Perkataan
rohani dalam bahasa Malaysia sering dikaitkan dengan : hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya
yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang
tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam
kerjanya dapat dirasakan. Gejala itu misalnya: menangkap dan menyimpan
pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan
sebagainya.
Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa
roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari
rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam
tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua,
ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat
menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang
dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.
Keterangan
tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:
Firman
Allah yang bermaksud:
‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah
penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa
yang mereka dustakan’.
(Q.S.
Al-Baqarah, ayat 10)
LEMAH DAYA KERJA
Jika
seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki
kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam
kebaikan. Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan
nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja,
hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang
menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.
TUMPUL FIKIRANNYA
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran,
hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan,
kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima
kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada
bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh
mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta
tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.
(Q.S.
Al-Haj, ayat 46)
Mereka
begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan
perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka
terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Dan
sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai
hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu
melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya.
Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.
PENDANGKALAN RASA
Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan
apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur. Adapun bagi
orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki
perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa
terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
‘Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan
dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada
mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan
Tuhan mereka.’
(Q.S.
Rum, ayat 33)
GELISAH DAN KELUH KESAH
Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air
mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar
pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan
daripada ketidak stabilan mental.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya
mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat
kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang
mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam
sembahyangnya’.
(Al-Maarij,
ayat 19-23)
LIAR TERHADAP KEBENARAN
Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan
mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya
tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang
mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena
penyakit rohani.
Allah
s.w.t. berfirman yang ertinya:
‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka
ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan
mereka itulah orang yang zalim.
(Q.S.
An-Nur, ayat 50)
BURUK SANGKA
Salah
satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk,
antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah
yang bermaksud:
‘Dan
ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata:
‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’
(Al-Ahzab,
ayat 12)
Selain
mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia
juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa
alasan.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
‘Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar
daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’
(Q.S.
Al-Hujarat, ayat 12)
SUKA MENGHASUT (FITNAH)
Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan
ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit
rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah
sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat
dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang
dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di
Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan
engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan
engkau kecuali sementara waktu saja.’
(Q.S.
Al-Ahzab, ayat 60)
MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI
Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah
sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai
suami. Kerana
itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman
Allah s.w.t. bermaksud:
‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama
dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah
kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan
menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit
melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’
(Q.S.
Al-Ahzab, ayat 32)
Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian
penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini
logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik
dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang
cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral
maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.
KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI
Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya
akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit
rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada
penyakit jasmani. Antaranya ialah:
1. MENGGANGGU KETENANGAN
Orang
yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati
ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan
meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani
sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.
2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN
Penyakit
rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk,
muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang
tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak
diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati,
sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki
sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari
Tuhan.
3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA
Jika
orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja
dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti
kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya
orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan
sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika
seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah
dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada
sampah.
4. MEROSAKKAN JASMANI
Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa
penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung,
tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental
menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur.
Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan
pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri
mahupun bagi orang lain.
Apabila
penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain
serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti
terkena tekanan penyakit gila atau janun.
No comments:
Post a Comment