujud. Ke semua makhluk sama ada yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah makhluknya dan dialah pencipta, pentadbir dan pengaturnya.

Mereka yang beriman kepada takdir, sabar dengan segala keadaan dan
merasa selesa mengetahui segala sesuatu terjadi menurut kehendakNya:
“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At-Taghaabun:11)
Hikmat percaya kepada qadha dan qadar ialah:-
1. Penyerahan diri yang sempurna kepada Allah Taala
2. Pembinaan iman yang teguh
3. Berani berjihad dan menyatakan kebenaran
4. Tidak kecewa terhadap apa yang berlaku kepada diri
5. Kemampuan mengawal diri
6. Redha kepada takdir
7. Berhati-hati dalam menjalankan kehidupan
8. Sabar dalam menghadapi bala bencana
9. Qanaah terhadap pembahagian Allah
10. Bersih diri dari sifat tamak
Mereka yang kafir, yang tidak faham tentang takdir, menanggung kerisauan yang amat besar, stres dan ketidakpuasan – benar-benar berbeza daripada orang beriman yang sentiasa merasa puas dengan belas kasihan Allah. Mereka ini merasa selamat dengan mengetahui bahawa mereka dikelilingi kasih Allah yang tidak bertepi dan semua yang berlaku ada tujuannya.

No comments:
Post a Comment