Thursday, 6 October 2016

JANGAN LEMAH DUHAI DIRI....


Aku mencuba untuk bertahan, namun kadangkala hati ini rapuh jua. Puas menahan dari mengalir, tapi airmata ini tetap juga gugur ke pipi.. Kuatlah wahai HATI, tabahlah wahai JIWA.. Jangan biarkan orang lain tahu yang kau sebenarnya lemah.Tatkala Dia mendatangkan ujian..pandanglah dengan pandangan iman. Di saat Dia mengirimkan musibah..hadapilah dengan hati yang tabah. Di kala Dia mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk berjiwa hamba...
Musibah ibarat ombak yang berlabuh di persisiran pantai, semakin kuat ombak, semakin banyak pasir yang terhakis. Walau sebagaimana ombak badai melanda, pasakkan iman di dada. Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kamu sedang bersendiri. Walau hidup ini dirasakan terlalu sukar untuk dilalui, usah gentar duhai diri. Sang Rabbul Izzati ada menemani untuk disetiap keadaan dan situasi.
Apa khabar imanmu duhai diri? Moga-moga imanmu masih kukuh dan teguh walau acapkali dirempuh. Bertahanlah. Bertabahlah. Pada DIA ada penawar segala beban dan duka. Bukankah 99 sifatNya itu sudah cukup meyakini untuk menyerahkan segala harapan dan keinginanmu?
Wahai diri.. simpanlah keluh kesahmu daripada pandangan manusia walau sedikit, kelak dikhuatiri kau tak punya waktu untuk mengadu pada Dia Pencipta dirimu... Allah akan menenangkan, kalbu yang terkoyak kepedihan. Apapun alasan kembalikan pada sang pemilik keajaiban, hingga hati kembali diletakkan sempurna dan di sembuhkan.
Tersenyumlah.. kamu akan sentiasa di uji, TABAHLAH..mengalah jangan sekali. Yang KUAT itu tidak akan muncul dari bersuka senang. Tetapi muncul dari segenap kepayahan.

No comments:

Post a Comment