Sunday, 30 October 2016

BUKAN SEMUA ORANG KITA BOLEH BUAT KAWAN

Ada orang kata berkawan biar beribu,
berkasih hanya satu.
Ada juga yang kata kawan sejati susah nak di temui.
Ada lain berkata kawan lain,
 sahabat lain.
Ada juga kita jumpa kawan makan kawan kan?
Memang ada spesis insan yang pada dasarnya pijak semut tak mati.
Depan kita kemain lembut, manis budi bicaranya.
Belakang kita dialah raja segala setan yang bertopengkan manusia.
Kawan boleh jadi lawan kita seandainya kita tersalah pilih kawan. 
Berkawanlah sampai berpuluh tahun sekalipun, 
tetapi seandainya kita tersalah langkah, kita akan habis! 
Kawan kita pun belum tentu membantu kita.
Hindari kawan yang mengajak kita membenci orang yang tak di sukai nya,
kerana suatu hari ada satu pekara yang membuat dia tidak menyenangi kita.
Dia akan mengajak orang lain pula membenci kita.
Orang yang bersikap macam ini memang harus di jauhi.
Dia menjadi jarum mencucuk orang dengan hasutan dan hasad dengki yang membuku di dadanya.
Ada juga kawan yang tak mampu simpan rahsia sendiri adalah orang yang takkan boleh simpan rahsia orang lain..
kalau benda yang tak sepatutnya dia boleh cerita dengan kita tak mustahil rahsia kita pun dia boleh share dengan orang lain.
Hari ni mungkin dia kawan tapi akan datang belum tentu jadi kawan,
kita kena sentiasa berpada pada dengan sesiapa saja.

No comments:

Post a Comment