Sunday, 23 October 2016

KENALI DI ANTARA 'BEKALAN' ATAU 'BEBAN' UNTUK DI BAWA KE DESTINASI AKHIRAT


Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya.
Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad;
jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu.
Diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia.
Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat?
Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. 
Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. 
Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi.
Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi.
Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh, seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar.
Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.
Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul.
Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT,
pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana.
Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya.
Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN.
Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana.
Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan. Ingatlah..
Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam.
Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti.
Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.
Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya.
sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah.
Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita,
insyaallah..

No comments:

Post a Comment