Wednesday, 30 September 2015

7 Sunnah Yang Perlu Diamalkan

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan...
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.
Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Sunnah #1

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Sunnah #2

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Sunnah #3

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Sunnah #4

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Sunnah #5

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Sunnah #6

Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
“Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”

Sunnah #7

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Kisah Penghuni Syurga Dan Nabi Musa

Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali Nabi Musa hendak bermunajat, dia akan naik ke Bukit Tursina....
Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali Nabi Musa hendak bermunajat, dia akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.
Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.
“Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”
Allah s.w.t. pun memberitahu nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, Nabi Musa berjaya bertemu dengan orang tersebut.
Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.
Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
“Apa hal ini?”
Kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Setelah itu barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara! Apa agama kamu?”
Nabi Musa bertanyakan soalan kepada pemuda tersebut.
“Aku agama Tauhid”
Jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
“Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.”
Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”
Jawab pemuda tersebut.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”
Tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
“Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud
“Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya.
Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

9 Kemuliaan Orang Menjaga Solat

Siapakah insan yang paling mulia di sisi Allah? Manusia yang paling mulia itu apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh berjemaah pada awal waktu,...
Siapakah insan yang paling mulia di sisi Allah?
Manusia yang paling mulia itu apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh berjemaah pada awal waktu, terutamanya kaum lelaki. Kemudian, dia mengakhiri pula harinya dengan solat Isyak berjemaah di masjid mahupun surau.
Jika di dinding muka buku dipenuhi dengan status yang menyeru ke arah kebaikan kepada masyarakat umum namun bagaimana pula status wajib yang patut diupdate dalam hati untuk menjaga solat fardhu yang Allah perintahkan?
Justeru mari kita bermuhasabah bersama-sama agar kita tidak rugi di akhirat kelak.
Kepentingan solat itu dapat dilihat di dalam konteks Al-Quran dan As-sunnah. Ketika berada di Markaz Bahasa Arab di Mesir, ustaz saya selalu menekankan aspek penjagaan solat.
Suatu hari saya memakai baju yang tertera di atasnya perkataan Fajar, Zuhur, Asar, Magrib dan Isyak. Kemudian ustaz menyuruh saya membacakan surah al-Hud ayat 114 yang berbunyi,
“ Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam.” Surah al-Hud, ayat 114
Tidak hairanlah Saidina Uthman bin Affan memberitahu ada 9 kemuliaan orang yang menjaga solat, iaitu:-

1. Dicintai Allah

Cinta adalah kebenaran dan keadilan dan kerananya langit, bumi dan seluruh isinya diciptakan. Cinta termulia dan tertinggi adala cinta-Nya yang dapat diperolehi setelah kita berusaha untuk menjadi hambanya dengan melaksanakan solat sesempurnanya.

2. Badan selalu sihat

Banyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

3. Dijaga oleh Malaikat

Dalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang.
Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.

4. Turun berkat pada rumahnya

Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT.
Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.

5. Tampak pada wajahnya tanda orang soleh

Dikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah – seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya – dia berkata,
“Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat.” Riwayat At-Tirmizi
Hadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.

6. Allah akan melembutkan hatinya

7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat

8. Diselamatkan oleh Allah

Terdapat hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad dalam Isamuddin As-sababati, Baginda bersabda, sesungguhnya Rabbmu berfirman,
“Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya, kemudian dia memeliharanya, tidak melalaikannya kerana meremehkan haknya, maka dia mempunyai janji yang pasti Aku penuhi, iaitu Aku akan memasukkannya ke dalam syurga.”Riwayat Imam Ahmad
Oleh itu insan yang memelihara solatnya pasti akan diselamatkan daripada bahang api neraka.

9. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak sedih

Allah berfirman dalam surah al-Ma’arij,
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah dan gelisah; apabila ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.”Surah al-Ma’arij, ayat 19
Justeru itu jadilah individu muslim yang mutlak, sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya terutamanya dalam urusan akhirat. Seperti mutiara kata Imam Hassan al-Basri,
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, karena kamu akan rugi di keduanya.
Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”Imam Hassan al-Basri
Akhir kata, tunaikan solat dengan sebaiknya berpandukan firman Allah di dalam surah Hud ayat 114, sebaiknya yang dimaksudkan adalah melaksanakan solat pada awal waktu, suci daripada kekotoran dan menjaga kekhusyukkan.
Mudahan Allah menerima segala amalan baik kita.

Jangan Ketawakan Orang Yang Solat Hajat

Cerita semalam. Usai solat hajat untuk pelajar UPSR, pak imam berdiri di hadapan kami. Ucapannya ringkas namun menusuk ke sanubari. “Hari ini, kita berkumpul...
Cerita semalam. Usai solat hajat untuk pelajar UPSR, pak imam berdiri di hadapan kami. Ucapannya ringkas namun menusuk ke sanubari.
“Hari ini, kita berkumpul solat hajat sama-sama. Bagus sebab semua peduli dan sayangkan anak masing-masing.
Tapi, ayah-ayah dan ibu-ibu sekalian. Solat hajat hari ini tidak cukup. Ibarat tabung buluh, baru sepuluh sen dimasukkan. Jauh lagi untuk bertambah amaunnya dalam tabung tersebut dan ianya takkan bertambah sendiri tanpa ada yang rajin masukkan ke dalam tabung.
Panggil anak-anak, duduk bersama.
Beritahu mereka bahawasa diri ayah ibu sudah tua. Kudrat makin tiada. Selagi ayah ibu ada, selagi itulah ayah ibu akan berikan sokongan dan dorongan.
Sedarkan mereka hakikat hidup ini. Bukan hanya sekadar bergelak ketawa bersama teman dan rakan sebaya.”
Pak imam bercerita kisah nyata,
“Ada seorang yang saya kenali, kini seorang yang berjawatan tinggi di jabatan kerajaan Malaysia, ibunya adalah ibu contoh. Siapa ibunya? Adakah profesor, orang hebat, cendekiawan, cikgu atau doktor?
Tidak, ibunya cuma orang kampung yang pendidikannya di peringkat paling bawah. Untuk mendidik anak sendiri subjek Matematik ringkas pun, bukan levelnya.
Tetapi anaknya sangat berjaya. Kuncinya?
Bila anak masuk dewan peperiksaan, si ibu bentangkan sejadah, menangis merayu dalam sujudnya minta Allah buka jalan kejayaan.
Bila anak call, esok nak exam, lalu si ibu tua itu tidur sekejap kemudian baki malamnya dihabiskan dengan solat dan berdoa. Moga Allah bantu anaknya sepanjang jalan.
Bila anak sulit dalam urusan, si ibu tiada tempat lain pergi kecuali kepada Tuhannya dengan solat dan sabar. Doakan anak tanpa henti. Solat hajat dan solat hajat.
Si ibu kurang dari segi pendidikannya, kurang dari segi kewangannya, namun Subhanallah cerdik dari segi fikirannya, mewah dari segi pergantungan penuhnya pada Allah. Orang cerdiklah tu bila kepada Allah dia meminta.
Kerana otak yang cerdas bukan ibu bapa yang cipta, tetapi Allah yang rekaciptanya.
Jangan gelakkan orang yang solat dan solat hajat, yang berdoa pada Rabb-nya.
Orang yang dekat dengan Allah adalah orang yang disayangi Allah. Bila Allah sayang, dugaan seluas dunia pun dia tak perlu bimbang kerana yakin pertolongan Allah pasti ‘kan datang.”

Ikhtiar

Assalamualaikum..
1/10/2015 11.00am
Hari ni aku cm tenng skit..sebenarnyer daripada semalam lagi yang hati aku ni mengatakan TAK ADA APA-APA YANG AKAN BERLAKU...Aku pun tak tau ler ngn eric ni...setiap kali aku dok selalu pikir yang bukan bukan kan, pastuh kan last skali hati aku msti ckp arr...TAKDE APA APA..hurmmm..aku pun tak tau....dulukan ngn reza aku takde pun rase yakin semacam mcm ni....
Errmmm satu lagi...harituh aku ade buat solat isthikharah tau..mintak petunjuk ngn Allah..banyak kali dah aku buat...ni dah masuk kali ke3 aku mimpi dier...yang first mimpi dier..ngn second pun mimpi dier, and semalam aku mimpi dier gak tapi tak nampak muker dier tapi sebut namer dier..aku tak fhm akan maksud tu....ssh kiter duga...Aku hanya berserah sahaja..Kalau ade jodoh tak kemana pun kan....
Skang ni aku nak relaks, balik umah pas sembahyang maghrib aku nak amalkan baca surah yassin, pastuh aku nak buat tiap tiap mlm solat tahajjud...aku nak cuba..sbb mgkin aku pun ade problem dalaman kot..sbb aku ikut ni ikutkan hati sgt...slalu pikir yang bukan bukan...tak pecayakan dier...Ya Allah bantulah aku....

Penawar Merawat Penyakit Hati

Berbicara soal hati, tiada siapa dapat menafikan bahawa hati itulah punca segalanya. Hatilah penyebab seseorang itu bahagia. Hati jugalah penyebab jauhnya seseorang dengan pencipta-Nya....
Gaya Hidup · S. Atan · January 30, 2015
Berbicara soal hati, tiada siapa dapat menafikan bahawa hati itulah punca segalanya. Hatilah penyebab seseorang itu bahagia. Hati jugalah penyebab jauhnya seseorang dengan pencipta-Nya. Jika baik dan terjaga hatinya, maka baik serta elok juga perilaku dan hidupnya. Begitulah juga sebaliknya. Hati anda bagaimana?
Syeikh Ibrahim al-Khawwas, seorang ulama ada menyebut:
“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.”

Penawar #1 – Membaca Al-Quran dan Memahami Maksudnya


yunus57
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Yunus: 57)

Ayat ini jelas menyatakan Al-Quran itulah penawar terbaik untuk penyakit hati yang ada dalam diri kita. Namun, sejauh mana kita pada hari ini membaca, memahami dan mengamalkan kalam Allah yang ada di dalamnya?
Basahkan lidah dan sirami hati kita dengan keindahan ayat al-Quran. Fahami setiap bait dan pengajaran yang ada di dalam al-Quran. Hati dan jiwa yang sentiasa dekat dengan al-Quran pasti akan lebih tenang dan tenteram.
Justeru, penyakit hati yang ada atau yang tersisa akan semakin menjauh.

Penawar #2 – Kosongkan Perut dari Terlalu Kenyang atau Berpuasa

Setiap orang yang hidup perlu makan. Tapi jangan sampai hidup kita semata-mata untuk makan sahaja. Banyak makan, nanti berat untuk beribadah. Apabila badan berat untuk beribadah, lama-lama hati akan keras. Nauzubillah.
Mungkin kita diberi kurnia dan rezeki yang melimpah. Ya, tidak salah untuk kita makan. Namun, berpada-padalah. Jangan sampai membazir dan membuatkan kita bermalas-malasan dalam beribadah kepada Allah.
fasting puasa tahan lapar
Badan yang sihat mengamalkan pemakanan yang terkawal. [Mike]
Cara terbaik untuk kita mengawal nafsu makan adalah dengan berpuasa. Bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah nafsu yang lain-lain juga. Malah dengan berpuasa, banyak ganjaran pahala yang bakal kita dapat.
Hati kita pun akan terjaga. Insya-Allah.

Penawar #3 – Bangun Beribadah Pada Waktu Malam

Tidak ramai, malah sukar untuk kita jumpa orang yang sentiasa melazimi ibadah malam.
Sedangkan pada waktu malam itulah waktu paling sesuai untuk meluahkan segalanya pada Yang Maha Esa, tatkala jiwa yang lain masih lena dibuai mimpi.
Dalam Surah Al-Muzzammil ayat 6 ada menyatakan bahawa:

almuzzammil6
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzzammil: 6)

Cuba untuk mulakan dari sekarang. Sekali seminggu mungkin. Lama-kelamaan dengan izin Allah, kita dapat bangun setiap malam. Insya-Allah.
Dengan beristiqamah untuk bangun pada malam hari, hati dan jiwa akan lebih terisi. Kita juga akan sentiasa berasa betapa lemahnya kita di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Bangun dan beribadahlah.

Penawar #4 – Sentiasa Mendekatkan Diri Kepada Allah

Hati ini milik Allah. Maka Allah lah sebaik-baik penjaga.
Apabila kita kenal dan dekat dengan Allah, pasti kita akan berasa lebih bahagia. Jiwa kita akan lebih tenang dan yakin bahawa segala-galanya datang daripada Allah. Hati kita juga pasti akan terubat dan tidak berkarat.
night prayer tahajjud
Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya. [mcecblog]
Antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan memperbanyak amalan sunat seperti qiamullail, sedekah dan berzikir. Berkomunikasilah dengan Allah dan sentiasa berdoa agar dijauhi penyakit hati.
Mintalah dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

Penawar #5 – Membiasakan Diri ke Majlis Ilmu

Pernah tak kita kita terfikir, berapa banyakkah masa kita diisi dengan majlis-majlis ilmu terutamanya berkenaan ilmu agama?
Orang yang sudah berkarier sibuk dengan kerjanya. Yang masih belajar pula tekun bersedia untuk peperiksaannya. Hampir semuanya sibuk dengan hal-hal dunia sampaikan lupa untuk memberi masa untuk agama.
majlis ilmu ceramah
Pupuklah diri dengan majlis-majlis ilmu. [Kupih]
Apabila kita sentiasa berada dalam majlis ilmu yang dihadiri alim ulama, lambat laun, kita akan terikut-ikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah.
Selain dapat menambahkan ilmu, kita juga dapat membentengkan diri daripada ancaman penyakit hati yang mudah untuk menyerang jiwa yang lalai dan leka.
“Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajarkan kamu.”
Riwayat Ath-Thabrani

Rumusan

Amatlah penting untuk kita tahu dan elakkan diri daripada penyakit hati ini meresap dalam jiwa.
Hati yang penuh dengan karat dan langsung tidak diisi dengan zikrullah pasti akan selamanya jauh daripada Allah dan sukar untuk mendapat hidayah. Nauzubillah.
Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa berada dalam keadaan hati yang bersih dari segala penyakit hati yang akan membuatkan kita lalai dan leka kepada Allah. Mudah-mudahan Insya-Alla

Stress!!

Assalamualaikum
30/9/2015 5.10PM
Hari ni aku gadoh lagi ngn boipren aku..entahler...sejak dua menjak ni asyik gadoh jer...ader jer yang dier tak puas ati ngn aku ni...ader jeler yang dier cm menyampah ngn aku ni...biler aku ckap kalu dah tak suker bgtaulah terus terang kan...taknk pulak..stress tau aku..
Tapi ari ni aku cm rileks sikit kot..entah rase cm kurang stress sgt..aku rase cm takde ape ape jer...biaseler org tgh marah..mcm mcm ar kuar kan...Dugaan...
Aku tutup phone aku jap..pas aku sembahyang maghrib t aku bukak balik eh..sbb aku taknk berpanjangan gadoh tu...

15 Dosa dikepala Wanita


1. Tidak bertudung (menutup aurat).

Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .

2. Menyambung rambut / memakai sanggul.

Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

4. Mencabut uban.

Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).

5. Memakai bulu mata palsu.

Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. 

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

6. Bersolek/berhias.

Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].

7. Merenggangkan / mengikir gigi.

Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Bukhari 4886).

8. Membuat tatu.

Lihat kenyataan ke-7.

9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).

10. Memakai rambut palsu.

Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).

Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.

11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)

Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)

12. Mencukur / mencabut bulu kening.

Lihat kenyataan ke-7.

13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.

Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari). (Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.

Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).

Diterjemahkan dari sumber Abu Fahd Negara Tauhid

Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah




Akibat kebodohan dan hawa nafsu, manusia akan mendapatkan kehinaan, siksa, dan malapetaka. Padahal sesungguhnya manusia diciptakan di dunia adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah, beribadah dan menjadi pemimpin yang baik di muka bumi ini.

Maka, sangat rugi golongan orang-orang yang kafir dan ingkar terhadap Allah. Di antara golongan yang rugi itu adalah orang-orang yang membunuh saudara sebahagian mereka, mengusir golongan dari mereka dari kampung halaman mereka, saling bantu-membantu dengan berbuat dosa dan permusuhan, mereka pun beriman kepada sebahagian al-kitab (Taurat) dan kufur terhadap sebahagian yang lain (QS Al-Baqarah: 85).

Golongan lain adalah orang-orang yang murtad dari agamanya, memusuhi Islam semasa hidupnya dan mati dalam keadaan kafir (QS Al-Baqarah: 217), orang yang menghalang menyebut nama Allah SWT dalam masjid dan berusaha merobohkannya (QS Al-Baqarah: 114), orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah SWT, yang membunuh para nabi tanpa hak (QS Ali Imran: 22 dan 56), membuat kerosakan di bumi (Al-Maidah: 33), orang-orang Yahudi yang pendusta (QS Al -Maidah: 41), serta orang-orang malas mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat (QS At-Taubah: 54-55).

Selain itu, golongan lain yang akan mendapatkan laknat dunia adalah orang-orang munafik dan kafir yang menggunakan kekuasaannya secara batil (QS At-Taubah: 69), orang-orang munafik (QS At-Taubah: 74), tidak mau berjihad di jalan Allah (QS At-Taubah: 8-85), serta penduduk suatu negeri yang tidak beriman kepada nabi mereka dan mereka tidak mendapatkan keimanan apabila mereka beriman, seperti kaum Yunus (QS Yunus: 98).

Begitu pula golongan orang yang suka membantah tentang Allah SWT tanpa ilmu pengetahuan dan yang menyembah Allah SWT dengan tidak penuh keyakinan. Mereka juga seperti golongan orang-orang yang suka berita-berita kekejian dan menyebarkan di kalangan orang-orang beriman (QS An-Nur: 19), orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik melakukan zina (QS an-Nur: 23), orang-orang yang menyakiti Allah SWT dan rasul-Nya (QS Al-Ahzab: 57), orang-orang zalim yang mendustai para rasul sepanjang masa (QS Az-Zumar: 25-26), kaum Ad yang sombong di muka bumi dengan mengatakan, "Siapa yang paling kuat daripada kami?" mereka juga kufur terhadap ayat-ayat Allah SWT (QS Fushilat: 15) dan orang-orang Yahudi Bani Nadzir yang diusir oleh Rasulullah dan orang-orang Islam dari kota Madinah Al-Munawarah kerana pengkhianatan dan permusuhan mereka (QS Al-Hasyr: 2-3).

Merekalah golongan-golongan yang terancam dengan laknat dunia dan akhirat akibat kelalaian dan kekafiran mereka. Rasulullah sesungguhnya telah mengajarkan dan menuntun kepada syariat yang benar. Telah ada pada diri Rasulullah uswatun hasanah (teladan yang baik). Maka, sudah sepatutnya kita menjalankan syariat Allah SWT dan hendaknya jangan melakukan perbuatan kafir dan khianat seperti golongan orang-orang yang rugi tersebut.

10 Golongan Manusia Yang Dihalau Di Padang Mahsyar



1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.
6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Perbezaan Jin Dan Syaitan

Alam jin adalah alam yang berdiri sendiri, ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah yang dibina atau di diami manusia. Kedua-duanya pun mempunyai persamaan yakni wajib untuk beribadah kepada Allah: "Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu" (Surah Adz-Dzariyat 51:56).

Menurut Ibnu Aqil sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam al-Jann, mengatakan bahawa makhluk ini disebut dengan jin kerana secara bahasa jin bermaksud yang tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin, kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar manusia. Oleh kerana itu, bayi yang masih berada di dalam perut ibu, disebut janin (kata janin dan jin mempunyai kata dasar yang sama iaitu jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata jann juga) kerana akal sehatnya sudah tertutup dan terhalang.

Sedangkan kata syaitan, dalam bahasa Arab berasal dari kata syathona yang bererti ba'uda (jauh, yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran). Kemudian kata syaitan ini digunakan untuk setiap makhluk berakal yang derhaka dan membangkang (kullu 'aat wa mutamarrid). Pada awalnya istilah setan (syaitan) ini diberikan kepada salah satu golongan jin (Iblis) yang beribadah kepada Allah dan tinggal bersama dengan malaikat di dalam syurga. Akan tetapi ketika mereka menolak untuk sujud kepada Adam kerana membangkang kepada perintah Allah, maka diusirnya dari syurga dan sejak itu ia menjadi makhluk yang terkutuk sampai hari kiamat kelak.

Tidak semua jin adalah syaitan kerana, jin juga ada yang soleh, ada yang mukmin. Jadi syaitan hanyalah ditujukkan untuk jin yang membangkang (kafir, munafik, musyrik dan sebagainya). Demikian juga tidak semua syaitan adalah jin kerana dalam surat an-Nas ditegaskan, bahawa syaitan juga ada dari golongan manusia. Setiap manusia yang membangkang, derhaka dan selalu menjauhkan manusia lain dari penggunaan Allah, mereka dinamakan syaitan

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al-Jin 72:11)

Dilihat dari struktur kalimat, atau dalam tinjauan kaedah sharfiyah, syaitan (syaitan) merupakan bentuk kalimat isim 'alam (nama sesuatu) dia adalah laqab (gelaran) yang diberikan Allah kepada setiap makhluk yang berakal (jin dan manusia) yang membangkang terhadap perintah Allah. Oleh kerana itu penyebutan syaitan (setan) boleh dikenakan kepada jin dan manusia sebagaimana tersurat dalam ayat-ayat di atas.

Merujuk kepada kisah Adam dan Iblis dari ayat 12-20 surah al-'Araf, gelaran setan diberikan Allah untuk pertama kalinya kepada Iblis apabila dia menyatakan alasan penolakan untuk sujud kepada Adam. Dan pada surat Thaha 20:117, Allah memberi amaran kepada Adam bahawa makhluk yang terkutuk itu akan menjadi musuh Adam dan isterinya. Dan pada surat Yasin 36:60, Allah menegaskan kembali gelaran setan diberikan kepada musuh Adam tersebut dan dijadikan peringatan bagi anak cucu Adam. Ini runtut ayat-ayat dimaksud yang bermaksud;

1. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya ". (Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim ". Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)" . (Al-'Araf 7:12-20)

2. Maka kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. (Thaha 20:117)

3. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu ", (Yasin 36: 60)

Adapun Iblis diambil dari kata al-balas yang bererti orang yang tidak mempunyai kebaikan sedikitpun (man la khaira 'indah), atau diambil dari kata ablasa yang bererti putus asa dan bingung (yaisa wa tahayyara). Disebut iblis (putus asa) kerana mereka merasa putus asa dengan rahmat Allah, juga disebut iblis lantaran mereka tidak pernah berbuat kebaikan sedikitpun. Menurut satu riwayat, dahulunya iblis ini bernama Naail, akan tetapi sejak ia membangkang dan menolak perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam, ia ditukar nama menjadi syaitan.

Syaitan Takut, Menangis Dan Ketawa


 
Syaitan, Jin  dan manusia mempunyai perbezaan darjat. Manusia lebih tinggi darjatnya daripada Syaitan dan jin. Kerana itulah sebenarnya Syaitan dan jin sangat takut pada manusia. Namun kerana syaitan dan jin berjaya menakut-nakutkan manusia maka manusia menjadi takut pada syaitan dan jin. Sebagai seorang muslim seharusnya kita tidak boleh takut kepada syaitan dan jin. Jika syaitan dan jin mengganggu manusia sudah sewajarnya manusia untuk melawannya,

"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman" (QS . Ali Imran 3:175).

Ertinya: "Mujahid berkata:" Syaitan itu sebenarnya sangat takut oleh salah seorang dari kalian (manusia). Oleh kerana itu, apabila kamu dapati, janganlah takut kerana kalau takut, ia akan menunggang kalian (mengganggu), akan tetapi kerasi (kasarilah), pasti ia akan pergi ". (Riwayat Ibn Abi Dunya)

"Mujahid berkata:" Sesungguhnya syaitan dan jin kafir itu takut oleh kalian sebagaimana kalian takut oleh mereka "(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

"Imam Mujahid berkata:" Suatu malam ketika saya sedang melaksanakan solat, tiba-tiba muncul makhluk sebesar anak laki-laki di hadapan saya. Lalu saya desak dia untuk ditangkap. Akan tetapi ia bangun dan lompat ke belakang dinding sehingga saya mendengar jatuhnya. Setelah itu, ia tidak penah datang lagi "(Riwayat Ibnu Abi Dunya).

Ketawa dan menangisnya Jin

Dalam sebuah hadis dikatakan bahawa syaitan akan ketawa apabila seseorang menguap dengan mengeluarkan suara seperti; "euuuay" atau "haaaa". Hadis bahawa syaitan tertawa adalah:

"Abu Hurairah berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci nguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya perlu mendoakannya. Adapun menguap datangnya dari syaitan, kerana itu tahanlah sedapatmungkin. Apabila ia menguap terus keluar suara "haaa", maka syaitan akan ketawa "(HR. Bukhari dan lainnya).

Sementara syaitan akan menangis apabila seseorang membaca surat as-Sajdah dan ketika sampai pada ayat sajdahnya yakni ayat yang ke-15, ia melaksanakan Sujud Sajdah. Hal ini sebagaimana dikatakan dalam sebuah hadis.

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Apabila anak Adam membaca surat as-Sajdah kemudian dia sujud sajdah (ketika membaca ayat sajdahnya ayat ke-15), maka syaitan akan pergi menangis sambil berkata: "Aduh celaka dan sialnya nasibku" Bani Adam diperintah sujud, maka kemudian dia sujud maka baginya syurga, sedangkan aku ketika diperintah sujud aku menolak maka bagiku neraka (HR. Muslim).

Waktu Jin dan Syaitan Berkeliaran


"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Apabila petang hari menjelang malam tiba, tahanlah (di dalam rumah) anak-anak kecil kamu, kerana pada saat itu syaitan berkeliaran. Apabila permulaan malam sudah tiba, diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah, tutuplah pintu-pintu (termasuk tingkap) kalian dengan terlebih dahulu menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini, dan ikatlah kendi-kendi air kamu (qirab adalah jama dari qurbah yakni tempat air yang diperbuat dari kulit dan di hujungnya biasa diikat dengan tali untuk menghalang kotoran masuk) sambil menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas atau wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun hanya ditutup dengan sesuatu alakadarnya dan matikanlah lampu-lampu kalian (apabila tidur), "(HR. Bukhari Muslim).

Dalam hadis di atas Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menganjurkan lima hal ketika petang hari menjelang malam tiba.

1. menyuruh masuk dan diam anak-anak,

2. menutup pintu, kerana dengan demikian, syaitan tidak akan mengganggu kanak-kanak tersebut juga syaitan tidak akan dapat masuk ke dalam rumah yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini.

3. mengikat (menutup) tempat air.

4. menutup bekas dan bekas-bekas, kerana syaitan juga tidak akan dapat membuka tempat air dan bijana yang disebutkan nama Allah sebelumnya, dan matikanlah lampu apabila menjelang tidur.

5. matikan lampu sebelum tidur kerana dengan demikian, kita akan terhindar dari bahaya kebakaran yang seringkali dilakukan syaitan. Syaitan seringkali bermaksud untuk membakar rumah dan penghuninya dengan jalan menyerupai seekor tikus lalu memecahkan tempat lampu tersebut sehingga api boleh menjalar. Untuk itu Rasulullah menganjurkan agar lampu dimatikan sebelum tidur. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadis berikut:

"Ibnu Abbas berkata:" Suatu hari seekor tikus datang menyeret kain yang dipintal kemudian dilemparkan ke hadapan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang sedang duduk di atas tikar. Kemudian kain dipintal yang dibawa tikus tadi terbakar seperti sebesar wang dirham. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam Kemudian bersabda: "Apabila kamu tidur, matikanlah lampunya, kerana syaitan seringkali wujud seekor tikus yang membawa sesuatu (yang mudah dibakar) yang ditujukkan ke lampu tersebut sehingga dapat membakar kamu," (HR. Abu Daud dengan sanad shahih ).

Dalam hadis lain juga dikatakan:

"Dari Jabir, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legammnya petang hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang hilang (sampai waktu malam tiba) "(HR. Muslim).

Mengapa syaitan berkeliaran pada waktu menjelang malam? Menurut Ibn al-Jauzi, kerana gerak geri syaitan pada waktu malam jauh lebih cergas dan kuat dari pada waktu siang. Kerana waktu gelap bagi syaitan adalah waktu yang lebih fresh dan lebih menguatkannya, di samping memang kegelapan dan warna hitam adalah kesukaan syaitan. Kerana itulah, dalam salah satu hadis Rasulullah SAW mengatakan: "Anjing hitam itu adalah syaitan".

Monday, 28 September 2015

Ubat Penyakit Hati

Sembahyang fardhu atau sunat
adalah ubat penyakit hati
yang berbagai-bagai jenisnya
Membaca Al Quran adalah pil
pengubat penyakit jiwa manusia
Penyakit manusia yang penuh dengan mazmumah
yang merupakan barah rohaniah
dan lain-lain penyakit rohani
yang membahayakan manusia
Penyakit ini akan menular ke anggota lahir manusia
yang merosakkan manusia lain pula
Zikir yang menjadi wirid
sejenis ubat rohani manusia juga
Kalau kena cara dan peraturannya
boleh menyembuhkan penyakit rohani manusia juga
Belajar ilmu yang tujuannya sama sahaja
Hendak membaiki penyakit batin manusia
yang berbagai jenisnya
Ada penyakit bakhil, tamak, pemarah, dengki,
dendam, riyak, ego, megah, ingin nama
sum’ah, cinta dunia dan lain-lainnya
Berfikir juga boleh mengubat penyakit rohani manusia
kalau kena caranya
Ini adalah jenis ubat yang bersifat maknawi dan rohani
Apa yang telah kita sebutkan tadi semuanya ubat
ia adalah ubat hati dan jiwa
Ubat nafsu yang sangat jahat yang liar dan rakus
gelojoh, sombong bodoh,
merangsang dan mendorong
Tegasnya berbagai-bagai bentuk ibadah
yang ada di dalam Islam
semuanya itu adalah ubat jiwa
Supaya manusia sembuh daripada
sebarang penyakit rohani yang merbahaya
Agar masyarakat berkasih sayang, bertimbang rasa
rasa bersama, bekerjasama, bahagia dan harmoni
Tapi ramai orang yang beribadah berbagai jenisnya
tidak pula menyembuh penyakit jiwa
atau hati mereka
Adakalanya makin banyak beribadah
semakin subur penyakit batin manusia
Semakin banyak beribadah, semakin cinta dunia
Semakin banyak beribadah, dengki dan pemarah
masih subur di dalam hati manusia
Semakin banyak beribadah, kasih sayang tidak ada
Bela-membela tidak pernah ada
di dalam kehidupan manusia
Rupanya ibadah manusia itu
tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Padahal Tuhan suruh beribadah tujuan berubat
menghilang mazmumah yang merbahaya
Kalau penyakit tidak sembuh
sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena
Ibadah yang tidak faham, tidak dihayati sampai ke jiwa
Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja
Ibadah bangkai bernyawa yang tidak memberi faedah
apa-apa kepada manusia
Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Tuhan tolak sahaja tidak dapat pahala apa-apa
Ibadah orang yang lalai,
untuk dimasukkan ke Neraka sahaja
Kerana beribadah tidak sampai matlamatnya

Kita Semua Milik Allah














Pertemuan Kita Semua Bukan Kebetulan


Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.
Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?
Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.
Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-
Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Sunday, 27 September 2015

Masalah itu Bukan Saja Saja Allah Beri

Setiap orang pasti ada masalah.
Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya.
Masa-masa ini harus kita hadapi dan kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat, gigih, optimis, istiqamah, dan sabar.
Sikap-sikap seperti inilah yang seharusnya muncul dalam menyelesaikan setiap masalah demi masalah ketika masalah itu hadir dalam kehidupan.  
Masalah
Masalah
“Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. (QS. Al Baqarah: 286).
Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi.
Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi.
 “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb  hendaknya kamu berharap.” (QS. Al Insyirah: 7-8)
Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh daya juang, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh onak berduri, yang kadangkala membuat kita terluka, perit dan sakit.
Tetapi, Sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini, daya juang kita tidak boleh padam.
Kita dapat melihat dan belajar dari banyak orang di sekeliling kita yang tabah menjalani hidupnya, tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah.
Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh Menyerah.

Setiap masalah ada penyelesaian

Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba lihat di nasib saudara kita disebelah sana, masih ada yang lebih susah jika dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita.
Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang  terbaik.
Be positive.
Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan.
Tetapi  menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Ali-Imran: 139).
Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. Begitu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita alami.
Kita pun harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan.
Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun.
Tidak perlu menunggu saat susah.
Sentiasa berbuat baik dan selalu mohon ampun kepada Allah, Insyaallah kita akan ditolong oleh-Nya. 
Ketika kegundahan, keserabutan dan masalah hidup itu hadir, ingatlah bahawa Allah itu tidak hanya sedang menguji kita.
Be Positive. Keep smile :)

Bila Bergaduh...Apa Nak Buat??

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.




10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi..
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.